Nurul Sofa & Aizuddin, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim


Aku nak kongsi satu kuliah baru-baru ni. Kata ustaz tu dalam kehidupan harian, kita kena pandang org yang lebih ‘kurang’ dari kita supaya kita jadi lebih bersyukur. Ia dapat elakkan diri dari perasaan dengki dan berasa kekurangan dari orang yang lebih baik dari kita. Tetapi dalam bab ibadah, kita kena pandang orang yang jauh lebih berilmu, berakhlak dan baik ibadahnya. Supaya kita tidak berasa selesa dengan amalan kita sekarang.

Majlis perkahwinan Nurul Sofa & Aizuddin ini diadakan di dewan Presint 8, Putrajaya. Satu yang agak berlainan dalam majlis ni ialah hiasan dewan majlis tersebut. Nurul Sofa gunakan banyak unsur kipas. Simple, cantik dan kreatif. Layan majlis dia ni.



Sesi outdoor kitorang buat kat area putrajaya tu je. Memandangkan sekarang ni musim hujan jadi aku rasa Putrajaya mempunya kelebihan kalau nak buat outdoor. Ia boleh dilakukan outdoor kalau cuaca baik dan indoor kalau hujan petang tu. Tapi alhamdulillah cuaca baik je sampailah selesai majlis dan outdoor kedua pengantin ni :)



Dah lama aku tak main gif image ni :) Ni salah satu yang sempat aku buat,hehe. Terima kasih kepada kedua sahabat Nurul Sofa atas kerjasama ye sepanjang sesi outdoor.


Alhamdulillah majlis berlangsung meriah dan tetamu yang datang sangat ramai. Aku ucapakan tahniah sekali lagi kepada Nurul Sofa & Aizuddin. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat,amin. Mohon maaf kalau ada kesilapan dan kekurangan sepanjang 2 hari bekerjasama. Terima kasih sahabat aku, Zakuan Hassan yang membantu aku sepanjang majlis ni berlangsung. Juga kepada Khairul Hafiz aka Cot yang turun masa sesi outdoor. Jumpa lagi dalam next entry. Wallahua’lam.



Nota kaki : Sila ‘LIKE’ page facebook aku untuk gambar lain ye. Thanks :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Nikah Aizuddin & Nurul Sofa, Bangi

Bismillahirrahmanirrahim


Salah satu impian aku dari dulu ialah nak memiliki rumah dekat dengan masjid atau surau. Kalau boleh aku nak jalan kaki je ke masjid setiap kali waktu solat. Abah seorang yang suka bermasyarakat. Dari kecil aku dah terbiasa camtu dan selesa begitu. Biarlah rumah aku nanti tu sederhana je tapi mudah access ke masjid. Ia lebih aku suka daripada memiliki banglo besar dan cantik tapi nun jauh dari orang ramai. Susah nak ke masjid dan bermasyarakat. Rugi pahala jemaah. Hari tua dilalui sendirian.

Rumah Nurul Sofa, pasangan pengantin yang aku shoot weekend lepas ni pun sebelah surau je :) Aku suka hantaran dan hiasan majlis ni. Layan sikit majlis pernikahan diaorang ni.


Alhamdulillah dengan sekali lafaz je Nurul Sofa menjadi isteri yang sah kepada Aizuddin. Kalau cinta didasari dan dibentengi oleh syariat, insyaallah kemanisan berumahtangga itu lebih terasa bila menjadi seorang suami dan isteri yang halal di sisi agama. Jadi kepada pasangan yang masih merancang berumahtangga jagalah syariat. Aku bukanlah orang yang baik sangat untuk berkata-kata soal ini tapi tiada salahnya saling mengingati. Tahniah untuk kedua mempelai. Tunggu aku update majlis persandingan diaorang plak pasni ye :)



Nota kaki : Hari ni hari terakhir bulan Zulkaedah. Malam ni dah masuk bulan Zulhijjah. Bulan Haji. Ya Allah, jemputlah aku dan semua pembaca blog ni jadi tetamu mu di Baitullah satu hari nanti,amin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Jumpa photographer bersama family

Bismillahirrahmanirrahim


Kebelakangan ni aku perasan ada beberapa orang client yang berjumpa aku bersama ibu dan bapa mereka:) Aku tak tahu orang lain tapi aku rasa ia satu perkembangan yang positif. Rasa seronok melihat ibu bapa yang ambil berat hingga pemilihan photographer untuk majlis anak mereka. Aku percaya kebanyakkan pasangan lebih selesa memilih berurusan sendiri tetapi sebenarnya tiada masalah meminta pendapat orang tua tentang beberapa pilihan kita tentang majlis tersebut.

