Nikah Lini & Man, Bukit Kapar

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan Lini & Man kat Bukit Kapar, Klang. Diaorang ni nikah selepas solat jumaat. Jadi aku sengaja datang awal untuk solat jumaat di masjid tu. Masa aku sampai dalam pukul 12:30 tengahari aku tengok masjid dah hampir penuh. Aku check balik jam aku takut2 jam aku rosak. Rupanya memang orang kampung Bukit Kapar ni ramai yang datang awal ke masjid, alhamdulillah.

Dalam 15 minit sebelum azan aku tengok masjid dah penuh. Kalau kat tempat lain kekadang khutbah dah nak abis baru datang masjid. Tiba2 rasa seronok je berada dalam suasana camtu. Sebenarnya persekitaran juga secara tak langsung mempengaruhi tingkah laku dan akhlak kita. Semoga benda tu berterusan sampai bila2, amin. Layan sikit majlis pernikahan diaorang ni.


Oh ya, untuk pengetahuan semua kat Selangor ni dah tak guna mas kahwin RM80 tu. Maksudnya, kalau hantaran tu RM8,000 maka akan di sebut “Aku terima nikah …. dengan maskahwin nya RM8,000 tunai..” Jadi hati2 kalau nak taruk cek selepas ni sebab cek tu dikira hutang. Mesti segan kalau imam cakap “dengan mas kahwinnya RM15,000 hutang...” hehe. Penyelesaiannya guna bank draft ataupun tunai :)

Kalau bayar separuh2 contoh RM4,000 tunai dan lagi RM4,000 guna cek maka yang guna cek tu dikira sebagai hutang..:) Aku dah confirm benda ni dengan 2-3 orang pendaftar nikah termasuk lah imam yang aku dah shoot beberapa kali ni,hehe. Pandai-pandailah nanti pasangan yang nak kahwin ye.


Nota kaki : Aku sengaja guna tone kaler camni sekadar mencuba. Nantikan majlis sanding dan outdoor diaorang nanti ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Kualiti vs Harga

Bismillahirramanirrahim



Masa job wedding haritu, ada sorang saudara pengantin tanya aku tentang photography ni. Aku nak kongsi skit kat sini. Lebih kurang camnilah perbualan kitorang ;

Adik manis : “Abang punye style photography camne ye? Boleh tak buat seperti (menyebut beberapa nama besar dalam industri ni) hasilnya? ”
Aku : “Err susahlah sebab sayapun baru je amik gambar ni. Nape tak amik je photographer2 tu?”
Adik manis : “Dah tanya, tapi mahal sangatlah. Tak sangka wedding photographer mahal sampai camtu sekali. Macam tak berbaloi je tapi suka hasil mereka..”
Aku : *bagi syarahan percuma, hahaha..

Teaser wedding kat Bukit Kapar, Klang :)


Sebenarnya apa juga benda dalam dunia ni ada nilainya sendiri. Walaupun tak semua tapi biasanya benda yang baik tu nilainya lebih tinggi sesuai dengan kualitinya. Tidak wajar kita harapkan keselesaan dan ciri2 kereta seperti BMW kalau kita hanya membayar harga sebuah kereta kancil. Sama je dalam bidang photography ni.

Kita tak boleh harapkan hasil hebat seperti photographer full timer tetapi cuma hire photographer yang harga murah-murah. Ini tak adil buat mereka sebab pengalaman, skill dan equipment mereka jauh berbeza. Setiap photographer juga biasanya mempunyai style mereka sendiri. Janganlah pula menyuruh mereka mengubah style untuk ikut style photographer lain. Memang boleh tapi mungkin mereka tak dapat buat sebaik orang itu :) Ia macam suruh Cristiano Ronaldo main badminton lah, bolehlah main tapi macam bengonglah nampaknya kalau lawan Lee Chong Wei, haha.

Kesimpulannya kalau kita bijak memilih mungkin kita dapat hire photographer yang baik dengan harga yang berpatutan. Tapi kena sentiasa ingat kemampuan dan kemahiran setiap orang berbeza. Kita akan dapat hasil dari apa yang kita bayar :) Mungkin ia satu bonus kalau kita dapat hasil lebih baik dari jangkaan kita. Itulah azam aku tahun ni, Wallahua’lam.


Nota kaki : Weekend ni aku kat Serting 2 hari, tumpang lalu ye orang-orang Seremban :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Amy & Syafiq, Penang

Bismillahirramanirrahim



Hari ni hari pertama kerja tahun 2010. Melainkan orang tu robot aku rasa semua masih rasa malas nak mula kerja kan? hehe. Jalan raya dah mula sesak setiap pagi sebab sekolah-sekolah dah mula dibuka. Budak2pun gembira je dengan baju sekolah baru, kasut baru, beg baru dll. Mak bapak je yang ‘agak tak gembira‘ sebab banyak keluar duit bayar itu ini, hehe. Takpelah, demi masa depan anak2 :)

Kali ni aku nak update job terakhir tahun 2009 yang lepas di Penang. Aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada sahabat aku Sis Honey yang banyak membantu aku sepanjang berada di Penang sana. Dari tolong book kan chalet hinggalah bawak aku dan wife jalan2 sekitar penang. Terima kasih atas layanan baik yang memang takkan terbalas sampai bila-bila. Penang memang best cuma jam je jalannya kalau cuti,hehe. Layanlah sikit gambar diaorang ni ye.


Sebenarnya aku demam sepanjang berada kat sana. Bukan demam je, siap pakej batuk ngan selsema sekali. Aku shoot pun dalam demam. Nasib baik ada tenaga siapkan kerja :) Sesi outdoor tu buat kat area Telok Tempoyak, Bayan Lepas. First time juga aku shoot kat jeti2 yang selalu nampak kat dalam TV tu, hehe. Ingat nak sambung buat outdoor kat bangunan2 lama kat tengah2 pekan tu tapi tak sempat sebab dah maghrib :( Kalau nak tahu jeti ni lah tempat si Shafiq selalu memancing. Pasni bolehlah ajak wife teman memancing ye Shafiq,hihi..


Sejak dari awal Disember sampailah pertengahan Februari nanti aku shoot tanpa henti di pelbagai lokasi dan jumpa ramai kenalan baru dikalangan client aku. Seronok juga kenal ramai orang dari pelbagai latar belakang ni, hehe. Untuk akhirnya aku doakan semoga kedua mempelai Amy & Syafiq ni hidup bahagia sampai ke akhir hayat. Terima kasih yang tak terhingga atas layanan baik sepanjang menjalankan tugas. Tunggu album siap ye :)


Nota kaki : Aku dah tak available untuk bulan January hingga Mac. Sepanjang bulan Mei dan Jun juga dah tak available. Terima kasih atas sokongan semua ye. Aku janji akan buat yang terbaik untuk korang semua. Doakan kesihatan aku baik-baik je ye.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com