Wedding Mira & Faiz, Taiping

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas rahmatNya aku masih bernyawa untuk menulis kat sini. Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Mira & Faiz yang diadakan di Taiping, Perak. Taiping ni adalah antara tempat idaman aku nak shoot sejak amik gambar kahwin ni. Akhirnya dapat juga peluang dari Mira & Faiz ni. Senarai tempat idaman aku shoot dah berkurang lagi, hehe.

Mira & Faiz ni merupakan seorang jururawat tau. Mira tu aku tak kisahlah sebab memang selalu nampak nurse perempuan, hehe. Tapi Faiz ni kerja untuk tentera2 kita kat Sungai Besi sana. Aku teruja gaklah sebab first time ada member jururawat lelaki. Sebab selalu tengok dalam TV cerita ER, House dan lain-lain je :) Layanlah dulu gambar ni sebelum aku bagi ceramah pasal kesihatan pulak, haha.

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun majlis berlangsung agak lewat. Pada sebelah petang tu diaorang tukar baju untuk potong kek dan sesi outdoor. Baju yang ni pun cantik sangat macam baju sanding dia. Tujuan aku tulis perenggan ni sebenarnya nak bagitau mira ni sebenarnya adalah anak bongsu dan majlis ni merupakan majlis terakhir buat ayah dan ibunya sambut menantu :)

Jadi anak buah mira ni memang ramai lah. Hampir 20 orang tak silap aku. Dahlah orang utara ni memang petah2 bercakap. Memang penat nak layan diaorang, hehe. “Eii Mak Su cantiklah“, “Mak Su, nak makan kek“, “Mak Su, Mak Su dah kahwin ye?“. Macamlah lagi pertanyaan diaorang. Aku rasa sebab tu lah Mak Su ni selalu disukai ramai anak buah walaupun biasanya dia garang ngan mereka, keke.

 

 

Kitorang keluar Outdoor lewat sedikit aritu. Dekat pukul 6 petang baru sampai kat Taman Tasik Taiping tu. Memang ramai betul orang sebab hujung minggu. Aku dapat shoot kat satu lokasi je sebab hari dah lewat petang. Ada 2-3 lokasi lagi yang aku survey tak sempat shoot, huhu.

Sebenarnya kalau shoot outdoor ni, walaupun di lokasi yang sama tetapi banyak faktor lain yang menjadikan gambar kita berbeza dengan orang yang shoot sebelum ni. Selain faktor teknikal seperti kamera dan lens keadaan cahaya serta cuaca pada waktu tersebut memang memberikan kesan berbeza terhadap gambar yang diambil. Layan sikit outdoor diaorang ni.

 

 

 

 

 

 

 

 

Semasa sesi outdoor tu member2 mira dari KL datang. Jadi dalam kepala aku fikir camne nak buat kelainan bergambar ramai2 dengan pasangan pengantin. Akhirnya aku suruh diaorang panjat dahan pokok yang besar tu, haha. Memang nampak agak tinggi dan boleh terseliuh atau patah kakilah kalau salah jatuh dari atas tu.

Tapi diaorang semua memang cool!! Sanggup panjat walaupun ada yang gayat demi dapatkan gambar cantik bersama pengantin termasuk yang pakai baju kurung :) Aku memang kagum ngan kerjasama mereka semua. Untuk shoot ni memang amik masa dekat 20 minit untuk diaorang naik dan turun sorang2. Jadi tu antara sebab aku tak dapat shoot di lokasi lain :)

 

 

Untuk akhirnya, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga Mira di atas kerjasama yang baik sepanjang 2 hari aku berada di sana. Aku tak dapat shoot bertandang mereka di Serdang sebab diaorang lewat booking tarikh tersebut dan aku ada job di tempat lain.

Terima kasih juga kepada sahabat aku Sis Honey dan Yonna yang sanggup datang dari Penang untuk tag dengan aku. Aku hargai sangat2. Semoga rumahtangga yang dibina korang berdua berkekalan bahagia hingga ke syurga Allah di akhirat nanti, amin.

Nota kaki : Aku dah tak available untuk bulan Oktober, Disember dan Januari 2011. Terima kasih atas pertanyaan semua ye. Aku akan cuba jawab email2 korang secepat mungkin ye.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kenangan pokok besar

Bismillahirrahmanirrahim



Kat kampung arwah nenek aku dulu ada banyak pokok hutan yang besar kat simpang-simpang jalan. Kebesaran pokok tu diukur dengan ukuran ‘pemeluk’ sebab mana ada orang kampung reti nak kira diameter pokok masa tu :) Kalau besar 5 pemeluk maksudnya orang dewasa mengelilingi pokok tu dengan depakan tangan (macam memeluk pokok) sampai 5 kali pusing baru jumpa titik mula.