Teaser Aizuddin & Nurul Sofa, Bandar Baru Bangi.


Sebenarnya mereka bukannya kisah tentang gambar atau album sangat. Tapi biasanya mereka nak lihat dengan sapa anak mereka berurusan dan akan bekerja pada majlis tersebut. Instinct orang tua kita ni kekadang ada betulnya. Mungkin berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka tentang majlis kawan2 mereka dan perkara yang mereka tidak berkenan dengan vendor-vendor dalam majlis kahwin anak mereka. Ia mungkin menimbulkan masalah kepada mereka kelak.

Jujurnya aku suka kalau berjumpa keluarga. Selain dapat kenal keluarga bakal client dengan lebih awal ia juga membuktikan sesuatu. Dalam dunia sekarang yang kurang norma-norma positif institusi keluarga, masih ada ikatan kekeluargaan yang boleh menjadi contoh kepada kita. Aku percaya hubungan rapat seperti itu memberi impak positif dalam perkembangan anak-anak mereka. Ada juga photographer tak setuju ngan aku sebab tak tahu nak berborak ngan orang tua :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Semalam hari yang terkenal dengan madness sport. New Zealand juara Piala Dunia Rugby, Marco Simoncelli mati di Litar Sepang, Lee Chong Wei kalah final badminton dan Manchester United kalah 1-6 kepada Manchester City di tempat sendiri :)




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Skuad Jejak Kemiskinan

Bismillahirrahmanirrahim

Doaku Untukmu Sayang (Wali Band)


Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

corus:

Aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

repeat corus

(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)


Sepanjang 2 minggu ni aku agak bizi kerja di luar. Selain pembinaan sistem baru kat ofis,aku juga terlibat dengan ‘Program Jejak Kemiskinan Bandar‘ yang diadakan di beberapa tempat di kawasan ‘hotspot‘ di Lembah Klang. Biasanya satu hari, seramai 50 orang pegawai zakat turun padang kat kawasan flat, PPRT dan buat bancian kat seluruh penduduk situ. Semua pintu rumah orang Islam akan diketuk dan dibanci.

Setakat hari ni hampir 7,000 buah pintu telah dibanci. Sehari kitorang boleh dapat dekat 1,000 buah rumah. Kemiskinan bandar ni susah nak kesan sebab rumah diaorang sama berbanding kalau kat kampung2. Kalau tak layak kita just ambil maklumat dan kalau layak keluarga tersebut diproses jadi asnaf dalam tempoh 24 tersebut. Ada masa nanti aku ceritakan pengalaman aku membanci diaorang. Kalau korang ada jumpa asnaf ataupun orang susah kat tempat korang boleh call Talian Zakat Selangor di 1-800-88-5353. Nanti pegawai zakat akan datang buat bancian. Wallahua’lam.




Nota kaki : Lately ada beberapa email yang bertanya quotation, masuk spam mail aku. Dalam masa 2 hari kalau aku tak reply sila maklumkan semula ye. Terima kasih.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nostalgia di asrama

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu sepanjang sekolah menengah aku duduk asrama. Masa zaman 90an dulu memang raging tu perkara biasa. Walaupun bersekolah di sekolah agama tapi Land Rover polis datang angkut budak-budak asrama ke balai polis adalah perkara biasa. Sama ada kes ganja ataupun bergaduh sampai patah sana sini. Nampak budak menengah rendah patah gigi perkara normal. Kena belasah time tidurpun dah biasa. Bila jadi camtu kitorang satu batch jadi rapat. Terutamanya masa zaman2 awal tingkatan satu sampai tingkatan tiga.

Gambar lama shoot kat ladang getah.


