Zimah & Safwan, Gombak

Bismillahirrahmanirrahim

zimahh

Dalam hidup ni, alangkah indah kalau semua yang kita lakukan sesuai dengan syariat agama. Apa yang kita suka itu merupakan anjuran agama dan apa yang kita benci merupakan perkara yang dilarang agama.

Begitu jua denga perkahwinan. Ada yang memilih untuk bercinta selepas berkahwin, menjaga batas pergaulan dengan baik dengan bakal pasangan supaya ia dapat dinikmati dengan lebih baik mengikut syariat agama ketika sah menjadi suami isteri kelak. Ketika aku shoot pasangan pengantin, aku seronok sebenarnya bila jumpa pasangan-pasangan begini.

zimahzimah-2zimah-4zimah-6zimah-8zimah-9zimah-13zimah-16zimah-19zimah-20zimah-22zimah-27zimah-28zimah-29zimah-31zimah-32zimah-33zimah-35zimah-36zimah-37zimah-39zimah-40zimah-43zimah-42zimah-51zimah-46

Kita doakan semoga mereka ini berbahagia sampai ke syurga dan kena berusaha memastikan zuriat keturunan kita nanti kekal berada dalam syariat agama dalam setiap kehidupan mereka.

Wallahua’lam.

Amalina & Shidi, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

shidi1

Seringkali yang disangka musibah sebenarnya ia bukanlah musibah langsung, bahkan satu anugerah yang sangat besar dan indah.

Kata mereka yang telah ‘merasainya’:

Penjara itulah yang telah membebaskan aku dan menjadikan aku orang yang baik.
Penghinaan itulah yang telah menyedarkan aku tentang kesombongan aku selama ini.
Kepahitan dan kegagalan itulah yang telah menyembuhkan aku.
Dan dosa-dosa itulah merendahkan keangkuhan aku.
Justeru, jangan terlalu gundah bila dilanda musibah. Kerana di sebaliknya ada Jannah. InsyaAllah.

shidi2 shidi3 shidi4 shidi5 shidi6 shidi7 shidi8 shidi9 shidi10 shidi11 shidi12

Wallahua’lam.

Adnin & Khadijah, Sungai Serdang, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

adnin1

Aku nak kongsi sedikit tazkirah yang mengetuk hati aku tempoh hari. Kata ustaz, kehilangan harta, kuasa, cinta dan kasih-sayang manusia adalah kecil berbanding kehilangan sifat syukur. Tanpa syukur kita akan kehilangan segalanya.

Kata ustaz lagi, hari kematian kita merupakan hari yang terbesar dan dahsyat daripada semua kegembiraan dan kenikmatan yang kita nikmati di dunia ini. Sebab tu bila diuji dengan ujian yang berat dan menyakitkan, kena ingat tentang mati.

Akhirnya semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman dan ujian semata. Akhirat nanti kita semua akan hidup selamanya.

adnin2adnin3adnin4adnin5adnin6adnin7adnin8adnin9adnin10adnin11

Wallahua’lam

Asryn & Yusri, Klang

Bismillahirrahmanirrahim,

shidi-2

Terima kasih Allah kerana berikan nikmat iman kepada kita semua. Nikmat keluarga yang mendamaikan hati dan sahabat yang selalu mengingatkan kepada kebaikan.

Dalam kuliah baru-baru ini, ustaz bagitau seorang sahabat yang baik akan menjadikan kita lebih hampir dengan agama. Sebab itu, jika perasaan kita tidak tenteram dan selalu gelisah, selain mendekatkan diri kepada Allah kita sebenarnya perlu mencari lingkungan kawan baru.

shidi-3shidi-4shidi-5shidi-6shidi-7shidi

Kumpulan kawan-kawan yang selalu berbicara perkara baik-baik. Tidak membesarkan dirinya ataupun mengata orang lain. Ia boleh dilakukan dengan menukar lingkungan kawan yang negatif sama ada di sekeliling kita mahupun di sosial media (unfriend/mute). Kita yang kawal newsfeed di Facebook, timeline di Twitter dan feed di Instagram. Carilah kawan yang baik-baik. Ia mempengaruhi kehidupan kita tanpa kita sedar.

Wallahua’lam.