Teaser : Dewan Perdana Felda

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku mula-mula cover wedding dulu aku ada beberapa senarai tempat yang menjadi impian aku untuk shoot gambar pengantin. Aku harap sebelum aku berhenti amik gambar aku dah cover semua tempat tersebut. Antaranya sawah padi, tepi pantai, paya bakau, pokok besar kat Taiping, landasan keretapi, kontena kat Port Klang, padang ragut UPM, Masjid Wilayah dan Dewan Perdana Felda.

Teaser wedding Farah & Adnan, Dewan Perdana Felda


Alhamdulillah, baru nak masuk 2 tahun semua impian aku dah tercapai :) Terima kasih kepada pasangan Farah & Adnan yang beri kepercayaan kepada aku untuk jadi OP majlis mereka di sini. Memandangkan target customer aku adalah golongan pertengahan, peluang camni adalah sesuatu yang jarang diperolehi. Memang excited lah bila dapat tugasan ni :)

Kenapa dewan ni jadi impian photographer?
Sebenarnya dewan ni memang benar-benar mencabar keupayaan dan kemahiran seorang photographer. Dewan ni gelap dengan lampu suram (tapi cantik) dan tiada syiling serta dinding untuk bounce flash. Kalau tak mahir guna direct flash gambar jadi flat atau harsh.

Lagi satu pernah tak korang amik gambar dalam dewan subjeknya cerah tetapi belakangnya gelap gelita tak nampak apa-apa? Jadi kat situlah perlunya kemahiran photographer kendalikan kamera dan flashnya. Untuk dapatkan subjek yang terang dan ambient yang baik. Gear yang mahal dan berkualiti memang membantu tapi ia sentiasa menjadi faktor kedua selepas kemahiran photographer tersebut.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis ni next week :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Reen & Reem, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Reem & Reen yang diadakan di Dewan Raja Lumu, Shah Alam. Sebenarnya walaupun dah lama kerja Shah Alam aku tak taupun dewan ni kat mana. Rupanya dewan ni sebelah Muzium Shah Alam tu je,hehe. Jadi sapa-sapa yang cari dewan kat sekitar Shah Alam ni untuk adakan majlis kahwin boleh consider dewan ni juga :)

Kalau nak tahu Reen ni jual tart nenas & kuih makmur secara online tau. Korang boleh tengok kat [ blog beliau ]. Tapi disebabkan Reen nak kahwin jadi blog tu dah cerita sekali tentang semua persiapan kahwin dia :) Pertama kali jumpa Reen memang dia seorang yang ceria. Berbeza ngan Reem yang cool je. Memang saling melengkapi antara satu ngan lain diaorang ni.

Layan sikit sekitar majlis diaorang ni.



Sesi outdoor kitaorang buat kat sekitar Muzium Shah Alam je. Ramai member2 Reem & Reen turut serta dalam sesi tersebut. Jadi memang meriah betullah dengan gelagat diaorang yang gila-gila. Terima kasih atas kerjasama korang semua. Kalau ikutkan memang banyak lagi gambar diaorang tapi rasa melampau plak nak taruk semua,hehe. Layan outdoor diaorang ni.


Untuk akhirnya aku ucapkan tahniah kepada pasangan Reem & Reen di atas ikatan yang dibina ini. Selamat menjalani kemanisan hidup berumahtangga bersama-sama:) Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat,amin. Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada sahabat aku Halim Wahid, Atong dan Saipi yang sama-sama shoot pasangan ini :) Ok, jumpa lagi next entry!!



Nota kaki : Seperti yang dijangka, musim kristmas ni menyebabkan album delay sebab mereka bercuti agak panjang. Rasanya semua photographer kena kesan cuti tersebut. Betapa besar kebergantungan kita kepada kaum lain dalam urusan perniagaan ini, huhu. Kalaulah ada pilihan lain memang aku dah lama pergi, sayangnya mereka belum sampai tahap tu lagi.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www.faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Mendoakan photographer?