Masa tu tak ada perbezaan antara kitorang. Makan sama-sama, main bola sama-sama, keluar pekan sama-sama. Seawal tingkatan satu biasanya kitorang kena hafal surah2 lazim. Antaranya surah Yasin, Mulk, Sajadah, Jumaah dan lain2. Kekadang aku sengaja tak hafal sebab tengok member2 lain yang tak hafal kena berlari pusing blok sekolah 10x malam-malam buta. Sebenarnya aku jeles sebab diaorang dapat keluar dari surau dan berlari,hehe. Bila akupun kena keluar dan berlari aku senyum sendiri.

Beberapa hari lepas aku jumpa sahabat lama satu sekolah dulu. Bolehlah dikatakan kehidupan beliau agak susah jika dibandingkan sahabat yang lain. Dalam usia sekarang, aku boleh lihat rezeki masing-masing berbeza-beza. Ada yang sangat mewah hingga pendapatan belasan ribu sebulan hingga yang bawah garis kemiskinan. Ada duduk rumah banglo di tanah sendiri dan ada yang masih duduk dengan family walaupun dah ramai anak. Lingkungan kawan-kawanpun dah berbeza.

Tiba-tiba aku teringat dulu semasa kitorang gelak bersama-sama selepas menang lawan bola peringkat sekolah. Tiada perbezaan status dan tak pernah fikir tentang perbezaan antara kitorang. Sekarang kalau berjumpa, seboleh-bolehnya nak tunjukkan perbezaan kejayaan dan kekayaan. Agaknya hidup ni terlalu mendesak hingga kita terlupa semua rezeki tu Allah yang berikan. Allah boleh tarik mana-mana rezeki bila-bila masa. Alhamdulillah, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.



Nota kaki : Al-fatihah ke atas seniman Ahmad Jais yang meninggal dunia arini. Salah seorang penyanyi kegemaran aku.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Ain & Hanafi, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim



Aku ada seorang sahabat yang suka berfalsafah. Dia pandai buat sajak, karang pantun dan bermadah pujangga. Sesuatu yang agak mustahil untuk orang seperti aku. Satu hari ada seorang sahabat lain yang bersedih putus cinta. Tahu apa yang dinasihatkan kepada dia?. “Hidup ni umpama basikal yang bergerak, kita tak boleh berhenti. Nanti tidak seimbang dan jatuh. Berhenti sejenak itu boleh sahaja. Tetapi destinasi kita masih jauh. Tidak akan sampai kalau perjalanan tidak diteruskan..”. Terkesan aku ngan kata-katanya.

Kali ni aku update majlis perkahwinan Ain & Hanafi yang diadakan di Cheras. Dewan ni kat bangunan sebelah stesen LRT Bandar Tun Razak di tingkat 8. Pertama kali aku shoot kat sini. Majlis berlangsung dengan sangat meriah dengan kehadiran ramai tetamu dari kedua belah keluarga. Layan sikit sekitar majlis tersebut.


Kalau amik gambar dewan sekarang kena lebih peka dengan masa sebenarnya. Sebab ada sesetengah dewan memang ‘strict‘ dengan masa sewaan di dewan tersebut. Kalau pukul 4 petang abis sewa diaorang dah matikan sebahagian lampu dan lampu kat pelamin. Susah juga nak shoot gambar bersama saudara mara dan rakan-rakan kalau pelamin dah gelap :) Jadi berhati-hati kepada bakal-bakal pengantin. Rancang sebaiknya.

Masa kitorang nak kuar outdoor, hujan lebat turun. Jadi kitorang decide amik gambar kat sekitar bangunan dewan tersebut sahaja. Untuk sesi outdoor korang kena ada back-up plan sekiranya ujan turun dengan lebat ketika waktu outdoor hendak dijalankan.



Terima kasih kepada sahabat aku Kenit Lee yang follow majlis ni, memberi tunjuk ajar dan membantu hingga akhir majlis. Terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Ain & Hanafi yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari majlis berlangsung. Tahniah kepada kedua pasangan yang diraikan. Semoga ikatan yang terjalin dirahmati dan diberkati Allah dan terus kekal bahagia hingga ke syurga,amin. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang bekerjasama :)




Nota kaki : Terima kasih atas pertanyaan untuk quotation. Sekali lagi untuk makluman, aku dah tak available hingga akhir tahun ni. Tarikh tahun depan hingga bulan Mac juga hampir penuh. Aku hargai pertanyaan semua. Insyaallah aku cuba jawab pertanyaan secepat mungkin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe