Farihah & Fakri, Bangi

Bismillahirrahmanirrahim

fairiha

Bukan bahagia yang membuatkan kita bersyukur. Tetapi dengan bersyukurlah kita dapat rasa bahagia. Kebahagiaan bukan terletak pada status dan gambar-gambar yang kita kongsi di sosial media. Tetapi ia dirasai dalam jiwa. Ia menerbitkan rasa syukur yang dalam atas nikmat tersebut kepada pencipta.

Lama tak update blog. Jadi update majlis pernikahan Farihah dan Fakri yang diadakan di Bandar Baru Bangi yang tak sempat update sebelum ini.

fairiha1
fairiha2
fairiha3
fairiha4
fairiha5
fairiha6
fairiha7
fairiha8
fairiha8a
fairiha9
fairiha10
fairiha11
fairiha12
fairiha13
fairiha14
fairiha15
fairiha16
fairiha17
fairiha18
fairiha19
fairiha20
fairiha21
fairiha22
fairiha23
fairiha24
fairiha25
fairiha26
fairiha27
fairiha28
fairiha29
fairiha30
fairiha31

Semoga ikatan yang terjalin berkekalan antara kedua mempelai ini berkekalan bahagia sampai ke syurga, ameen.

Wassalam.

Ujian Allah itu berbaloi

Bismillahirrahmanirrahim,

Zeti & Rahim, Shah Alam
Zeti & Rahim, Shah Alam

Sama ada kita ini seorang yang kaya, miskin, sihat, sakit, cantik, jelek, sempurna anggota badan, cacat dan seumpamanya;

Kita semua sedang menjalankan takdir Allah. Ia hanyalah ujian yang diberikan Allah kepada semua manusia bagi menguji iman sementara kita hidup di atas muka bumi. Setiap orang diuji dengan cara berbeza.

Kalaulah ujian yang Allah beri itu menyebabkan kita masuk syurga, alangkah kecilnya ujian tersebut.

Sumbangan kita untuk agama

Bismillahirrahmanirrahim,

liana_adib
Liana & Adib, Jalan Kebun, Klang

Dalam kuliah yang aku dengar baru-baru ini, ustaz bagitau apapun pekerjaan yang kita buat kena niatkan ibadah dan azam membantu agama kita terus berkembang dengan kemahiran kita masing-masing.

Setiap kita mempunyai kemahiran berbeza-beza. Ada yang mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer, mempunyai ilmu luas dalam bidang perniagaan, kedoktoran, termasuklah mempunyai kekuatan tubuh badan untuk membuat kerja-kerja berat setiap hari. Semua itu pinjaman dari Allah. Semua itu mampu digunakan untuk kebaikan agama kita.

lina_hafifi
Lina & Hafifi, Cheras

Setiap usaha kecil kita akan dinilai oleh Allah. Dengan amal ibadah kita setiap hari yang sangat sedikit dan belum pasti Allah terima, kita kena usaha jadi orang yang beri banyak manfaat kepada ramai orang, insyaallah.

Mari azam jadi insan yang selalu disenangi oleh semua orang, suka membantu orang lain dan menyebarkan kebaikan ke seluruh alam. Setiap hari.

Wallahua’lam.