Gambar ramai-ramai atas pokok aritu :)


Kalau balik kampung aku suka panjat kat sebuah pokok besar tu tinggi2. Pastu duduk mengelamun mengenang cinta hati, haha. Kebesaran dahan pokok tu sampai aku boleh bersila kat atas tu tengok orang lalu lalang kat bawah. Kalau malam-malam mesti orang ingat aku hantu penanggal atau langsuir, hehe. Itu antara hantu yang selalu orang cakap ada kat pokok tu selain pontianak. Banyak kali juga aku tidur atas pokok tu. Tapi sekarang pokok tu dah tak ada sebab dah kena tebang.

Aku cerita camni sebab bila tengok pokok besar2 aku selalu teringat zaman kecik-kecik dulu. Memang susah nak jumpa pokok-pokok hutan yang besar camtu sekarang. Semua dah kena tebang sama ada untuk besarkan jalan, buat taman perumahan dan pembangunan lain. Rasa seronok dapat jumpa pokok berusia ratusan tahun di Taiping aritu :) Bila dah balik sini baru perasan takde satupun gambar aku dengan pokok-pokok tu sebagai kenangan, huhu.



Nota kaki : Aku bizi siapkan satu projek kat ofis. Tak sempat nak edit gambar teaser lepas tu. Insyaallah minggu depan ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips untuk pengantin perempuan :)

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Mira & Faiz, Taiping :)


Sepanjang aku ambil gambar pengantin ni, satu perkara yang aku perasan ialah kadangkala ada masanya keadaan tidak seperti yang diharapkan oleh pengantin semasa majlis sedang berlangsung. Contohnya perancangan tentang pengapit, perjalanan majlis, makanan dan sebagainya yang di luar kawalan pengantin lagi semasa majlis telah berjalan.

Bagi pengantin yang tidak dapat mengawal perasaan, benda seperti ini kadangkala boleh membuatkan pengantin moody dan tidak ceria. Biasanya ini banyak terjadi kepada pengantin perempuan sebab lelaki biasanya memang rileks sampai tidak kisah apa-apa :) Ada juga pengantin yang jadi ‘raksasa’ yang marah semua orang termasuk mak ayah, adik beradik termasuk suami bila ada benda yang tidak berjalan seperti yang dirancang. Sebenarnya tanpa disedari inilah ujian awal buat pasangan tersebut.

Apa yang boleh dilakukan bila ini berlaku ialah bertenang. Cuba kawal perasaan. Cuba fikir kembali apa tujuan majlis tersebut dilaksanakan. Untuk meraikan sahabat dan tetamu ataupun untuk tujuan lain. Berhenti fikir tentang nak kagumkan semua orang. Memang akan ada benda kecil yang kadangkala tidak seperti yang diharapkan. Tetapi kalau hanya disebabkan goodies bag pun pengantin masam sepanjang majlis memang menunjukkan dia kurang bijak mengawal emosi.

Tetamu tak pernah expect majlis berjalan sempurna. Kalau ada kekurangan biasanya mereka faham kesukaran menguruskan majlis sebesar itu. Jadi tak perlu risau tentang apa yang mereka fikirkan. Adalah bijak untuk melantik seorang yang bertugas sebagai ‘floor manager’ yang mengurus perjalanan majlis. Pengantin sebaiknya menikmati hari berbahagia mereka dengan tenang, ceria dan bersemangat. Sambut kehadiran kawan-kawan yang datang dengan baik dan tidak terlalu fikir kekurangan yang ada dalam majlis. Kerana hari itulah yang akan diingati seumur hidup dan itulah tujuan majlis tersebut diadakan pada awalnya :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita tentang cuti dan album :)

Bismillahirrahmanirrahim



Aku suka pokok besar camni, saja bagitau :)


Musim cuti sekolah dah semakin hampir. Maksudnya minggu-minggu sibuk photographer akan bermula kembali. Bila dah ‘agak tua’ ni sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwinan pun dah semakin kurang. Tak macam zaman-zaman belajar dulu :) Sapa kahwin time tu memang dapat hadiah banyaklah dan ramai kawan2 sekolah datang majlis. Kalau kawin lewat sikit harap member-member ofis jelah yang ramai sebab masing2 dah kerja, hehe.

Alhamdulillah kerja2 menyiapkan album semua dah masuk stage akhir dan hampir selesai sepenuhnya. Ada beberapa masalah sikit pada batch yang lepas ni tapi bagus juga sebab selepas ni aku boleh perbaiki kekurangan tersebut pada masa hadapan. Aku percaya aku boleh improve lagi banyak selepas ini.

