Teaser Izawati & Kamarul

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser wedding Kamarul & Izawati, Ampang


Akhir tahun ni biasanya dikaitkan dengan musim tengkujuh. Malah saudara-saudara kita di utara tanahair juga sedang mengalami musibah banjir. Pengalaman merasai banjir beberapa kali dalam hidup membolehkan aku faham apa yang mereka rasai sepanjang berada di pusat pemindahan banjir dan susahnya nak bersihkan rumah selepas itu. Semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala dalam masa terdekat.

Banyak majlis perkahwinan yang dirancang sepanjang musim cuti sekolah nanti. Aku doakan semoga semuanya berjalan lancar. Kepada bakal pengantin kena memikirkan lokasi alternatif untuk sesi outdoor sekiranya hari hujan. Kebanyakkan sesi outdoor adalah complimentary dari photographer dan tidak boleh ditukar ganti pada hari lain melainkan dengan cas tertentu. Selamat pengantin baru kepada semua yang mendirikan rumah tangga sepanjang cuti sekolah akhir tahun ni ye :)


Nota kaki : Twitter lagi best dari facebook :) betul ke?


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Outdoor atas sampan : Halim & Isma

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, cuti 3 hari lepas terisi dengan perkara-perkara bermanfaat. Beratus kilometer berjalan ke sana sini. Tapi satu je yang tak best sebab Chelsea kalah malam tadi, haha. Sapa kenal aku memang tahulah Chelsea dah sinonim ngan aku. Sejak aku berblog tahun 2003 dulu sampailah blog aku takde lagi dan sekarang dah amik gambar aku masih sama lagi :)

Kali ni aku cuma nak update outdoor majlis bertandang sahabat aku Halim & Isma kat Bukit Badong, Ijok. Kitorang buat outdoor kat Kampung Kuantan tempat bot nak pergi tengok kelip-kelip. Tak pernah aku sampai sini. Insyaallah satu hari nanti aku nak tengok gak kelip-kelip ni. Dulu kecik-kecik aku rasa panggil kunang-kunang. Aku tak tahu ada lagi tak orang panggil dengan nama tu,hehe.

Layan sikit sesi outdoor diaorang ni.



Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada 2 orang sahabat aku ni. Halil dan Halim yang sudi temankan aku shoot gambar sekali :) Serabai betul rambut aku macam orang asli je dah rupanya. Macam biasa balik kampung semalam mak dah bising suruh potong rambut. Akupun tak perasan dah panjang, hehe.


Aku ucapkan terima kasih atas pertanyaan tentang quotation majlis. Aku cuma nak maklumkan kadangkala email aku detect spam untuk sesetengah mail. Terutamanya kalau takde subject, email company etc. Jadi kalau sampai seminggu aku tak reply email sila maklumkan semula ye. Biasanya setiap hari aku spend masa untuk reply semua mail pertanyaan tersebut.


Nota kaki : Aku dah tak available hingga awal Mei 2011. Terima kasih atas sokongan semua ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita hujung minggu :)

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser wedding Halim & Isma, Kuala Selangor


Hari minggu lepas adalah hari yang produktif bagi aku. Dapat gi balik kampung jumpa mak ngan abah. Dapat melawat sahabat bernikah. Dapat selesaikan tugasan majlis perkahwinan dengan sahabat baik dan dapat pusing2 naik kereta ngan wife :) Hidup lebih bermakna di luar sana berbanding duduk depan komputer melayari internet ataupun tengok TV sepanjang hari :P

Hari Sabtu aku sempat melawat seorang blogger, Ixa Ixora dalam majlis pernikahan beliau di Serdang. Beliau terkenal dikalangan B2B yang ingin mendirikan rumah tangga. Banyak tips dan panduan yang ditulis di blog beliau tentang persiapan majlis perkahwinan beliau yang secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada sahabat2 lain yang ingin melangsungkan perkahwinan juga.

Majlis Pernikahan Ixa & Dzulq, Serdang


Aku datang sebagai tetamu. Bawa 2 ketul lens kecik je. Tapi sebenarnya yang paling best aku dapat ‘dendeng’ sedap gila dari majlis beliau, hehe. Terima kasih dan tahniah untuk Ixa dan Zul :) Semoga ikatan yang terbina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Nak tengok gambar dia tunggu gambar dari Official Photographer beliau, Rashdi Amin (Peveyhack).



