Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Mira & Faiz, Taiping :)


Sepanjang aku ambil gambar pengantin ni, satu perkara yang aku perasan ialah kadangkala ada masanya keadaan tidak seperti yang diharapkan oleh pengantin semasa majlis sedang berlangsung. Contohnya perancangan tentang pengapit, perjalanan majlis, makanan dan sebagainya yang di luar kawalan pengantin lagi semasa majlis telah berjalan.

Bagi pengantin yang tidak dapat mengawal perasaan, benda seperti ini kadangkala boleh membuatkan pengantin moody dan tidak ceria. Biasanya ini banyak terjadi kepada pengantin perempuan sebab lelaki biasanya memang rileks sampai tidak kisah apa-apa :) Ada juga pengantin yang jadi ‘raksasa’ yang marah semua orang termasuk mak ayah, adik beradik termasuk suami bila ada benda yang tidak berjalan seperti yang dirancang. Sebenarnya tanpa disedari inilah ujian awal buat pasangan tersebut.

Apa yang boleh dilakukan bila ini berlaku ialah bertenang. Cuba kawal perasaan. Cuba fikir kembali apa tujuan majlis tersebut dilaksanakan. Untuk meraikan sahabat dan tetamu ataupun untuk tujuan lain. Berhenti fikir tentang nak kagumkan semua orang. Memang akan ada benda kecil yang kadangkala tidak seperti yang diharapkan. Tetapi kalau hanya disebabkan goodies bag pun pengantin masam sepanjang majlis memang menunjukkan dia kurang bijak mengawal emosi.

Tetamu tak pernah expect majlis berjalan sempurna. Kalau ada kekurangan biasanya mereka faham kesukaran menguruskan majlis sebesar itu. Jadi tak perlu risau tentang apa yang mereka fikirkan. Adalah bijak untuk melantik seorang yang bertugas sebagai ‘floor manager’ yang mengurus perjalanan majlis. Pengantin sebaiknya menikmati hari berbahagia mereka dengan tenang, ceria dan bersemangat. Sambut kehadiran kawan-kawan yang datang dengan baik dan tidak terlalu fikir kekurangan yang ada dalam majlis. Kerana hari itulah yang akan diingati seumur hidup dan itulah tujuan majlis tersebut diadakan pada awalnya :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

kak luna – salam kak..:) betul tu, kekadang memang benda keciklah yang terlalu diambil kira sampai lupa benda yang besar,hehe..thanks kakku sudi singgah sini ye.

mira – waaaaaa pengantin baru,hehehe…:) korang semua memang best betul..rasa tak puas plak shoot mira aritu,hahahaha…semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga amin.

mira- si pengantin ;-p says:

ye btol2..mmg kte m’hrpkan kesempurnaan yg mmg xkn sempurna..hukhuk..
kdg2 kte x sedar emosi & tgkah laku kte di perhatikan wlaupon da terang2 tu mjlis kte..haha..
thnx 2 abg acaii, sis honey & yona..korg byk tol b’sbr melayan ‘karenah2’ ktorg semua..pape pon sy juga x sabo nk tgu gmbo2 len..hehe

kakLuna says:

bab pengantin bad mood ni akak pun penah tengok acai pdhl bnda nya kecik aje..psl goodies jugak..kita yg tgk pun rimas, seharusnya hari perkahwinan kene pk positif banyak2 dan bergembira

sil – salam sil, hehehe..waaaa ada ke mak bapak pengantin nak baca entry tu nanti,hehehe…:) biasalah zaman sekarang kan berbeza sikit dengan zaman dulu,hehe..:)

sil says:

haha. lepas ni bolehla bro acaii bagi tips untuk mak bapak bakal pengantin lak camne nak handle problemo before and after anak2 kawen. banyak dah dengar citer mak ayah garu kepala pikir pasai preparation anak2 kawen.

p/s : macam dah jadi consultation center lak ni. mintak tips bagai. kehkeh.

rasdi photography – salam bro, alahai takde rezeki nak jumpa aritu..:) takpe, lenkali kalau ada kat sana boleh kita jumpa..

wong jowo – hahahahah, takde kaitanlah ko saipi..:)

wong jowo says:

chelsea…chelsea..

dah turun taiping ke..?..sy ingat dtg 21hb mei..takda rezeki nak ikut..

