Cerita zaman bercinta dulu-dulu

Bismillahirrahmanirrahim



Semalam selepas solat di surau aku berpeluang bersembang dengan seorang jemaah. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah ceritanya ketika zaman bercinta pada tahun 70an dulu. Aku rasa ramai kat sini yang lahir awal 80an ke bawah mesti pernah lalui zaman tu. Aku ni kira termasuk gaklah generasi tu, hehe.

Teaser wedding Adila & Firdaus, Kelana Jaya


Apa yang aku maksudkan ialah zaman bercinta semasa komunikasi masih lagi belum semaju sekarang. Aku cuba senaraikan beberapa perkara yang membuatkan ‘kemanisan’ bercinta zaman dulu lebih seronok berbanding sekarang, ceewaahh. hehe.

  1. Perhubungan utama adalah melalui surat. Kalau malam ni kita cakap ‘i miss you’ kat kekasih kita, paling cepat dapat jawapan ‘i miss you too’ adalah minggu depan, haha. Tapi takde perkara yang mampu menandingi keterujaan menunggu surat sampai, membuka surat dan melihat tulisan tangan kekasih kita. Rasa nak cium je posmen yang bagi surat tu. Sampai renyuk surat tu dibaca berpuluh2 kali sampai datang surat baru.
  2. Selain tu dulu-dulu nak bercakap ngan kekasihpun bukannya senang. Kena cari public phone. Itupun kalau rumah dia ada telefon. Orang yang telefon kena sediakan duit syiling banyak. Kena cari public phone yg jarang orang pakai. RM0.10 untuk 3 minit. Cakap pun tak boleh terlalu lama, takut tiba2 yg bercakap kat hujung talian bapak pompuan, hehe.
  3. Tapi kalau dapat bercakap ngan kekasih hati memang hilang terus rasa rindu, hati berdebar-debar sepanjang bercakap dan selepas selesai bercakap boleh tersenyum sepanjang hari. Naik motor senyum, nak makan senyum, mandi senyum, nak tidur lagilah macam orang gila senyumnya.
  4. Nak jumpa kekasih hati pun bukan senang. Sebulan sekalipun susah. Janji siap-siap melalui surat atau public phone nak tahu datang pukul berapa dan kat mana. Setakat lewat 2-3 jam tu apa ada hal. Baspun susah nak masuk kampung dan selalu lambat. Kalau tak datang esoknya baru tahu sebabnya. Tapi bila dah jumpa, rasa macam berjalan tak jejak bumi je,hehe.


Sekarang ‘X-factor’ tu dah takde lagi. Kemajuan komunikasi hp dan internet dah hilangkan semua tu. Sekarang ni kalau kena gigit nyamuk pun boleh mengadu kat kekasih hati terus. Lepas tu tulis status kat facebook, twitter dsb bagitau kat seluruh dunia. Macamlah orang nak tahu sangat. Makin menyampah ada.

Malah kita boleh kenal orang yang kita suka termasuk keburukannya tanpa perlu tanya tuan punya diri. Tengok sahaja akhlaknya di laman sosial, tengok cara berpakaiannya, tengok kawan-kawannya dsb. Dalam 15 minit dah boleh tahu 60% tentang orang tu. Itulah hasil teknologi sekarang. Keterujaan, kemanisan, kesukaran bercinta tu dah berkurang jika dibandingkan dengan zaman dahulu :)


Nota kaki : Nantikan full entry majlis kahwin kat atas ni ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

Thanks for Comments

Mr Fathi – Salam fathi, temenan kuie kang:) wong saiki wes mudha kabeh. Enek seng orak pernah rasa susah sepanjang hidupnya :) Good luck for your exam bro!!

bibimie – salam kak, terima kasih atas pandangan dan perkongsian pengalaman kat sini. suka sangat tau kak!!hehe. Boleh bayangkanlah kak camna bercinta camtu kan,hehe. Perasaan teruja semasa mendapat surat dan berhubung dengan yang tersayang :) memang seronok dan mengujakan sangat!! hehe.