Nota kaki : Tunggu aku update full entry majlis perkahwinan kat atas ni :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Outdoor Nury & Thaqib

Bismillahirrahmanirrahim



I never gone with the wind
Just let it flow
let it take me where it wants to go
’till you open the door there’s so much more
i’ve never seen it before
i was trying to fly
but i couldn’t find wings
but you came along and you changed everything

you lift my feet off the ground
you spin me around
you make me crazier crazier
feels like i’m falling
and i, i’m lost in your eyes
you make me crazier crazier crazier

i watched from a distance as you made life your own
every sky was your own kind of blue
and i wanted to know how that would feel
and you made it so real
you showed me something that i couldn’t see
you opened my eyes and you made me believe



Cinta selepas bernikah adalah satu cinta yang halal dan suci. Cinta dua insan biasa, yang berusaha menggabungkannya menjadi cinta luar biasa. Kita kena selalu sedar hidup kita ada hal lain yang mengaturkannya. Soal jodoh, soal mati, soal rezeki. Suratan tersebut telah terpahat sejak roh ditiup ke dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana, berapa lama dan bila melainkan Allah. Tugas kita cuma berusaha terbaik dalam hidup kita. Wallahua’lam.



Nota kaki : Aku baru buka akaun di twitter. Sapa ada boleh follow @acaiijawe :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Nury & Thaqib

Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Nury & Thaqib yang diadakan di Serdang pada 10.10.2010 yang lepas. Biasanya kalau tarikh2 cantik ni memang sangat best untuk merayakan hari berbahagia kita sebab akan dikenang sampai bila-bila. Orang lelakipun senang ingat sebab tarikh tu menarik dan unik untuk diingati, tapi kalau lupa gak memang tak taulah, haha.

Tetapi masalah nak mendapatkan tok kadi, mak andam, photographer dan katering pun boleh menjadi masalah gak kalau buat last minit. Nury ni seorang yang teliti dan organize tau. Dia dah rancang semuanya setahun sebelum majlis berlangsung. Memang aku sangat kagum. Jadi alhamdulillah majlis semuanya berjalan seperti yang beliau rancangkan. Cuma tok kadi buat lawak ngan ayah pengantin cakap dia tak dapat datang sebab pergi Johor. Padahal dia dah ada depan rumah, hehe.

Layan sikit gambar majlis tersebut :


Nury dan Thaqib ni memang gila-gila gak orangnya. Lelagi Thaqib yang suka ‘buat muka’ macam2. Tengah salam tok kadi ngan atas pelaminpun boleh buat lawak gak, hehe. Seronok bekerjasama dengan diaorang dan takde tekanan sebab semuanya bersahaja, pengantin ceria, majlis berjalan lancar dan cuaca baik, perfect!! Aku saja upload gambar majlis ni banyak sikit dan letakkan sesi outdoor pada entry akan datang.



Untuk akhirnya aku ucapkan terima kasih kepada sahabat aku Khairul Hafiz dan Fadzly kerana membantu aku sepanjang majlis ni berlangsung :) Aku ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Nury di atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Aku doakan semoga kedua-dua pasangan Nury & Thaqib kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin.

Ni layan gambar gila-gila diaorang sebelum aku abiskan entry ni :)

Sekian, terima kasih.



Nota kaki : Nantikan entry outdoor diaorang ni esok :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips : Nak album ke tak?

Bismillahirrahmanirrahim



Antara persoalan yang biasa aku dengar dari bakal pengantin ialah sama ada mahu buat album dari photographer atupun buat album sendiri. Tujuannya, untuk menjimatkan belanja :) Dalam perkembangan sekarang ni, bakal pengantin ada pilihan untuk membuat sendiri album mereka kerana terdapat syarikat printing yang menawarkan khidmat membuat album kepada orang ramai. Menarik kan?

Dalam ruangan tips kali ni aku akan kupas tentang perkara ini secara ringkas :) Sekurangnya2 mereka mengambil kira pandangan ini sebelum membuat keputusan. Sebelum tu lihat kat bawah ni contoh perbezaan sebelum dan selepas proses editing dilakukan oleh photographer. Cuba lihat perbezaan dari segi mood, clean dan perbaiki exposure baju dan wajah pengantin.