Sebenarnya ramai yang tanya aku camne design custom album yang aku buat. Walaupun ramai photographer anggap benda ni macam ‘secret’ tapi aku tak kisah :) Ni aku upload sikit yang ada dalam PC aku ni. Banyak lagi yang ada kat rumah, hehe. Tujuan aku upload supaya client2 aku ada sedikit gambaran design album mereka nanti.

Sikit sample dalam custom album yang lepas.



Setiap photographer memang mempunyai cara yang berbeza dalam design album. Aku suka yang simple, kemas dan takde kerawang sangat. Sebab tu aku memang design satu-satu page dari mula sampai habis. Pada masa akan datang aku akan cuba dapatkan gambar yang berikan impak yang lebih kuat supaya gambar tu dapat berikan lebih emosi dalam album client. Tak perlu bantuan kerawang2 dan tulisan untuk membantu cantikkan album :)

Tempahan pada akhir tahun ni dah hampir penuh, Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan dari sahabat-sahabat semua. Aku akan perbaiki kelemahan yang ada dan akan buat yang terbaik untuk semua client-client aku pada masa akan datang ni. Chaiyok2!!



Nota kaki : Aku akan ke Taiping, Perak minggu ni. Tak sabar nak shoot kat pokok2 besar macam gambar kat atas tu. Tunggu gambar minggu depan :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Entry Hari Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Malam tadi selepas solat Isyak, aku duduk makan dengan mak berdua kat dapur. Aku perasan rambut mak dah mula beruban keputihan. Sungguh, aku tak pernah sedar pun sebab jarang duduk rapat-rapat dengan mak begitu. Mak dah nampak berusia sekarang dengan garis-garis tua halus di mukanya.

Patutlah mak selalu mengadu keletihan skrang. Banyak berehat.

Masih ingat lagi semasa kecik dahulu, mak bersusah payah angkat air dari simpang depan kampung ke rumah semata-mata nak dapat bekalan air bersih masa kampung aku belum ada air.

Mak kuat. Masih ingat lagi mak tunggu aku ngan adik kat luar tadika sepanjang pagi sebab adik aku tak nak ditinggalkan. Aku tak pernah peduli beban kerja mak sebab tunggu kitorang, betapa bosan mak tunggu berseorangan, betapa dia mengantuk sebab bangun awal pagi dan kena siapkan makanan tengahari selepas tu.
p
p


Mak ketika masih muda bersama kawan-kawannya

p
p
Masih ingat lagi masa dah sekolah menengah campur dengan kawan-kawan, aku selalu anggap mak berfikiran mundur sebab tak dapat berfikir macam aku. Mak selalu mengalah bila bercakap dengan aku.

Alangkah bodohnya aku!

Aku lupa mak selalu bersusah payah masak masakan kegemaran aku setiap kali mak melawat aku kat asrama dengan abah naik motor je. Ayam masak kicap dalam bekas plastik sahaja. Aku lupa pakaian mak ala kadar je bila aku selalu merungut nak pakai baju lawa-lawa dan berjenama sebab terikut dengan kawan-kawan aku yang lain. Sampainya hati aku buat mak camtu.

Mak besarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupun hidup kitorang dalam kesusahan dan kekurangan sejak kecik. Air muka mak sudah menggambarkan kesusahan masa lalu. Aku lupa betapa susahnya mak nak masukkan benang dalam jarum malam-malam dengan lampu gasolin bila aku mengadu seluar sekolah aku koyak. Mak tak pernah merungutpun.

Tapi aku selalu je merungut bila mak nak minta tolong bila aku kepenatan ketika pulang dari kerja :’(

Bila aku tengok keadaan aku sekarang, baru aku sedar, mak yang aku anggap berfikiran kampung dan tak reti apa-apa dah berjaya membesarkan kami adik beradik dengan sempurna. Biarpun mak tidak berpelajaran tinggi tapi doanya setiap kali selepas solat dan kasih sayangnya melebihi segalanya.

Tanpa mak, aku takkan sampai mana-manapun.
p
p


Aku dibesarkan dengan lampu gasolin macam ni.

p
p
Setiap kali mak senyum, hati aku tenang dan sejuk sangat. Jauh lebih indah dari keindahan senyuman semua orang yang aku kenal dalam dunia ni.

Mak suka sangat bila kitorang adik beradik duduk berkumpul makan bersama-sama. Sungguh, aku sedar duit yang aku berikan setiap bulan tak bererti jika dibandingkan perhatian kitorang kepadanya.

