Bismillahirrahmanirrahim



Ya Allah bizi banget aku minggu ni. Banyak kerja-kerja yang aku kena buat sekarang. Minggu hadapan pun aku kena pergi training lagi kat luar selama beberapa hari. Malam pula kerja-kerja menyiapkan album secara intensif tanpa rehat. Memandangkan sekarang musim cuti sekolah jadi memang setiap hujung minggu tak berhenti shoot majlis kahwin. Doakan aku sihat sahabat2 semua :)

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Adila & Firdaus yang diadakan di Kelana Jaya. Diaorang ni sebenarnya satu tempat kerja kat Penang sana. Kadangkala memang kita takkan pernah tahu perancangan Allah. Berkawan dengan orang jauh-jauh tapi dapat jodoh dengan orang depan mata je, hehe. Benda seperti inilah yang kita perlu percaya dan yakin.

Layan sikit sekitar majlis diaorang ni.


Majlis persandingan diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya. Majlisnya cukup simple tetapi meriah dengan kehadiran tetamu. Sesi outdoor pula dijalankan di sekitar kawasan berhampiran je. Sebenarnya dengan kreativiti photographer boleh jadikan tempat yang biasa kelihatan berbeza. Dalam gambar nampak lain, tapi kalau tengok tempatnya “Laaa camni je ke tempatnya”, hehe.


Untuk akhirnya aku ucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai ni. Terima kasih juga kepada seluruh ahli keluarga Dila yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari shoot majlis diaorang ni. Mari kita sama2 doakan semoga ikatan perkahwinan yang mereka berdua bina ini berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Terima kasih juga kepada sahabat aku Halim dan Saipi yang membantu aku sepanjang majlis berlangsung.



Nota kaki : Aku akan update blog secara kerap dalam bulan ni. Banyak wedding aku nak update. Jadi korang tunggu ye :)

Nota kaki 2: Aku ada taruk badge facebook page yang aku baru create minggu lepas “Acaii Jawe Photography” kat side blog ni. Korang boleh ‘Like’ untuk follow kerja-kerja aku selepas ni. Makasih.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments
ajey says:

salam..

jeles… jeles… bila mau ajar aku lg bro.. jgn lupa aaaa… kalu lu nak upgrade.. call gua.. ada perhitungan yg nak diselesaikan.. aku pasti ko igt.. kalu lupa sms aku… eheheh..

awe – salam awe, terima kasih :) bila nak datang umah aku lagi weh? boleh terjun2 dalam kolam,hehe

reen – tahniah pengantin baru :) insyaallah nanti sy update ye reen. tunggu!!hehe

yeayyy! sila upload gambar saye byk2 :)

awe says:

Salam sensei. Gambar last tu memang best la. Nanti banyak2 sikit buat gambar cam tu.

Apapun ko kena jaga kesihatan.

Cots jom terjun kolam umah Acaii…

Glizzy – Salam sahaqbat, lama sungguh tak bertegur sapa..:) thanks bro. Alaa aku sbnrnya guna apa yang aku ada je. Kalau ada lens mahal2 nanti baru aku ubah skit caranya,kekkee

GLizZY says:

~ Mata hang mmg wide open la Acaii, mmg aku nk ckp “Laa, cmni je ke tempat dia” tau..

(,”) Merci..

kerul – salam kerul.:) hehe, aok warna apa nanti?

Kerul Shukor says:

warna purple lah..aihhhh²

enchik peshang – salam jumaat kang, thanks ye :) aku pun suka gak gambar last tu,hehe. sebab tu taruk kat last :P

enchik peshang says:

salam kang.

pic yang last sekali mmg cool gler.
aku suker! like like like :)

tapi pic yang laen pun cool gak cume yang last tuh mcm ada aura dier r bro. nice work!

cot – hahaha, siot je cot..:) thanks cot. jangan lupa cot, jalan rumah aku,kekeke

cot says:

aku tetap jeles dgn gambar2 ko…
kekekkekkee…
cun wei…
bile nk ajar aku ni..
hahaha

sil – salam sil, waaa ada gak ek warna2 suci,hehe..:) aah kalau contrast dia bertambah byk dengan background memang gambar jadi lagi cantik..:)

amyn – hissh, mana ada aku pernah main HDR,hehe. Bukan bidang aku tu..:)

amyn says:

gambar yang second last tuh;
ada unsur² HDR kah?

sil says:

majlis kali ni tema dia ala-ala warna2 suci. hehe. bila background dia pokok hujan-hujan macam dalam gmbr nombor 6 dari bawah tu, memang gerenti gambar bertambah2 cantik :)

Salam ixa,yaaa betul tu;) tunggu eh majlis reen. Nanti upload gambar dia byk skit,hehehe.

Xora says:

majlis reen diantaranya kan?! yeayyy!