Sekarang semua tu dah terlalu mudah sampai takde batasan kan kak. Kekadang sampai dah terlalu rapat macam suami isteri. Nanti dah kahwin dah tak teruja sangat,hehe

bercinta zaman dulu2 mmg payah sket. nasib baik masa zaman di U dulu ada satu public phone rosak. masuk seposen bleh cakap setengah jam. beratur panjang gak laa ramai orang nak guna. tapi tak pakai lama… agak nyer orang telekom detect kot… terus kena betulkan. kuciwa tak dapat call banyak kali.. huhuh…

dengan bopren yang dah jadi hubby skang nih, tiap2 minggu tulis surat. surat sampai 7 hari. sepucuk surat dalam rm4-rm7 mcm tu. tapi surat dari dia untuk kita hanya dapat bila dia kirim dengan kawan2 yang balik malaysia jerk… huhuhu… kalau ada lagu lirik best cintan-cintun rindu dendam, sibuk nak antar ke sana nak tujukan lagu. dia pun nanti send kat email lagu2 khas untuk kita jugak… ahahah…

style budak2 skarang nih bercinta kalau bergaduh ngan bopren pun nak bgtau dalam fb. mungkin nak satu dunia tau kot. nyampah..

setuju tenan karo statement kuwi… nyong pun keroso sbg wong enom(remaja) yg lalui jaman2 saiki…hp,FB,Tweet, lan opo2 seng podo pun makin mudah…golek awek pun mudah waey…add as friend…hehe

opo2 pun, gambar2 seng lain kuwi cantik2, gojes, moto iwak(fisheye) wes dadi trademark kang acaii…

din – salam din. aah lah din. Akupun dah lupa dulu ada pen dakwat wangi,hehe. Amboi, mesti pernah pakai kan din,hehe..:) ko ceritalah din zaman bercinta dulu2 din,hihi.

Atong – salam atong, hahahahha, sampai tanjung karang tu cari public phone,keke. Ajey kat UTM pun sama sebelum ada hp2 dulu,hehe. Itulah agaknya masa nak gi telefon tu lalu depan rumah wani tu,hahaha

memang ler caii aku kengkadang siap g tg karang tue nak gayut nyer pasal dekat lar 20 minit dari kg aku tue..nasib aku ada geng member baik ko tue lar ajey..rumah awek dekat2 pun nak call…lorang sebelah jer umah wani tue

salam acaii
sekarang ade ke pen berdakwat wangi eh?? dulu aku pernah jumpa pen ni. hahaa.. cai, ko xcerita pun pengalaman ko mase bercinta muda mudi dulu. hehehee..

mucid – salam, hehe. good luck untuk pembelian tersebut :) gunakan sepenuhnya nanti. waaa, jauh tu sampai kelantan. Sebenarnya boleh je cuma kena tambah travelling cost je lah :)

Ewah2, ada gak ye pengalaman LDR,hehe. Nasib ada email dan gtalk. Kalau masih surat macam orang dulu2 maunya pengsan,haha. Semoga apa yang dirancangkan jadi kenyataan ye,amin.

atong – hahahah, ko cerita buat teringat cerita dulu2lah tong..:) dulu nak cari public yang ok bukan main susah.Lagilah kalau ramai mamat jiwang kat dalam kampung tu,hehe

enchik peshang – salam bro, tu dah kira moden. Dulu zaman aku masuk universiti hp pun takde lagi:) nak masuk tahun dua baru ada kuar 3210,hehe. Bulan disember ni dah penuhlah bro.

and oh nk komen psl entry ni lupe..slalu tlajak bg 2 komen haha

sy msh merasa lg sume2 nii..sb sy LDR..kalo tgk cite ‘going the distance’ tu pn blh senyum sorang2 hehe kami contact thru email n gtalk je..jpe pun skali stahun. iA hbs blaja ni kawen..doakan sy :)

salam acai

sy reply kt sni ye. trime kshh for ur explanation psl dslr tu. appreciated, really :)

sy dh lm berkira2 nk beli tp slalu xsmpat tp xpe..nti cuti next month ni iA beli jgak :)

owh dlu sy pnah tny psl acai ad x service utk kt klantan..kalo ckp bajet n xrs hassle nk pakai photographer jaoh..iA sy gne khidmat acai n frens :) anyway gdluck :)

nak kate nostalgia tu x de la sgt.. surat2 da x layan sgt. huhu. time tu feymes dgn nset 3310 kt asrama. sapa yg ada 3310 tu mmg best r. kelakar r kalo diingat.. hehe

salam ….
entry nie wat aku ingat zaman dolu2 lar caii.tang nak telepon tue.dulu klu aku nak gayaut aku mesti g tukar duit kat kedai kuda,nak cover line aku main ler kejap takut tokey marah.tukar duit.lawak lawak.