Aku sayang mak, sayang sesangat. Aku takkan biar mak susah hati atau bersedih disebabkan aku. Aku cuba tak nak sakitkan hati mak lagi selagi mak masih hidup. Terima kasih mak kerana besarkan aku dengan sempurna. Terima kasih sebab layan aku dengan baik walaupun selalu buat mak kecik hati. Walaupun aku tak cakap sayang mak sempena hari ibu ini tapi semoga mak tahu tentang tu.

Wassalam

Nostalgia sekolah rendah:)

Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak bernostalgia tentang zaman sekolah rendah. Zaman aku mula-mula masuk sekolah rendah tahun 1980an dulu ketika semua masih pakai seluar pendek ke sekolah. Murid2 perempuan pun pakai skirt je. Sekolah rendah aku terletak kat sebelah kampung. Jadi setiap pagi abah hantar naik motor sejauh 6km. Sejuknya memang tak boleh cakaplah. Dahlah pakai seluar pendek pagi2, sampai sekolah kebas je tangan ngan semua badan kesejukan. Masa kecik2 dulu mana ada pakai seluar dalam!! keke.

Aku tak tahulah sekarang camna tapi zaman aku sekolah rendah dulu memang masih ada budak2 yang berak dalam seluar. Budak darjah 4 pun ada lagi, hehe. Tu belum kes anak manja yang mak dia teman sampai habis sekolah. Maknya tunggu kat luar kelas sepanjang hari. Menangis jangan cakaplah. Duit hilang menangis, gaduh menangis, kena marah menangis, tak mahu kawan menangis, main pastu kalah menangis, kena ejek menangis. Semua nak menangis.

Aku pun pernah menangis gak, haha. Tapi sebenarnya aku tak nangis kalau cikgu tarik side burn ke, cubit perut ke, ketuk jari pakai pembaris kuning ke. Cuma kalau kawan2 ejek barulah berkaca2 mata aku, haha. Sensitip betul masa kecik2 :)

Papan tanda camni biasa kat sekolah rendah :)


Lagi satu perangai budak2 sekolah rendah ialah suka berlari. Nak kemana-mana mesti berlari. Ke tandas kalau tak nampak cikgu pun berlari padahal nak basuh tangan je. Ingat lagi block kelas aku kena merentas padang nak ke kantin. Bila bunyi loceng rehat je, kitorang lari tak ingat dunia menuju kantin. Siap ada yang tackle2 dan jatuh terguling2 atas padang. Lelaki perempuan sama je. Tu belum tolak menolak time beratur kat kantin. Dah dapat makanan, makan dengan tercungap2 sebab penat belum hilang, hahahaha. Kata2 cikgu paling popular masa tu “Jangan Berlari!!”

Zaman-zaman tu juga ramai cikgu garang. Aku ingat lagi masa darjah 3 aku tumbuk perut budak sampai budak tu menangis. Pastu ada cikgu tu lempang aku. Sampai 2-3 jam berdesing je telinga aku. Tapi bagi budak2 degil benda tu dah biasa. Balik sekolah dah lupa pastu esok buat lagi. Tak macam budak sekarang muka brutal, rambut cacak2 warna perang tapi kena rotan sikit ngadu kat mak bapak. Pastu report polis. Hati tisu betul. Tak lasak langsung.

Cinta monyet pun boleh tahan time sekolah rendah ni. Tapi setakat suka-suka gitu lah. Tak pernah bagitau pun suka kat dia. Suka tengok dia je. Pastu kalau dengar lagu Isabella kat radio ingat kat dia, wakakaka. Mana reti nak bercinta, akupun tak tau apa benda tu. Duit pun abah yang bagi ada hati nak bercinta. Tapi budak2 sekarang memang advance, sekolah rendah dah dating kat KFC, huhu.

Banyak sebenarnya boleh diceritakan. Kenangan suka duka ketawa tangis semuanya adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mungkin ada antara cikgu-cikgu yang telah kembali kerahmatullah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas semua pendidik yang mendidik kita semua hingga pandai membaca, mengira dan mengeja dulu. Terima kasih cikgu.



Nota kaki : Aku jarang update sekarang sebab sibuk ngan kerja-kerja ofis :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Pertunangan Farah & Adnan

Bismillahirrahmanirrahim



Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah kat blog aku ni :) Aku hargai sesangat. Rasa terharu plak bila ada orang tanya kenapa dah jarang update blog, ceewahh. Tanggungjawab kepada kerja-kerja di ofis semakin besar dan beban kerja pun bertambah banyak. Jadi aku kena selesaikan dulu mana yang lebih utama barulah boleh layan benda ni.