Bismillahirrahmanirrahim



Aku rasa satu perkara yang perlu dipertimbangkan bakal pengantin ketika berdoa selepas solat ialah kesihatan photographer mereka :) Kenapa benda tu penting? Sebab kalaulah ditakdirkan photographer korang demam atau sakit semasa bertugas mesti ia mengganggu kreativiti dan kerja beliau sepanjang bekerja tersebut. Jadi yang menerima kesan adalah gambar-gambar mereka juga. Betul bukan? :)

Teaser wedding Reem & Reen


Sebab photographer ni hanyalah manusia biasa. Mereka bukan Superman atau Firaun. Demam, sakit, pening tu lumrah. Sekurang-kurangnya dengan doa dari client-client, mereka dapat kekal sihat sepanjang masa. Dengan izin Allah tentunya. Sebab tu aku selalu doa supaya diberikan kesihatan baik sepanjang masa supaya dapat bekerja kepada mereka yang dah hire aku.

Aku juga takkan buat benda-benda mengarut yang boleh membahayakan diri aku seperti bungee jumping, terjun 10,000 kaki dari kapal terbang dan perkara mengarut lain yang boleh bahayakan jantung aku. Aku bercakap dari konteks kerja aku sebagai photographer. Tapi sudah tentu korang juga kena doakan semua yang terlibat dalam majlis korang juga. Kesimpulannya, jangan tinggal solat dan jangan lupa doa selepas solat :)


Nota kaki : Reen juga adalah antara pengantin aku yang ada blog B2B :) Nantikan full entry ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Adila & Firdaus, Kelana Jaya

Bismillahirrahmanirrahim



Ya Allah bizi banget aku minggu ni. Banyak kerja-kerja yang aku kena buat sekarang. Minggu hadapan pun aku kena pergi training lagi kat luar selama beberapa hari. Malam pula kerja-kerja menyiapkan album secara intensif tanpa rehat. Memandangkan sekarang musim cuti sekolah jadi memang setiap hujung minggu tak berhenti shoot majlis kahwin. Doakan aku sihat sahabat2 semua :)

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Adila & Firdaus yang diadakan di Kelana Jaya. Diaorang ni sebenarnya satu tempat kerja kat Penang sana. Kadangkala memang kita takkan pernah tahu perancangan Allah. Berkawan dengan orang jauh-jauh tapi dapat jodoh dengan orang depan mata je, hehe. Benda seperti inilah yang kita perlu percaya dan yakin.

Layan sikit sekitar majlis diaorang ni.


Majlis persandingan diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya. Majlisnya cukup simple tetapi meriah dengan kehadiran tetamu. Sesi outdoor pula dijalankan di sekitar kawasan berhampiran je. Sebenarnya dengan kreativiti photographer boleh jadikan tempat yang biasa kelihatan berbeza. Dalam gambar nampak lain, tapi kalau tengok tempatnya “Laaa camni je ke tempatnya”, hehe.


Untuk akhirnya aku ucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai ni. Terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Dila yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari shoot majlis diaorang ni. Mari kita sama2 doakan semoga ikatan perkahwinan yang mereka berdua bina ini berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Terima kasih juga kepada sahabat aku Halim dan Saipi yang membantu aku sepanjang majlis berlangsung.



Nota kaki : Aku akan update blog secara kerap dalam bulan ni. Banyak wedding aku nak update. Jadi korang tunggu ye :)

Nota kaki 2: Aku ada taruk badge facebook page yang aku baru create minggu lepas “Acaii Jawe Photography” kat side blog ni. Korang boleh ‘Like’ untuk follow kerja-kerja aku selepas ni. Makasih.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

2 tahun berlalu

Bismillahirrahmanirrahim



Mohon maaf sebab tak dapat update full entry majlis perkahwinan Dila & Daus kali ni. Aku sedang dalam training beberapa hari dalam minggu ni. Biasalah kat mana2pun ramai yang kena datang training akhir-akhir tahun untuk lengkapkan jadual latihan kakitangan dalam tahun tersebut :)

Teaser wedding Nona & Yassar, Kelana Jaya


Aku nak kongsi satu perkara hari ni. Bulan depan genap 2 tahun aku berada dalam industri wedding photography. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Memang ada beberapa perkara aku perlu perbaiki lagi. Hakikatnya aku memang sentiasa belajar sebab dalam proses menjadi lebih baik semestinya ada kesilapan dan kesalahan yang aku sedar maupun tidak. Aku anggap tu sebagai satu proses pembelajaran.

