Bismillahirrahmanirrahim Ramadan semakin melabuhkan tirainya. Malam tadi dengar satu tazkirah. “Tolong jangan jadi hamba Ramadan!!” kata ustaz. Maksudnya jangan kita hanya beribadah semata2 kehadiran Ramadan. Allah tu ada sepanjang masa dan bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja. Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan menjadikan kita insan yang lebih baik dan dapat teruskan kebaikan yang dilakukan tersebut pada bulan-bulan lain … Read More
Catatan Ramadan 5 : Lau kana Bainana
Bismillahirrahmanirrahim Pada satu hari, ketika Rasulullah sedang berehat di rumahnya, ada seorang arab Badwi yang membuat persembahan dengan tarian di dalam masjid sambil dikelilingi orang ramai. Lalu Rasulullah memanggil Aisyah sambil berkata “Humairah, mahukah engkau melihat persembahan tersebut?” Aisyah gembira dan bersetuju. Lalu baginda bersama Aisyah bersama menonton persembahan arab Badwi tersebut. Diriwayatkan, Aisyah meletakkan dagunya dibahu Rasulullah dari belakang … Read More
Catatan Ramadan 4 : Meriam Buluh
Bismillahirrahmanirrahim Semalam aku ada program sahur di sebuah kampung kat Klang. Dalam perjalanan ke sana dalam pukul 12 malam camtu aku dengar bunyi yang sangat aku familiar. Meriam Buluh!! Memandangkan aku membesar bermain meriam, aku tahu beza bunyi meriam buluh, meriam besi mahupun bunyi mercun. Perlahan-lahan aku berhentikan kereta mencari-cari bunyi tersebut. Betul tekaan aku ada sekumpulan pemuda sedang bermain … Read More
Catatan Ramadan 3 : Cempedak goreng
Bismillahirrahmanirrahim Depan rumah aku dulu ada sebuah pokok cempedak yang sangat besar. Besarnya hingga dahannya mencecah tanah macam sebuah payung besar. Kalau masuk bawah pokok tu memang tak perasan ada orang kat bawah tu sebab ditutup daun-daun pokok tersebut. Tapi bawah tu biasanya lapang boleh duduk-duduk. Boleh lepak masa hujan lebat kalau taknak balik rumah :) Paling best kalau musim … Read More
Catatan Ramadan 2 : Al-Quran
Bismillahirrahmanirrahim Selepas tadarus, aku selalu berborak-borak kosong dengan imam di masjid qariah aku. Dia sering bercerita tentang pengalamannya tinggal di Mesir selama beberapa tahun melanjutkan pelajaran. Apa yang menarik perhatian aku ialah ceritanya tentang suasana dan budaya penduduk negara tersebut apabila tiba bulan Ramadan terutamanya melibatkan Al-Quran. Beliau menceritakan bila tiba bulan Ramadan, kebanyakkan orang sana sini memegang Al Quran … Read More
Catatan Ramadan 1 : Tarawikh
Bismillahirrahmanirrahim Bila tengok kanak-kanak bersolat tarawikh aku teringat zaman membesar dulu. Kalau pergi solat tarawikh kat masjid mesti main je dengan kawan-kawan. Main basikal, main kejar2, main baling selipar dan lain-lain. Tapi kitorang ada musuh ketat. Wak Lias namanya. Besar orangnya, suaranya garau. Kalau dia dapat tangkap, memang confirm kitorang kena cubit sebab buat bising masa jemaah masjid sedang solat. … Read More