Sendiri-sendiri

Bismillahirrahmanirrahim,

payat

Hidayat & Fatiha, Cyberjaya

Orang kampung itu rumahnya jarak-jarak tetapi mereka selalu bertegur sapa dan rapat hubungannya. Walau di hujung kampung masih kenal anak isterinya.

Orang bandar kadangkala berkongsi satu dinding dengan jiran sebelah. Tetapi kadangkala tidak bertegur sapa sehingga berbulan-bulan lamanya. Jangankan hujung taman, anak jiran sebelahpun mungkin tidak kenal namanya.

Masjid dan surau sahaja peluang terbaik untuk bersilaturrahim selepas selesai ibadah setiap hari. Itupun ramai yang jarang pergi. Tapi itulah gambaran masa depan negara kita yang suka hidup sendiri-sendiri.