zenn – salam bro..:) thanks bro..yeaaahhh chelsea double tahun ni..nasib tak masuk final champion league je,hehehe…

xora – salam awak, hhahahaha..alaa, benda tu kekadang memang perlu supaya majlis berjalan dengan lancar dan seperti yang kita impikan :) ni in case emergency je..sebab dah beberapa kali tengok pengantin perempuan menangis semasa hari berbahagia. Bukan semasa nikah tetapi masa bersanding,hehe..Waaa, bagus2..jangan lupa kad ye..insyaallah sampai lah nanti..:)

xora says:

saya ada sindrom bridezella juga kengkadang. tgh cuba mengatasinya! :P A. Acai, 30 n 31 oktober tu tarikh saya nak jadi bridezella. nanti jemputan akan menyusuli ye buat a.acai dan isteri.

zenn says:

Salam bro.. lame x masuk sini..waaa dh makin melampau2 dasatnye skrg ni acaii..makin cantik2 gambar..syabas bro..tak sabo nk tgk entry penuh kt taiping nih..

p/s: Team kite juara taun ni kakakaka… lalalala… kakakaka… lalalala…

cot – salam cot..memang harapkan yang terbaik tu kan perlu..:) cuma kalau nak harapkan kesempurnaan tu yang agak susah..pastu tak pandai kawal perasaan,hehe..:) akupun pernah apa datang kenduri kahwin tak dapat makan..tapi aku tak kisahpun..

mass – salam mass :) waaa kat hometown mass ye..mesti biasa kat tempat tu kan,hehe..:) boleh je nak datang sana lagi,hehe

hasrey – salam bro..tunggu nanti full entry,heheh…

Vinil – Salam bro, aah itu memang biasa..kalau anak sulung sebenarnya lagi susah sebab family belum ada pengalaman kendalikan majlis lagi..tapi boleh jadi pengajaran tu..:) thanks ye..

atie – salam yanti sedolorku, waaa singgah sini gak ko ek,heheh..:) ni berdasarkan pengalaman je yanti,hehee..

snm – salam falin..:) waaa dah lama betul tak nampak falin ni..moga sihat2 hendaknya ye..falin, tunggu ye full entry nanti,hehe

ViniL says:

hehehe vinil penah merasai… keh3.. sebab pengantin pompuan nih anak sulong n dia ske wat apa yang dia planning… so semua kena ngan dia bile tak kena ngan apa yang dia nak… adoyai.. hehehe

hik3… tak sabar nak tgk full entry… n way kipidap abam acai~~~ go go go .. hik3..

hesrey says:

Huh, xsabor den menunggu gambo dr taiping pulak!`~

mass says:

hah…dah agak dah nih mesti kat myhome town…tengok pokok tuh pon dah tau…huhuhu…really miss my home town now…nice shoot! ^_^ next time leh wat shoot tuk mass lak >_<

cot says:

salam caii…
mmg betul pn kn…
mmg sume pgantin hrpkn yg terbaik pd hari kejadia..
tp bile b’laku p’kara2 diluar jgkaan, mst ade yg down..
aku pnh kne dlu..
kes mknn xckup n mak ayah slhkn ank sbb jmput rmai sgt…
trus pgntin xde mood nk b’gmbr..huhu..
klu dah teaser cmni…full entry konpem lg gempak…

*kerul : aok jgn xde mood pulok time majlis kawen aok kkgi..ha3

snm says:

salam abg faisal :)
eh ni mira dgn faiz! x saba nk tgk teaser gmbo diorg :)

atie says:

tips berguna ni…tq2..hee

Kerul Shukor – Salam kerul :) waaa makin hensemlah sekarang kerul,heheh..:) betul kata ko..kekadang ada sesetengah tu memang salah sendiri tapi kita cari salah orang lain plak. err aku anggap tu komen je kerul,hehe..

yonna – salam yonna, terima kasih juga ye yonna sebab sudi teman shoot aritu. family diaorang memang meriah kan,hehe..punyalah ramai anak buah si mira ni..:) haaa, pelikkan bleh kosong jalan kat situ,hehe..susah nak buat tu,kekeke

yonna says:

HAHAHA comel gila tengok pengantin jadi monster dekat anak2 buah dia T________T tapi memang lah. kalau yonna lah kan, memang tak tahan dengan budak2 ni. sebab diorang kan susah nak dikawal. harus lah jadi raksasa kejap.

bila tgk gambar ni, nampak tenang je. tengok jalan pun kosong. nampak mcm takde orang lain kat situ tapi hakikatnya T__________T macam pesta dah kat situ haha. dengan mat2 rempit yg mcm monyet tu dok bising T________T

Kerul Shukor says:

good info acai, tapi mmg ye pun..sumtime kita xdpt nak kawal emosi kita..kita mmg harapkan perjalanan majlis yang begitu lancar..tapi kekadang perkara² yg spoil dan masalah remeh² tu berpunca dri kita juga tnpa kita sedari..:)

p/s: waahh..dah boleh buat advertising kat blog ko ke cai..

nadiayuna – salam cikgu, heehe..sebab tu kena banyak sabar nadia ye. takpe, jangan tergesa2 yang penting utamakan mana yang lebih utama :) majlis nikah tu lebih penting.