Tadi aku sempat kira sejak 2 tahun ni aku dah shoot lebih 50 pasangan pengantin. Bukan satu jumlah yang kecil. Kalau aku main-main dah lama berkubur kerja ni. Dulu masa mula-mula aku save nama client dalam hp, aku letak nama dia sahaja. Contohnya ain. Sekali dah ada lebih 5 client nama ain terus pening aku nak cam ain mana yang call aku ni,hehe. Kekadang client minggu ni tapi masih panggil nama client minggu lepas :P

Aku rasa aku akan tetap target golongan pertengahan sebagai client aku. Entah kenapa aku kurang berminat nak shoot gambar golongan atasan mahupun orang-orang ternama. Akupun tak suka terkenal dalam bidang ni, serius. Cukuplah sekadar client2 hargai kerja aku dan berpuas hati dengan hasilnya. Aku selesa begitu dan insyaallah akan kekal begitu. Terima kasih atas sokongan semua.


Nota kaki : Nona juga adalah seorang pengantin yang ada blog B2B :) Nantikan full entry ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Cerita zaman bercinta dulu-dulu

Bismillahirrahmanirrahim



Semalam selepas solat di surau aku berpeluang bersembang dengan seorang jemaah. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah ceritanya ketika zaman bercinta pada tahun 70an dulu. Aku rasa ramai kat sini yang lahir awal 80an ke bawah mesti pernah lalui zaman tu. Aku ni kira termasuk gaklah generasi tu, hehe.

Teaser wedding Adila & Firdaus, Kelana Jaya


Apa yang aku maksudkan ialah zaman bercinta semasa komunikasi masih lagi belum semaju sekarang. Aku cuba senaraikan beberapa perkara yang membuatkan ‘kemanisan’ bercinta zaman dulu lebih seronok berbanding sekarang, ceewaahh. hehe.

  1. Perhubungan utama adalah melalui surat. Kalau malam ni kita cakap ‘i miss you’ kat kekasih kita, paling cepat dapat jawapan ‘i miss you too’ adalah minggu depan, haha. Tapi takde perkara yang mampu menandingi keterujaan menunggu surat sampai, membuka surat dan melihat tulisan tangan kekasih kita. Rasa nak cium je posmen yang bagi surat tu. Sampai renyuk surat tu dibaca berpuluh2 kali sampai datang surat baru.
  2. Selain tu dulu-dulu nak bercakap ngan kekasihpun bukannya senang. Kena cari public phone. Itupun kalau rumah dia ada telefon. Orang yang telefon kena sediakan duit syiling banyak. Kena cari public phone yg jarang orang pakai. RM0.10 untuk 3 minit. Cakap pun tak boleh terlalu lama, takut tiba2 yg bercakap kat hujung talian bapak pompuan, hehe.
  3. Tapi kalau dapat bercakap ngan kekasih hati memang hilang terus rasa rindu, hati berdebar-debar sepanjang bercakap dan selepas selesai bercakap boleh tersenyum sepanjang hari. Naik motor senyum, nak makan senyum, mandi senyum, nak tidur lagilah macam orang gila senyumnya.
  4. Nak jumpa kekasih hati pun bukan senang. Sebulan sekalipun susah. Janji siap-siap melalui surat atau public phone nak tahu datang pukul berapa dan kat mana. Setakat lewat 2-3 jam tu apa ada hal. Baspun susah nak masuk kampung dan selalu lambat. Kalau tak datang esoknya baru tahu sebabnya. Tapi bila dah jumpa, rasa macam berjalan tak jejak bumi je,hehe.


Sekarang ‘X-factor’ tu dah takde lagi. Kemajuan komunikasi hp dan internet dah hilangkan semua tu. Sekarang ni kalau kena gigit nyamuk pun boleh mengadu kat kekasih hati terus. Lepas tu tulis status kat facebook, twitter dsb bagitau kat seluruh dunia. Macamlah orang nak tahu sangat. Makin menyampah ada.

