Satu Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim, Hidup kita ini ibarat satu perjalanan yang panjang. Kemudian kita berhenti sejenak di bawah sepohon pokok yang rendang (dunia). Mahu tidak mahu kita akan teruskan perjalanan tersebut juga. Kerana tempat itu bukanlah tujuan perjalanan kita tadi. Hanya persinggahan. Kita akan membawa bekalan amalan yang akan kita tuai pada akhir perjalanan nanti.

Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim, Jika masih bujang, bersyukurlah sebab masih punyai ruang berbakti sepenuhnya kepada ibu bapa. Tiada berbuat dosa kepada suami/isteri dan anak-anak yang menyebabkan sukar untuk ke syurga. Jika masih belum memiliki zuriat, bersyukurlah sebab di hari akhirat kelak Allah tidak akan tanya tentang tanggung-jawab mendidik anak telah dilaksanakan dengan sempurna atau tidak. Begitu juga amaran dalam Quran tentang anak-anak yang … Read More