Hari ibu

Bismillahirrahmanirrahim,

Bee & Saiful, Bangi
Bee & Saiful, Bangi

Hari ibu baru berlalu beberapa hari lepas.

Begitu banyak pengorbanan seorang ibu beri kepada kita. Terlalu sedikit kesempatan masa untuk membalasnya.

Jasa terbesar kita sebagai seorang anak bukanlah setakat berbakti kepada kedua ibu bapa ketika mereka masih hidup di dunia ini. Tetapi yang lebih penting ialah memastikan kita sekeluarga bersama-sama berjumpa di syurga nanti.

Jika ada keaiban ibu bapa, kita tutup. Jika ada kelemahan dari sudut agama, kita ajarkan. Jika ada kekurangan dari sudut ibadah, kita bagi galakkan. Jika ada dosa dilakukan oleh mereka kita tegur dengan penuh kasih sayang. Jika mereka telah tiada, kita buat kebaikan untuk mereka dan mendoakan keampuanan untuknya.

Amirul & Amnani, Banting
Amirul & Amnani, Banting

Ibu dan bapa mungkin tidak mempunyai kesempatan masa untuk belajar ilmu seperti kita. Tetapi mereka berhempas pulas menyediakan segala yang diperlukan untuk kita belajar. Dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.

Jadi, mereka mungkin ada kekurangan ilmu terutama dari sudut agama. Inilah peranan seorang anak untuk membetulkan mana amalan ibu dan bapa yang silap dan kena perbaiki. Ajar mereka tentang solat yang betul. Cerita kebaikan solat tahajjud. Usaha tegur mereka jika masih membuka aurat. Galakkan mereka berpuasa sunat.

Niatnya cuma satu. Supaya mereka dapat ke syurga. Inilah tugasan seorang anak yang sebenar.

Amnani & Amirul, Manjalara
Amnani & Amirul, Manjalara

Belikan kek dan wish itu hanya juzuk kecil dari menggembirakan hari seorang ibu. Tapi ia masih belum mencukupi. Adakah kek itu dan kegembiraan ibu yang sebentar itu dapat menyelamatkan mereka dari api neraka? Mana lebih penting?

Selamat Hari Ibu bagi yang bergelar ibu.

Wallahua’lam.