Malah kita boleh kenal orang yang kita suka termasuk keburukannya tanpa perlu tanya tuan punya diri. Tengok sahaja akhlaknya di laman sosial, tengok cara berpakaiannya, tengok kawan-kawannya dsb. Dalam 15 minit dah boleh tahu 60% tentang orang tu. Itulah hasil teknologi sekarang. Keterujaan, kemanisan, kesukaran bercinta tu dah berkurang jika dibandingkan dengan zaman dahulu :)


Nota kaki : Nantikan full entry majlis kahwin kat atas ni ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Wedding Kamarul & Izawati, Ampang

Bismillahirrahmanirrahim



Nampaknya musim cuti sekolah telah bermula. Seperti kelaziman, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk menamatkan zaman bujang mereka. Ia juga bermaksud mereka telah bersedia fizikal dan mental memikul tanggungjawab yang jauh lebih besar berbanding zaman bujang. Orang yang berkahwin juga insyaallah lebih dekat dengan agamanya.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Izawati & Kamarul yang diadakan di Ampang. Kedua-dua pasangan ni seorang yang pemalu tau. Tapi alhamdulillah mereka berikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Aku pun tak tahu kenapa ayat-ayat aku sekarang dah skema semacam je,haha. Sejak Chelsea kalah ni aku tak betul sikit. Layan sikit gambar-gambar diaorang ni.



Sesi outdoor bermula agak lewat. Terperangkap dan sesat kat MRR2. Akupun dah agak risau sebab maghrib sekarang agak awal. Pukul 6:30 petang baru nak mula sesi outdoor. Jadi memang takde banyak masa. Nak tak nak memang aku terpaksa guna CLS bila suasana dah terlalu gelap. Rasanya kali pertama aku guna flash dalam outdoor,hehe.


Terima kasih kepada sahabat aku Halil, Zakuan dan Hakim yang sudi teman aku sepanjang hari tersebut. Terima kasih juga kepada keluarga pengantin yang berikan kerjasama baik sepanjang majlis berlangsung. Semoga ikatan yang terjalin diredhai Allah hingga akhir hayat,amin.

Aku ada berita baik nak umumkan kepada bakal customer aku tahun hadapan. Maksudnya untuk yang dah membuat tempahan ataupun bakal,hehe. Insyaallah dalam masa terdekat bila sesuai. Nantikan ye, ceewwahh.

Nota kaki : Terima kasih kepada semua yang sudi singgah blog ni ye. Aku hargai sangat-sangat walaupun tidak tinggalkan sebarang jejak,hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita korban (18SG)

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, tahun ni keluarga aku dapat menumbangkan seekor lagi lembu peliharaan sebagai korban. Kat kampung aku ada 9 ekor termasuk 2 ekor yang dibuat secara perseorangan di rumah. Pengalaman tengok lembu disembelih dari kecik membuatkan aku dah terbiasa lihat secara dekat proses sembelihan tersebut. Rasanya ramai yang makan daging selama ini tidak pernah nampak bagaimana proses tersebut dilaksanakan :)

Sebenarnya dah lama aku tak join penduduk kampung bergotong-royong sebab dah duduk tempat lain sekarang. Tapi bila sesekali dapat dengar gurauan orang-orang tua, gelak ketawa diaorang dan telatah diaorang memang rasa rindu sangat. Dengan usia mereka semakin tua, mungkin satu hari nanti benda tu akan jadi kenangan aku pada masa hadapan.

Layan sedikit gambar ibadah korban kat kampung aku :


Bila kita merayakan hari yang bersejarah ini, secara tidak langsung ia mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail satu masa dahulu. Berapa ramai ibu bapa berani meletakkan pisau tajam kat leher anak mereka? Apatah lagi menghiris leher mereka. Bagaimana kalau ia arahan dari pencipta kita Allah? Dari situ boleh tahu tinggi rendah iman kita sekarang.

Pada masa kini, pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit amatlah dituntut dan ia memerlukan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri. Besar atau kecil sumbangan kita bukan persoalan kerana Allah tidak melihat dari sudut itu. Marilah kita mensyukuri segala nikmat atas rezeki dan kesihatan yang baik yang diberikan oleh Allah kepada kita semua. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!



Nota kaki : Takbir raya haji adalah ‘Takbir Muqaiyad’ (mengikat) iaitu dilakukan selepas setiap kali solat fardhu/sunat dari Solat Subuh 10 Zulhijjah sampai Solat Asar 13 Zulhijjah. Jom bertakbir banyak2.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/