Mir – salam mir, ko punye website tak boleh masuk mir..thanks singgah sini.

amay says:

Hey! Mencari fotografi perkahwinan termampu? Fotografi perkahwinan di luar sana berharga lebih dari RM1000? Kini tidak lagi, dapatkan fotografi perkahwinan serendah RM 199 sahaja!

Dengan hanya RM199, anda akan mendapat :
– Sticky album 13 x 13
– Liputan eksklusif selama 5 jam berterusan
– DVD untuk 120 foto yang diedit dan ditouch up
– Dikendalikan oleh seorang jurufoto Senior (bukan junior, bukan budak baru beli kamera)

SMS saya di 012-2994398 dan layari laman blog http://www.myweddingmoment.com untuk maklumat lanjut!

facebook
http://www.facebook.com/amirsya

Amay The Best!

sis Honey – Salam sis, terima kasih banyak2 ye sis sebab sudi teman acai shoot sama2 :) acaipun tengah malam baru sampai sis. Ewah ewah sis siap teringin lagi tu nak shoot kat taiping masa kahwin nanti,hehe..tapi tempat tu memang best kan sis..tengokpun geram je..

Kita datang dah dekat pukul 6 tak dapat buat gambar banyak sangat,huhu..kalau datang kul 3 mesti boleh shoot banyak2 kat area situ kan,hehe…

kak masy – hahahahahahhaa, takdelah kak :) dah tengok banyak je tapi ni kan untuk tips,hehe..nanti masa majlis jangan buat kak ye,kekeke

ipin – salam ipin, terima kasih ipin..tunggulah bila aku lapang skit nanti,hehehehe..bila nak tt ehsan ni?keke

nadiayuna says:

nadia pun risau nadia jadi camni.. skg pun dah pening2 orang banyak campur2 bising2 tu ini. (-.-)

syafirol – salam sifu..thanks ye:) aah kadangkala ada yang tak dapat kawal perasaan sampai menangis. sebab tu antara skill lain yang kena ada kat photographer ialah skill membuat lawak,hehehe..:) kita takkan pernah dapat kesempurnaan tersebut kan bro walaupun dah buat perancangan teliti. Itu lumrah..

SisHoney says:

salam cai,

huwaaa.teaser je ke.dah tak sabar nak tgk yg lain2 ni.betapa bila tgk pix ni.hati membuak2 nak tambah lens lagi.tapi buat masa ni kena fully utilize la apa yg ada kan :).thanks ye cai sbb sudi bagi sis tag dgn acaii.even letih giler masa sis balik (kul 11 baru sampai umah) tapi i really enjoy the moment kat taiping.sis suka giler tempat tu.kalau bertemu jodoh org perak.nak je shoot kat situ.hahahahaha.

cai,tips yg bagus utk bakal2 pengantin termasukla sis yg sukar nak kawal emosi..hehehehe

cai,tahniah la ye..2 cup.next season kita sambung gadoh sbb world cup ni kita sokong team yg sama :)

ariffinkamil says:

wow!gambar terbaik..tak sabar nk tunggu entry terbaru ko kat tepeng ni…

Masy says:

ni musti baru tgk pengantin pompan ngamuk ni hehehhheehhe

aaaa harap2 akak sok takde laa moody2. akak mau karaoke nanti HAHAHHAHAHAHAHAH matiklah kene bambu dgn mak akak

syafirol says:

Gambar macam biasa terbaek. Compo seakan sama gambar entry lepas.

Selalu jugak berjumpa dengan kes pengantin perasaan terganggu akibat masalah teknikal sikit2 dalam majlis. Bunga telur lambat dikeluarkan, ahli keluarga hilang nak kumpul bergambar, tertamu tak terurus pada anggapannya dan byk lg. Kita mengharapkan kesempurnaan pada ketika kita menjadi raja.

Tabek Sifuu.