Update Kerja Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah lamanya aku tak update blog ni. Mohon maaf aku agak bizi kebelakangan ini. Ya, aku masih lagi shoot gambar wedding sesekali. Ni aku update dululah teaser beberapa wedding yang aku shoot dari last update lepas. Aku rasa macam sikit tapi banyak juga rupanya,hehe.


Dr Fauzi & Mira, Pantai Kelanang

Dr Fathul & Sabirah, Bangi

Hadi & Afiqah, Serdang

Raffi & Fatin, Kuala Selangor

Zakhir & Zuri, Rawang

Semoga semua pasangan ini diberikan kebahagian, ketenangan, kegembiraan dan kemudahan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Kekal bahagia sampai ke syurga, Ameen! Insyaallah, kalau berkesempatan aku update lagi full entry diaorang ni semua. Aku rasa ada tertinggal lagi beberapa client. Nanti aku update lagi.

Wallahua’lam.

Yana & Saufi, Pantai Kelanang

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku nak kongsi tazkirah yang aku dengar pagi semalam. Ustaz bagitau bagaimana nak tahu keadaan hati kita dengan bertanyakan beberapa soalan. Hati di sini bukanlah tentang masalah kesihatan, tapi kondisi hati kita dalam beragama.

Contohnya, bagaimana perasaan kita apabila mendengar orang lain menceritakan kebaikan seseorang yang lain?

Jika kita rasa gembira, alhamdulillah kita sebenarnya mempunyai jiwa yang tenteram dan hati yang tenang. Tetapi jika sebaliknya, itu petanda ada sesuatu yang buruk dalam hati kita. Jiwa yang tenteram dan tenang akan suka mendengar kebaikan. Ada orang rasa gembira melihat sahabat yang dikenalinya dalam keadaan susah, berlaku penceraian dalam rumahtangga dan berada rendah daripada mereka.

Mereka rasa dengki dan iri hati bila mendengar atau mengetahui sahabat yang dikenali berjaya, bahagia dan kaya. Ini tanda hati kita sebenarnya dah kotor. Hati yang kotor kena bersihkan dengan istighfar dan taubat. Ia mempengaruhi hidup dan cara ibadah kita tanpa disedari.















Tahniah kepada kedua pasangan romantik Yana & Saufi. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia sampai ke syurga.

Sesi outdoor di Pantai Kelanang yang dah makin terhakis sekarang. Semoga masih ada lagi Pantai ni 5-10 tahun akan datang, amiin.

Wallahua’lam.

Anis & Faez, Klang

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam tazkirah yang aku dengar baru-baru ni, ustaz bagitau antara perkara yang Allah larang tetapi kita suka buat ialah saling berbangga antara satu dengan lain dengan harta kita, anak kita, ilmu kita, rupa paras kita dan rezeki-rezeki lain yang kita ada. Tanpa sedar ketika kita berkongsi semua rezeki tersebut dengan sahabat lain, ada timbul rasa riak dan bangga dalam diri.

Tanpa sedar juga, kadangkala kita bekerja lebih keras untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik hanya untuk ditunjukkan kepada orang lain. Kena tanya diri sendiri. Adakah semua nikmat yang Allah bagi tersebut lebih mendekatkan diri kepada Allah? Iman kita bertambah? ibadah kita lebih baik? atau dengan bertambah nikmat tersebut kita sebenarnya semakin jauh dari agama.









Tahniah kepada kedua pasangan Anis dan Faez ini. Semoga ikatan perkahwinan yang terjalin berkekalan bahagia sampai ke syurga, amiin.

Wallahua’lam.

Amalina & Shidi, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

shidi1

Seringkali yang disangka musibah sebenarnya ia bukanlah musibah langsung, bahkan satu anugerah yang sangat besar dan indah.

Kata mereka yang telah ‘merasainya’:

Penjara itulah yang telah membebaskan aku dan menjadikan aku orang yang baik.
Penghinaan itulah yang telah menyedarkan aku tentang kesombongan aku selama ini.
Kepahitan dan kegagalan itulah yang telah menyembuhkan aku.
Dan dosa-dosa itulah merendahkan keangkuhan aku.
Justeru, jangan terlalu gundah bila dilanda musibah. Kerana di sebaliknya ada Jannah. InsyaAllah.

shidi2 shidi3 shidi4 shidi5 shidi6 shidi7 shidi8 shidi9 shidi10 shidi11 shidi12

Wallahua’lam.