Jadi apa rasionalnya pengantin perlu membuat album dengan photographer berbanding hire mereka untuk shoot gambar kemudian print album tersebut sendiri? Ini sedikit pandangan aku mengapa perkara tersebut sebenarnya bukan keputusan terbaik untuk mereka :

  1. Hampir 95% wedding photographer edit gambar mereka sebelum dimasukkan ke dalam website/blog mahupun facebook mereka. Editing mereka berbeza mengikut style yang dibawa. Kalau korang suka gambar-gambar mereka sebenarnya tanpa sedar korang juga menyukai cara mereka proses gambar tersebut. Korang takkan dapat gambar yang sama kalau cuma hire mereka untuk shoot sahaja.
  2. Pada zaman sekarang, hampir 40% kemahiran photographer melibatkan kemahiran post processing (editing). Peratusan tersebut mungkin lebih dan kurang mengikut style masing-masing. Kalau korang cuma minta dia shoot gambar sahaja maksudnya korang hanya guna separuh dari kemahiran mereka. Rugi sebab kita tak guna sepenuhnya skill mereka walaupun telah membayar mereka.
  3. Ada sesetengah photographer yang sengaja shoot overexposed (terlalu cerah) atau underexpose (gelap) untuk tujuan kreatif semasa proses editing. Ada sebab mereka buat begitu. Kalau gambar tersebut dalam bentuk original, 90% customer mungkin delete sahaja gambar tersebut kerana tidak boleh pakai.
  4. Ada sesetengah gambar original, muka pengantin berwarna terlalu kuning, merah, biru, hijau dsb sebab keadaan sekeliling. Photographer yang baik biasanya boleh minimumkan kesan tersebut ketika shoot dan neutralkan gambar tersebut melalui editing. Kebanyakkan pengantin tidak perasan perkara ini dalam album. Kalau print sendiri, mungkin muka mereka masih bewarna merah. Itu ok lagi, kalau warna hijau?
  5. Seperti kemahiran mengambil gambar, kemahiran editing juga seiring dengan pengalaman photographer. Ramai yang terkejut bila gambar mereka cantik, kulit mereka bersih, halus dan berbeza ketika dalam album. Bila tengok gambar original baru mereka dapat nilai kerja sebenar yang dilakukan oleh photographer tersebut. Cubalah buat sendiri :)
  6. Gambar ni sama macam memasak. Kalau sebelum edit tu ia umpama bahan-bahan mentah. Ada yang boleh makan terus tapi rasanya tak sedap. Tetapi selepas dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti perencah, gula dan garam maka sempurnalah sesuatu masakan tersebut. Begitu juga sifat sesuatu gambar selepas menjalani proses post-processing.


Aku harap dapat sampaikan maksud aku dalam entry ni dengan jelas. Mungkin korang boleh dapat satu album dengan harga yang lebih murah. Tapi kalaulah boleh bezakan kualiti gambar dalam album tersebut tanpa editing dengan album yang dibuat oleh photographer mesti korang rasa kurang berbaloi berbuat demikian. Apapun ni hanyalah sebagai panduan, kalau tak ikutpun tiada menjadi kesalahan :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Maksud ‘editing’ kat sini termasuklah proses minor enhancing colour, sharpness, stamping, gradient dsb. Nantikan entry Nury & Thaqib minggu hadapan :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Hidup selepas berkahwin

Bismillahirrahmanirrahim



Masyarakat kita jarang sekali diajar bagaimana menjalani kehidupan berumahtangga selepas berkahwin. Dalam masyarakat melayu yang tebal rasa malunya benda tu merupakan satu perkara yang ‘taboo’ kerana dilihat kurang sopan berbicara secara langsung sesama ahli keluarga. Namun kesannya, ramai anak muda yang mengulangi kesilapan sama dalam hidup berkeluarga untuk setiap generasi.

Teaser wedding Nury & Thaqib, Serdang


Apa yang aku cuba sampaikan ialah ada masanya nasihat dari orang tua diperlukan dalam menempuh alam perkahwinan. Dari segi psikologi ia berikan kekuatan mental kepada pasangan baru tersebut menempuhi hidup bersama. Ia berlaku dua hala, sekiranya ibu bapa tidak berikan nasihat tersebut, kita yang perlu memintanya dari mereka sebagai panduan sebelum buat keputusan penting.