sha – salam sha, hehe. memang kalau diingat best kan:) amboi siap ada bahasa kod kahsia lagi tu,hehe. memang kalau duduk asrama selalu buat spot check,hehe.

kasih – salam awak, amboi lamanya tak nampak,hehe. pasal surat ada bedak tu memang tak boleh tahanlah,hehe. Camnelah boleh terfikir camtu,hehehe..:) thanks awak.

yan – hehehe, terima kasih yan..:)

haha! best! merasa gaks seme2 tu.. curik line.. beratur pjg.. paling x leh lupa bila time anto surat @ terima surat… siap ada bedak lagi tu!!!! kasi wangi konon.. wakaka! yelah, dulu2 mana mampu nak beli perfume.. hik..hik..

nice entry! =)

siwiyes nk tsenyum sorg2 sy bce..tingat zmn skola pkai surat…plak tu dok hostel,siap ada kod rhsia lg sbb klu kt hostel t warden bukak surat…kntoi nnt..haha~~ :D

yan – salam yan :) hehe, itulah untung tau orang lahir dah ada teknologi semua ni. Tapi memang betul cakap yan tak tahu sepenuhnya melalui sosial network. Ni cerita utk orang yang hampir semua benda dalam hidupnya dikongsi dari makan, baju, tempat tidur, mandi dan sebagainya :)

Kalau dulu, tengok kekasih hati masa berjumpa di luar je. Tak tahu camne dia pakai kat dalam rumah dsb. Tapi sekarang semua tu boleh dilihat tanpa perlu kahwin. Itu belum kalau dia jumpa kawan2 kat kelab2 malam siap menari lagi,hehe. Jadi kita boleh nilai lebih separuh personaliti dia tanpa perlu jumpa/tanya. Dalam Islam kan bagi panduan, nak tengok diri seseorang tengok kawan2 baiknya :)

Melainkan dia dalam laman sosial tersebut hanya berpura2 begitu dan sebenarnya dia adalah baik, sopan dan sebagainya, hehe. Mungkin ada tapi mungkin tak ramailah :)

namida – salam awak, lamanya tak dengar khabar..:) Sangat setuju sebab mak bapak dulu punyalah garang. Nak jumpa pun bukan main takut lagi, sekarang siap boleh bagi pegang2 tangan lagi tu,huhu. Takde rasa nak halang :(

Saya punya link blog ni dah berubah dari blog.faisalrahim.com kepada faisalrahim.com/blog :)

manis nyer lar orng2 dlu bercinta…hehehehe…
tp yan x rse lar semua tu, almaklumlar, dh lahir akhir 80 an..tp kalu dpt rse, mcm best jer..=)
btw, there is one thing i’m not really agreed…
sungguh pun ade social network tu, still public x bole tahu ttg sifat seseorng tu..kne knal dlu lar bru tau…kan2..=)..
don’t judge a book by it’s cover..
but yes, sometimes, bler dh terlalu byk sgt info d exposed dlm social network tu, x bgus jgk…kan2..
hohohoho..terpnjang plak cmmnt kali nie..=)

salam acai
lama betul tak ziarah sini..apa2pon,bercinta zaman dulu lebih byk manisnya,pergaulan masih terbatas,org lelaki nk tepon umah pon takut2 apalagi nk datang umah…si ayah yg dulu lebih garang berbanding ayah skrg yg sporting,silap2 ajak tido umah walaupon blm ada hubungan mahram..
kadangkala teknologi tu mendatangkan byk yg buruk dari baiknya,cuma kita yg ada ni gunakanlah sebaik mgkin…

enchik peshang – salam bro, hehe. terima kasih. macam ada nostalgia je ni?hehehe

wong jowo – thanks pi join aku pada hari kejadian,hehehe..:)

awe – salam awe, haaaa lupa aku nak cerita pasal curi line ni. Memang terbaiklah. Macam2 cara dulu. Bila telekom sekat cara ni muncul cara baru plak,hehe. Paling senang public phone yang warna biru,hehe. sekarang diaorang semua kaya sebab budak sekolahpun dah pakai iPhone. Mak bapak bayar bulan2.