Kali ni aku nak update majlis pertunangan Farah & Adnan di Ampang, Kuala Lumpur. Sebenarnya Adnan ni adalah adik kepada sahabat baik aku Dr Sarah. Jadi kali ni aku upload gambar banyak sikit untuk diaorang, hehe. Lagipun aku dah lama tak update gambar wedding kat sini :) Aku belajar main gradient dalam editing kali ni. Kalau tak kena sila bagitau ek. Layan gambar dulu ye.



Rombongan belah lelaki tiba dari Temerloh, Pahang. Aku suka dengar loghat temerloh ni :) Mungkin sebab jarang dengar. Koi rase cam nak aok cakap temerloh ngan koi je Sarah pasni, hehe. Sebenarnya member dari Temerloh boleh tahan ramai kat sini tapi semua cakap KL je terutama Kerul Shukor, hehe.



Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Walaupun shoot sorang2 aku rasa semangat buat kerja sebab keluarga Farah memberikan layanan dan kerjasama yang sangat baik. Farahpun memang gila2 orangnya. Memang jenis suka bergambar, tak payah posepun dia dah pandai pose sendiri, hehe. Terima kasih untuk Dato’ dan Datin sekeluarga.

Oh ya, gambar last tu memang farah pandai main gitar tau :) Kat bilik diapun ada gitar lain. Aku cuba sedaya upaya nak ingat alat muzik apa yang aku boleh main. Baru aku teringat dulu masa kecik2 masa memikat burung puyuh kat kebun kelapa sawit. Alatnya dibuat dari buluh untuk mimik bunyi burung puyuh betina. Jadi yang jantan tertarik dan masuk racik yang aku pasang. Akupun tak tahu benda tu diiktiraf alat muzik ke tak, hahaha.

Untuk makluman lagi sekali, aku dah tak terima tempahan untuk bulan Mei dan Jun 2010. Terima kasih kepada yang bertanya ye. Aku juga dah mula terima tempahan untuk akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011. Beberapa tarikh telah diisi setakat ini, alhamdulillah. Boleh email aku untuk quotation ye. Terima kasih.




Nota kaki : Aku menaruh keyakinan penuh Chelsea akan jadi Champion EPL dan Juara Piala FA musim ini. Piala Dunia tahun ni aku sokong Italy dan Argentina :)


Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Report Outing amik gambar

Bismillahirrahmanirrahim



Waduh waduh, aku bizi banget minggu ni. Sampai tak sempat nak update blog ni. Kerja-kerja ofis makin banyak dan dalam masa sama aku kena uruskan kejohanan Futsal dan Bola Jaring untuk ofis aku Sabtu ni. Kejohanan tu melibatkan semua staff di seluruh Selangor di Ekstreme Park, Shah Alam. Kaki dah tak sabar nak sepak bola ni.

Aku nak cerita sikit tentang Outing yang kitorang buat di area Bukit Bintang, KL weekend lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan penyertaan sangat menggalakkan. Sebenarnya outing ni dianjurkan oleh sifu aku Peveyhack dan dibantu geng2 lepak kitorang kat Bangi. Aku bersama 4 orang sifu hebat jadi fasilitator untuk mengajar diaorang tentang basic photography. Kitorang dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan ada sorang model untuk mereka berlatih shoot dengan tema Urban. Layan gambar skit aku pakai topi gi kebun :)



Selain sama-sama dapat berkongsi ilmu dan merapatkan ukhuwah sesama peserta, ada beberapa perkara yang aku belajar. Antaranya belajar uruskan outing dengan baik dari segi promosi, makanan, model, lokasi dan perkara2 lain yang berkaitan. Semua tu mustahil dilaksanakan tanpa kerjasama yang baik dari semua kawan-kawan. Terima kasih kepada Pevey sebab beri kepercayaan kepada aku jadi fasilitator walaupun aku sangat baru dalam bidang ni.

Aku harap peserta outing ni dapat serba sedikit ilmu terutamanya pengalaman shoot dengan konsep urban dan fashion di kawasan seperti ini dengan menggunakan elemen dan asas photography yang betul. Terima kasih juga sebab support team kitorang. Insyaallah segala kekurangan akan diperbaiki selepas ini. Aku tak shoot langsung sebab pihak penganjur tak bagi bawak kamera langsung. Hp akupun takde kamera, haha.



Nota kaki : Apalah Manutd ngan Arsenal ni. Anti-klimaks betullah masing2 macam dah menyerah kalah. Dari manager, player sampailah penyokong pun sama. Semua redha Chelsea jadi juara, hahahaha.


Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com