Saipi & Dr Yuhanis, Jalan Kebun Klang

Bismillahirrahmanirrahim


Semasa aku membesar dulu bulan Ramadhan memang berbeza dengan bulan-bulan lain. Salah satunya yang aku ingat bab makan dan minumlah:P Ketika itu memang tak ada peralatan elektrik sebab sebatang tiang kayu Lembaga Letrik Malaysia (LLM) pun takde lagi kat kampung aku. Jadi sejak kecik jarang sangat rasa minuman sejuk dari peti ais. Tapi kalau tiba Ramadhan abah selalu beli ais dari kedai. Fuh, nikmatnya tak terkata. Budak mana tak suka air ais? :)

Biasanya kedai tu amik ais dari pembekal orang Cina. Ais tu dimasukkan dalam habuk kayu supaya lambat cair. Masa tu mana ada ais kiub2 yang berlubang-lubang tu. Semuanya bongkah petak panjang-panjang. Kalau naik basikal boleh dilintangkan kat tempat duduk belakang. Sampai rumah dah kecil sebab cair :)

Kali ni aku update majlis sahabat baik aku yang kenal dari tingkatan satu, Saipi. Duduk asrama sama2, main bola sama2 cuma kelas je berbeza,hehe. Ni majlis bertandang kat Jalan Kebun,Klang.


Majlis pernikahan Saipi dan Dr Yuhanis diadakan di Kedah sana. Kat Sg Petani tak silap aku. Tapi aku tak dapat hadir masa tu. 2 minggu pastu baru buat majlis bertandang kat Klang ni. Majlis diadakan secara gotong royong. Ramai gak aku jumpa sahabat2 sekolah yang dah lama tak bersua muka. Tapi dah boleh tahu gemuk kurus sebab masing2 ada facebook,haha.

Sesi outdoor kitorang pergi kat Kota Kemuning je. Kitorang buat kat sebelah driving range golf tu. Kalau tak bernasib baik bola golf tu boleh kena kepala. Gila mencabar. Cuaca sedang cantik sebab matahari masa tu baru nak turun :)



Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun shoot sorang2 je tapi aku rasa enjoy je shoot sahabat aku sorang ni. Lagi2lah Saipi yang tersipu-sipu malu, nyampah aku, haha. Oh ya, aku nak kongsi gambar aku masa sekolah dulu ngan pengantin ni. Gambar ni diambil masa tingkatan satu. Ni gambar comel kitorang dulu.


Saipi duduk paling kanan dan sebelah dia tu orang paling comel dan poyo sekali antara ramai2 tu. Tak sangka dah besar boleh hensem sangat hensem, hahaha!! Sebelum aku tambah mengarut baik aku habiskan entry kali ni.

Tahniah untuk kedua mempelai yang dirai. Kepada Dr Yuhanis, jaga sahabat saya bebaik ye :) Saipi selalu pening kepala. Ubatnya tido je,hahaha. Semoga ikatan yang terbina dirahmati dan diredhai olehNya,amin.



Nota kaki : Aku masih lagi bizi kerja luar untuk program agihan ramadhan dan raya di seluruh Selangor. 7 hari lagi Ramadhan tiba!!




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Acai : ha’a,berzaman lg ms utk nk kenal:-) biar la dia create akaun FB sendiri. Nk tgk bila dia Akan buat. Kihkih

Acaii – haha,sbb aku percaya ko tu yg aku hire ko…sifuu….;-).Halil jeles sbb pict dia x da…kahkahkah..

saipi – hehe, thanks pi :) nanti aku nak amik gambar kawan2 lain plak,hehe.

Yuhanis – Hahahaha, betul2. Perlahan2 sebab takde apa nak di kejar :) Alaaa berzamanlah nak tunggu dia create sendiri. Kalau buatpun sebulan sekalipun susah nak update. Pastu wallnya penuh dengan iklan2 tah apa2,hahaha

Vinil – Thanks bro vinil. Selamat berpuasa juga!!

tahniah sal! chantek pic sbb chantek pgtin juge..
pasni dr yuhanis bleh la ajar sang suami berFB. (kalu yakin n brani) sian bebenor xpernah tgk gambor yg last tue (pdhal 1skolah da komen bebagai kat FB tuh)…hehehe..

Halil – Salam lil, thanks lil. Tapi aku takdelah sampai jadi model lil,hehehe :) Itulah kesian aku tengok saipi ketinggalan,hahaha. Orang dah berFB ngan bertwitter guna blacberry ngan iphone sekarang.hahhahahaha.