Adnin & Khadijah, Sungai Serdang, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

adnin1

Aku nak kongsi sedikit tazkirah yang mengetuk hati aku tempoh hari. Kata ustaz, kehilangan harta, kuasa, cinta dan kasih-sayang manusia adalah kecil berbanding kehilangan sifat syukur. Tanpa syukur kita akan kehilangan segalanya.

Kata ustaz lagi, hari kematian kita merupakan hari yang terbesar dan dahsyat daripada semua kegembiraan dan kenikmatan yang kita nikmati di dunia ini. Sebab tu bila diuji dengan ujian yang berat dan menyakitkan, kena ingat tentang mati.

Akhirnya semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman dan ujian semata. Akhirat nanti kita semua akan hidup selamanya.

adnin2adnin3adnin4adnin5adnin6adnin7adnin8adnin9adnin10adnin11

Wallahua’lam

Asryn & Yusri, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

shidi-2

Terima kasih Allah kerana berikan nikmat iman kepada kita semua. Nikmat keluarga yang mendamaikan hati dan sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan.

Dalam kuliah baru-baru ini, ustaz bagitau seorang sahabat yang baik akan menjadikan kita lebih hampir dengan agama. Sebab itu, jika perasaan kita tidak tenteram dan selalu gelisah, selain mendekatkan diri kepada Allah kita sebenarnya perlu mencari lingkungan kawan baru.

shidi-3shidi-4shidi-5shidi-6shidi-7shidi

Kumpulan kawan-kawan yang selalu berbicara perkara baik-baik. Tidak membesarkan dirinya ataupun mengata orang lain. Ia boleh dilakukan dengan menukar lingkungan kawan yang negatif sama ada di sekeliling kita mahupun di sosial media (unfriend/mute). Kita yang kawal newsfeed di Facebook, timeline di Twitter dan feed di Instagram. Carilah kawan yang baik-baik. Ia mempengaruhi kehidupan kita tanpa kita sedar.

Wallahua’lam.

Liana & Adib, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

liana

Kali ni aku nak update sikit outdoor pasangan Liana & Adib yang dilaksanakan di Jalan Kebun, Shah Alam. Liana ni adik kepada sahabat baik aku Saipi. Dulu masa Saipi dan Dr Yuhanis kahwinpun aku yang amik wedding diaorang,hehe.

Terima kasih kerana percaya untuk gunakan perkhidmatan aku.

liana1
liana2
liana3
liana4
liana5
liana6
liana7
liana8
liana9
liana11
liana12
liana14

Semoga Allah berikan kebahagiaan kepada kedua pasangan ini, amiin. Sentiasa dalam mawaddah dan rahmat daripada Allah, amiin.

Diana & Azizi, Masjid Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

diana

Hidup ini tidaklah selalu indah. Warna warni kehidupan dilukis oleh takdir tanpa dipinta. Namun ketabahanlah yang akan menyebabkan kita menikmati hidup seadanya. Kerana apa? kerana dunia ini hanya sementara dan begitulah jua dengan ujiannya.

Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak. Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman. Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu Dia sentiasa mengujinya.

Update outdoor majlis pernikahan Diana dan Azizi yang dilangsungkan di Masjid Shah Alam. Sekarang memang sudah trend selepas majlis nikah terus majlis. Takde majlis sanding. Dah beberapa pasangan pengantin aku shoot camtu sejak beberapa tahun ini.

diana1
diana3
diana4
diana5
diana6
diana7
diana8
diana9
diana10
diana11

Majlis yang cukup ringkas dan insyaallah menepati syariat agama kita. Inilah sebenarnya yang patut diikuti oleh pasangan remaja yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai kewangan yang banyak untuk mengadakan satu majlis yang besar dan gemilang seperti pasangan lain.

Semoga ikatan yang dijalinkan berkekalan bahagia sampailah ke syurga, amiin.

Wassalam.