Kenangan pokok besar

Bismillahirrahmanirrahim



Kat kampung arwah nenek aku dulu ada banyak pokok hutan yang besar kat simpang-simpang jalan. Kebesaran pokok tu diukur dengan ukuran ‘pemeluk’ sebab mana ada orang kampung reti nak kira diameter pokok masa tu :) Kalau besar 5 pemeluk maksudnya orang dewasa mengelilingi pokok tu dengan depakan tangan (macam memeluk pokok) sampai 5 kali pusing baru jumpa titik mula.

Gambar ramai-ramai atas pokok aritu :)


Kalau balik kampung aku suka panjat kat sebuah pokok besar tu tinggi2. Pastu duduk mengelamun mengenang cinta hati, haha. Kebesaran dahan pokok tu sampai aku boleh bersila kat atas tu tengok orang lalu lalang kat bawah. Kalau malam-malam mesti orang ingat aku hantu penanggal atau langsuir, hehe. Itu antara hantu yang selalu orang cakap ada kat pokok tu selain pontianak. Banyak kali juga aku tidur atas pokok tu. Tapi sekarang pokok tu dah tak ada sebab dah kena tebang.

Aku cerita camni sebab bila tengok pokok besar2 aku selalu teringat zaman kecik-kecik dulu. Memang susah nak jumpa pokok-pokok hutan yang besar camtu sekarang. Semua dah kena tebang sama ada untuk besarkan jalan, buat taman perumahan dan pembangunan lain. Rasa seronok dapat jumpa pokok berusia ratusan tahun di Taiping aritu :) Bila dah balik sini baru perasan takde satupun gambar aku dengan pokok-pokok tu sebagai kenangan, huhu.



Nota kaki : Aku bizi siapkan satu projek kat ofis. Tak sempat nak edit gambar teaser lepas tu. Insyaallah minggu depan ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

budak br belajar – salam awak, waaaaaa terima kasih betulkan..sangat2 hargainya..tu memang tak perasan dan kebanyakkannya copy paste dari entry2 lepas je,heheh..

sgt menarik..

p/s: bismilah dah tinggal hrf ‘h’ tu. ade bbrp entri.. hiks~

Faiz Faiza – Salam awak, terima kasih..memang diaorang seronok tambah gayat,hahaha..ada gak yang gayat tau..terutamanya yang hujung sekali tu,kekek..:) emm, itulah kekadang peliklah napa diaorang tebang pokok cantik camtu kan? sebab nak besar camtu makan ebrpuluh2 tahun..

Mr Fathi – salam bro, ehhee..insyaallah nanti akan ada shoot kat sana juga..:) bolehlah shoot kat sana..

nazril – salam nazril, terima kasih sudi singgah kat sini dan tinggalkan komen ye..saya masih belajar lagi ni..kalau salah silap tolong tunjukkan ye.

zam – salam bro zam..:) waaaa pernah buat kat sini jugak ye? best kan tempat ni zam..rasa tak puas je shoot kat sini..nak shoot lagi lah,hehe..

raihan – salam awak, terima kasih ye..:) biasa2 je lah wak..ramai boleh shoot lagi baik dari saya..

salam….cantik2 karya saudara faisal….simple & menarik..boleh belajar sesuatu dari saudara…

tapi yg paling indah kat Tg Karang ni sawahnya…petang2 merayau perghh dgn anginnya meniup padi menambahkan lagi seri petang itu…sgt cantik…test2lah shoot gambar candid…

wah cantiknya! ramai2 ambil angin atas pokok…nampak macam seronok.

*di sebuah sekolah tua di Hulu Terengganu ada sebatang pokok semacam ini. tapi sudah ditebang dengan alasan takut tumbang timpa pelajar (which is irrelevant for us). hilanglah tpt kegemaran kami mengadakan kelas bahasa, pendidikan islam & seni =(

amik gambo kat pokok mmg best, tapi kalu ade fotografer yg pndai amik gmbo kat pokok lagi best!
congratz en. acai! thumbs up!=)

~ tersingkap kembali memori kat situ, gambar wedding outdoor aku dulu buat kat taman tasik taiping..;)

ejal – salam jal, waaa wes suie orak weroh dok..? bizi banget ye,hehe..kalau jatuh boleh terseliuh kaki tu :) tapi diaorang memang sporting :) aku cuma risau dahan pokok tu patah je,kekke

salam wak acai,mantap si..teruja btl aku tgk..best yer ramai2 duk panjat pokok..sporting hbs la..nasib tak jatuh..kalau sorg jatuh mau semua pun terbabit jatuh gak..hahaha…Terbaeekkk ..