Wahhh..entry yg menarik. Dulu pernah gak masa mula2 masuk ‘U’ tak de Hp lagi. Mas tu lah aku jadi ‘jahat’ curi line public phone. Mcm cara ada, cross line 999, ‘split’ kad phone, caj kan ‘karan’ letrik kat body public tu…uuuu..sanggup apa saja janji boleh tepon aweks dengan kadar yang murah dan boleh cakap lama2…kadang2 guna sopesen je leh ckp sampai berjam2..la ni tak de org leh buat mcm zaman tu..semua sekarang main FB je…

Nota: cots..nak terjun umah sifuuu ajak aku skali…

Roba – hahaha, siot je roba. Ni aku ceritakan balik apa yang orang kat surau tu cerita kat akulah. Takde kaitan,hehe. Kalau ye pun untuk yoes je,haha. Eh ko pun samalah roba. Bercinta jauh2 diam2 je,hehehhe

sil – salam sil, wes suie orak weroh? Mugo waras2 yo,hehe. Sangat setuju ngan statement tersebut!!

nyong setuju karo statement kui. semakin banyak kemajuan yang kita dapat semakin banyak juga tu jugalah yang kita hilang

Pesal…
Zaman cinta dulu2 tu bercintan ngan sapa tu erk? Guna public phone, main hantar surat tu mcm teringat sesuatu jer..

ejal – salam jal, hehehe. maklumlah bos memang sentiasa bizi jal,kekeke.

fiza – hehehe..:) lenkali signoff dulu nak tulis komen ye..:) sama2.

sishoney – salam sis :) waaaa memang nostalgik sungguh cerita sis. Rasanya sapa yang sezaman ngan kita mesti pernah rasa camtu kan..:) sekarang rasanya kalau takde hp maunya tak tentu arah kan?hehe. Sekarang memang nak nampak dia dalam bilik tidurpun boleh kan sis? semua benda nak dikongsinya.

salam…

heheh…sangat menarik entry ni…

banyak lah perkara dedulu yang mmg susah nak cari sekarang…

thanks bg surat(walaupun surat dalam macbook) heheh, kira suratla tu, sangat tersentuh hati ini…huhuuuu..

salam cai…

wah entri yg buat sis teringat zaman bercinta masa sekolah.hahaha.masa tu umah sis dah ada la phone.pas ex-pakwe g cari public phone atas bukit.last2 minyak moto habis.kena la tolak..hahahahaha.masa tu kita yg pompuan ni tunggu siap2 nak jawab phone umah.takut org lain angkat.berchinta curik2 la katakan.cinta monyet nasib tak jadi monyet.even sekelas.nak bagi kad pun sembunyi2.hahahahaha.kenangan oh kenangan…zaman sekarang berchinta cai.bukan setakat takde x-faxtor tapi buat banyak faktor yg menyampahkan kita yg dah “tua2 ni” cium dikalayak ramai dah parkara biasa bagi mereka.nauzubillah!

cot – salam cot, kekeke. itulah pasal cot. Tiba2 naik motor tadi terasa nak tulis pasal benda ni,hehe. Sebab semalam nak tergelak aku borak2 ngan abang tu pasal benda ni.

Hahahahahaha, siot ah ko cot. Kalau aku lapar aku beli sendirik je kat bawah tu. lagi cepat,hehehe. Weehhh, jomlah datang weh!!

salam caii..
gelak sorang² aku bace entry ni..
mane la ko dapat idea tulis entry camni…
kekekkekekeke..
aku xsmpt rase sume tu…
sebab aku generasi 90’an…
tp mesti best kan bg sape² yg penah lalui sume²..
agak² sekarang kalu lapar ko mesej wife ko x caii..
whoahahahahahhaha…

*minggu ni aku nak terjun kolam rumah ko..amcm?