Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat terbesar kita iaitu agama Islam dan masih diberi kesempatan hidup hingga hari ini. Insan ada ketikanya dia berada hampir dengan pencipta dan ada masanya jauh hingga lalai dan lupa kepada penciptaNya. Namun, rahmat Allah tak pernah berkurangan ketika kita sibuk melakukan dosa dan lupa pencipta.

Bila insan hatinya kosong dan ingin kembali kepadaNya mereka tidak perlu mengaku kepada umum kesalahan masa lampau, tidak perlu berbuat ritual pelik menyiksa diri dan tidak perlu cerita kepada orang ustaz, ustazah atau orang alim untuk hapuskan dosanya. Mereka hanya perlu masa bersendirian memohon taubat dengan sungguh-sungguh kepada Allah. Allah akan mengampunkannya. Luasnya rahmat Allah.

Hari ni aku update majlis perkahwinan Nadia & Izad yang diadakan di Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Pertama kali shoot kat area sini. Majlis Nadia ni berlangsung sehari sahaja iaitu majlis bernikah dan resepsi dalam hari yang sama. Semua deco majlis ni dibuat oleh Nadia dan sahabat2nya. Kagum dengan banyak detail yang cantik-cantik dalam majlis ni. Warna-warna pastel memang trend sekarang.


Dalam beberapa wedding yang aku pergi sekarang ada section ‘candy bar‘ untuk kanak-kanak. Memang ia jadi perhatian. Tapi aku rasa yang banyak makan ni semuanya orang besar je:) Sekarang bagi yang tidak mempunyai masa untuk buat section candy bar ni boleh hire banyak vendor sediakan perkhidmatan ini.

Sebenarnya first time juga dapat pengantin pakai baju warna hijau ni sejak 4 tahun amik gambar ni. Tapi memang cantik sangat baju Nadia dan ‘masuk’ ngan Izad punya kod tu. Nampak berbeza. Sesi outdoor ni kitorang buat kat taman berhampiran je. Aku sebenarnya lupa taman apa sebab memang tak biasa kat area sini:) Nasib baik masa kitorang datang tu belum ramai sangat orang jogging dan lalu lalang.


Untuk akhirnya, aku ucapkan tahniah kepada kedua pasangan yang dirai. Selamat berbahagia hingga ke syurga,amin. Terima kasih kepada Nadia dan keluarga atas layanan yang baik sepanjang bekerjasama. Terima kasih juga kepada sahabat aku Afrizal Aminin yang sudi membantu aku pada hari tersebut. Insyaallah jumpa dalam next entry pula ye. Wallahua’lam.




Nota kaki : Musim pilihanraya dah nak hampir. Kena lebih banyak tapis berita yang diterima. Mudah-mudahan kita dapat jaga diri dari termasuk dalam golongan orang yang membantu sebarkan fitnah. Perjuangan parti tidak halalkan benda yang haram di sisi Islam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
ejal says:

salam kang….kaler superb la..terbaik dari ladang….kn menuntut lagi ni…byk lagi kena belajar…

Acaii Jawe says:

ejal – salam ejal,thanks ejal follow aku pada hari kejadian,hehe. Nanti aku ajar lagi camne nak dapat kaler camni,hehe. Akupun bukan pandai sangat, main belasah je.

Zzack says:

superb bro.. guna 50mm ke smua ni?

Acaii Jawe says:

Zzack – Salam bro:) Aah banyak guna 50mm ngan 85mm. Masih pakai body dx lagi D300.

Abel says:

Cantiknye decoration die.. Yup..bju pengantin hijau zamrud yg sgt cantik… Unik btl bunga maggar die….

Acaii Jawe says:

Abel – Salam Abel, morning:) Aah belle memang cantik deco2 dia dan unik,hehe. First time jumpa hijau zamrud camni belle,hehe.