Yuhanis – Dr, tolonglah createkan untuk dia ye,hehehe.

salam acai..honestly,pic2 dalam entri nie memang yang terbaikkkkkk siti tengok..cantek siot,moga kang acai terus memancor.hehehe

Awe-Salam Aw;-).Sorry2! aku terlupa nk jemput ko…bz sgt la ms tu…anyway Thanks & Selamat Berposa.Nanti ada ms kita shoot lagi.Boleh ko bg petua jg isteri..hehe

Acaii- Salam bro..;-)Mn ko dpt gambo ni..aku pun x simpan.Knp x guna gambo yg aku ngah macho gak…huhu.Dikenangkan blk, mmg best la ms dok asrama dulu(mangan pelem epal mentah ngarep bengkel kemahiran)
Anyway…thanks for the good job.It’s nice bro.

Saipi – Ni pengantin lelaki plak, terima kasih gak pi sebab percaya aku nak amik gambar hari berbahgia ko ni,hehe :) Hahahhahaa, kenangan makan pelan tu memang bestlah,hehe. Memang tak boleh lupa. Sampai kena tebang pokok tu,hehe

siti amin – salam siti, terima kasih ti,hehee :) Terima kasih atas sokongan ye.

Salam cai.. gambar last dua dari kiri tu ko ke cai? garangnye.. bergambar xmo senyum. kurus tu.. hehee.. seronok bila kenang masa kecik² dulu cai.. :)

Ooo….itu rupanya ubat pening kpala suami saya. Lps ni senang aa, standby ubat tido je. Hehe:-)

Yuhanis – Waaaa pengantin dah sampai,hehe :) Selamat menjalani kehidupan berumahtangga,hehe. Ada banyak masa lagi nak kenal antara satu ngan lain,hehe

din – Salam din, hahahahha. masa tu memang bergaya sebab kan zaman2 macholah,hehe :) ko kecik dulu comel tak din?hehe

Saipi dah kawin…oooo..tahniah la kawan…w’pun aku baru je kenal ko tp ko ni jenis senang berkawan

Jaga diri dan isteri bila dah kawin….

cot – hahahaha, macam ko tak kenal aku je cot,hehe :)

awe – salam awe, itulah aku memang terlupa nak ajak ko shoot sama2 masa tu. Padahal dekat je ngan rumah ko,hehe. Dengar tu pi nasihat awe,hehe

“Tak sangka dah besar boleh hensem sangat hensem”

aku rase nak sekeh je ko caii…
wakakakakkaka

nice one cikgu… :) aku suke gambar last…yg main dgn backlight tu…

Salam.
Loh. Golf course Kota Kemuning tu?
Dekat sgt dgn rumah sy tu!
Tak sangka landscape die boleh jd cantik dlm shots bro.
Awesome joblah! :D

aanis – salam anis, waaaaa lewatnya tido,hehe :) lor dekat je ngan rumah. Kalau tau boleh ajak. boleh amik gambar anis sekali,hehehe :P Thaks anis ye.

jimi – salam jimi :) Weh, dah pukul 5:30 pagipun ko belum tido jimi?? Gila kental ko kerja :) Thanks jimi. Semoga bisnes makin kencang bulan Ramadhan ni Jimi, amin :)

Salam dindaku ESAL,
Setiap kali Ramadhan tiba, Kak Azie tahu, ESAL memang selalu sibuk. Tapi tetap ada cerita zaman kanak-kanak suasana puasa.

Ya beli ais batu yg dilumur habuk kayu, zaman paling best. Dua kupang jenoh nak buat ais. Tahan sampai sahur.

hahahaha gambar budak poyo tuh? Tengok jer bleh tahu, bila besar mesti jadi orang hensem (dan poyo nya berganda).
hahahahahahaha!

Salam kang.
Hehe. sonok dengar cite dulu dulu. :) nak ais! haha.

Sesi outdoor memang klass kang.
adei. cun temen! :D
nasib xkene bola golf. hehe.

Menanti hadirnya ramadhan. :)

Taqo – Salam kang :) terima kasih kang. Sama2 kita tunggu kehadiran Ramadhan al Mubarak ni ye. Lewatnya tido kang :)

Azieazah – Salam kak zie, hehe kak zie ni tahu je :) Terima kasih kak zie sebab selalu follow cerita saya yang tah apa2 tu,hehe :) kenangan tu kak zie kan. Orang2 lama je boleh tahu cerita2 dulu. Eh terasa saya pun macam orang lama plak,haha :) Alaa, macamlah akak tak tahu poyo berganda tu,hihi.