Sebenarnya aku sedih bila dengar sahabat yang baru je berumahtangga telah berpisah atas perkara kecil yang boleh dielakkan. Tak sampai seminggu dah menyesal. Walaupun aku bukanlah orang yang layak berikan pendapat tapi bagi aku kena betulkan niat sebelum perkahwinan tu dilaksanakan. Adakah kahwin semata untuk menunjuk2. Dalam Islam, aspek kekeluargaan tu menyumbang kepada keharmonian diri, keluarga, masyarakat hinggalah negara. Bahagia institusi keluarga sejahtera negara.

Perkahwinan tidak sepatutnya menyebabkan kita jauh dari agama. Tak kisahlah betapa jahat kita semasa bujang, sepatutnya kita menjadi orang yang lebih baik terhadap keluarga, masyarakat dan Allah selepas berumahtangga. Bukan menjadi sebaliknya. Harap semua berlapang dada dengan nasihat ni. Wallahua’lam.



Nota kaki : Ini adalah auto-post entry.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Wedding Isma & Halim

Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Isma & Halim yang diadakan di Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Isma ni ofismate aku dan Halim ni pun sebenarnya ex-ofismate gak merangkap ketua pasukan bola sepak ofis kitorang, hehe. Selagi aku tak update ni budak2 ofis asyik tanya je :P

Ada cerita best masa majlis nikah diaorang ni:) Oleh kerana Isma datang lewat ke masjid, imam jurunikah tu suruh si Halim ni baca khutbah nikah dari mula sampai habis!! Nasib baiklah si Halim ni terer gak baca tulisan jawi dan arab, lancar je. Kalaulah pengantin lelaki tu tak reti kan buat malu je,hehe. Ada kes kat tempat aku pengantin perempuan lambat, imam teruskan je majlis sebab wali dah ada. Bila pengantin perempuan sampai majlis dah selesai. Jadi hati2 kepada bakal-bakal pengantin ye.

Layan sikit gambar majlis tersebut :


Majlis persandingan dijalankan pada keesokkan harinya. Sebenarnya ada majlis berinai dan tukar-tukar baju tapi aku tak dapat nak masukkan sebab banyak kerja sekarang ni. Sebenarnya aku macam tak percaya je si Halim ni boleh bagi kerjasama yang baik dengan aku, hehe. Sebab Halim ni jenis lelaki maskulin yang tak main jiwang2 dan tak reti nak bergaya-gaya ni, hahaha.

Kalau korang tengok dia main bola memang gerunlah tengok dia marah orang. Selepas pindah dari ofis aku, diapun jadi kapten kat tempat kerja baru dia. Ofis aku punya team bola dah kurang kekuatan hampir 40% dengan ketiadaan dia, huhu. Eh ni entry wedding bukan cerita pasal bola!!! Ok, majlis dia berlangsung meriah dan ramai sahabat ofis hadir sama. Isma ni anak ke 8 dari 9 orang adik beradik dia. Jadi boleh bayangkan betapa ramai tenaga kerja dikalangan adik beradik dia, hehe.


Sepanjang aku jadi photographer aku tak pernah nampak lagi orang buat outdoor wedding kat Pulau Carey. Jadi aku ajak diaorang ke sini. Pantai ni bukanlah pantai orang mandi2 tapi aku tengok kawasannya memang sesuai untuk amik gambar. Jadi layan sikit gambar outdoor diaorang ni. Rasanya aku terpaksa tangguhkan hasrat beli lens 85mm f1.4 dan jual tele aku sebab aku rasa memang berguna sangat tele ni, hehe.


Untuk akhirnya, tahniah untuk sahabat aku berdua ni. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Halim, jaga Isma bebaik. Jangan bawak gi tengok bola je, hahahaha. Terima kasih kepada sahabat-sahabat terbaik aku Zakuan, Saipi dan Echik yang sudi temankan aku shoot majlis diaorang ni. Korang memang bestlah!! Jumpa lagi dalam entry akan datang :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Kebelakangan ni aku dapat banyak pertanyaan yang referral dari blog bride-to-be (B2B) yang banyak sekarang. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka semua. Insyaallah ada masa nanti aku buat entry pasal ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com