Teaser : Dewan Perdana Felda

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku mula-mula cover wedding dulu aku ada beberapa senarai tempat yang menjadi impian aku untuk shoot gambar pengantin. Aku harap sebelum aku berhenti amik gambar aku dah cover semua tempat tersebut. Antaranya sawah padi, tepi pantai, paya bakau, pokok besar kat Taiping, landasan keretapi, kontena kat Port Klang, padang ragut UPM, Masjid Wilayah dan Dewan Perdana Felda.

Teaser wedding Farah & Adnan, Dewan Perdana Felda


Alhamdulillah, baru nak masuk 2 tahun semua impian aku dah tercapai :) Terima kasih kepada pasangan Farah & Adnan yang beri kepercayaan kepada aku untuk jadi OP majlis mereka di sini. Memandangkan target customer aku adalah golongan pertengahan, peluang camni adalah sesuatu yang jarang diperolehi. Memang excited lah bila dapat tugasan ni :)

Kenapa dewan ni jadi impian photographer?
Sebenarnya dewan ni memang benar-benar mencabar keupayaan dan kemahiran seorang photographer. Dewan ni gelap dengan lampu suram (tapi cantik) dan tiada syiling serta dinding untuk bounce flash. Kalau tak mahir guna direct flash gambar jadi flat atau harsh.

Lagi satu pernah tak korang amik gambar dalam dewan subjeknya cerah tetapi belakangnya gelap gelita tak nampak apa-apa? Jadi kat situlah perlunya kemahiran photographer kendalikan kamera dan flashnya. Untuk dapatkan subjek yang terang dan ambient yang baik. Gear yang mahal dan berkualiti memang membantu tapi ia sentiasa menjadi faktor kedua selepas kemahiran photographer tersebut.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis ni next week :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

Wah,cantik-cantik semuanya.Saja singgah.Memang suka jejak laman photography.Bolehla share ilmu dengan yang pakar ek.

Kak Katak – Ya Allah akku, napa nama jadi camtu?hehe. Alaa kak saya guna D80 ngan D80 je :)

Halim Wajid – Salam kang, hahahaha. ye yak ye gak kang :) tu felda gak,kekeke. ada masa nanti followlah ek,hehe

ajey – salam wak, hahahahhaha siot jelah ko wak :) sama jelah kamera mana2pun. ko bizi je manjang wak,hehe

salam kang..rugi aku xdapat follow..tapi xper la..aku balik kg nnt aku shoot la sbb kg aku pun FELDA jugak..ekekeke..

cot: bila nak ngeteh ni cot..hehe..

~ selagi org tak tukar kan aku, aku stay ngajar kat sini jer. heheh..ok acai tahun dpn aku ikut hang..:)

cot – hahahaha, siot jelah ko cot!! semua kamera boleh jelah amik gambar. kalau camtu kamera akupun cabuk gaklah,huhu. tahun baru jadi tak follow aku?hehe

zam – salam zam, waaa lama tak dengar khabar,hehe :) itulah pasal, masing2 excited. memang susahlah nak shoot lebih2 lagi time lampu tutup,hahaha. zam, aku ada job kat temerloh tahun depan, jomlah follow. ko ngajar sana lagi ke?

~ tahniah acai tercapai dah impian hang n kerul shoot kat dewan perdana felda.. aku kat balai raya felda jer.kekekkee
~ apapun akan ku tunggu full entry hang nanti..:)

icamzz – hahaha, ok2 bro :) tunggu full entry nanti :)

wong jowo – thanks saipi. bizi riko sekarang kang,hehe. wes arek ngantinan ke pi?

Kak Masy – Hahahahahah, siot ah akk ni :) Kesimpulannya dewan tu gelap susah nak amik gambar. Kat mata cantik tadi photographer susah nak capture sbb limitasi pada kamera :P terima kasih kak.

sil – salam sil :) tunggu next week ye insyaallah. padang upm tu juga adalah tempat yang teringin nak amik gambar tapi lupa nak tulis,haha

suka suka :) tak sabar tunggu gambar yang banyak-banyak. angger nyong, tempat impian bergambar ialah padang UPM. teehee ^__^

salam kang..terbaek la..x sabar aku nak tggu full entry ni…ni kn btl2 expert ni bro…klu aku mau terkincit ni..hahaha…congrats bro..