Bismillahirrahmanirrahim



Nampaknya musim cuti sekolah telah bermula. Seperti kelaziman, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk menamatkan zaman bujang mereka. Ia juga bermaksud mereka telah bersedia fizikal dan mental memikul tanggungjawab yang jauh lebih besar berbanding zaman bujang. Orang yang berkahwin juga insyaallah lebih dekat dengan agamanya.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Izawati & Kamarul yang diadakan di Ampang. Kedua-dua pasangan ni seorang yang pemalu tau. Tapi alhamdulillah mereka berikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Aku pun tak tahu kenapa ayat-ayat aku sekarang dah skema semacam je,haha. Sejak Chelsea kalah ni aku tak betul sikit. Layan sikit gambar-gambar diaorang ni.



Sesi outdoor bermula agak lewat. Terperangkap dan sesat kat MRR2. Akupun dah agak risau sebab maghrib sekarang agak awal. Pukul 6:30 petang baru nak mula sesi outdoor. Jadi memang takde banyak masa. Nak tak nak memang aku terpaksa guna CLS bila suasana dah terlalu gelap. Rasanya kali pertama aku guna flash dalam outdoor,hehe.


Terima kasih kepada sahabat aku Halil, Zakuan dan Hakim yang sudi teman aku sepanjang hari tersebut. Terima kasih juga kepada keluarga pengantin yang berikan kerjasama baik sepanjang majlis berlangsung. Semoga ikatan yang terjalin diredhai Allah hingga akhir hayat,amin.

Aku ada berita baik nak umumkan kepada bakal customer aku tahun hadapan. Maksudnya untuk yang dah membuat tempahan ataupun bakal,hehe. Insyaallah dalam masa terdekat bila sesuai. Nantikan ye, ceewwahh.

Nota kaki : Terima kasih kepada semua yang sudi singgah blog ni ye. Aku hargai sangat-sangat walaupun tidak tinggalkan sebarang jejak,hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

mila – salam mila, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye. Saya hargainya.

yuddin – salam bro,hehe. ni baru belajar2 ni..:) lama tak dengar khabar bro,hehe

yuddin says:

wah dah mula bermain ngan lighting…

mila says:

salam acai..
selalu tgk blog ni…tp x pernah komen ape2..emmm…nice shoot..congratz ya..=)

bayya – Salam Bayya, terima kasih sebab singgah sini dan tinggalkan komen ye :) hahaha, masa tu memang dah gelap tapi takdelah sampai tak nampak apa2 :) inipun kat taman je,hehe. Kalau sorang2 memang menakutkan,haha

bayya says:

Salaam Acai,

Saya adalah antara mereka yang disebutkan dalam nota kaki. :)

Tapi nak comment pasal gambar terakhir tu. Sungguh menyeramkan. Pokok tu macama ‘Sleepy Hollow’. Tak seram ke, pengatin baru bergambar time maghrib gitu? heh.

amyn – salam min..:) hahaha, buat tak tau plak dia CLS tu apa. off camera flash nikon kan panggil tu,hehe. minggu ni chelsea mengganas,ceewahh

amyn says:

salam chai.
apakah itu see-el-es?

p/s :takkan xleh titik newcastle kot? :p hehehehe.gurau je chai.

cot – salam cot,hahahaha. kalau aku shoot nanti aku rasa memang nak suh ko ngan bakal wife buat aksi gila2lah cot,hahahaha

cot says:

salam caii..
aku pun same mcm din..
ape tips nk elak malu depan kmera..
ceewaahhh…
kekekekekkee

hana – salam hana, ni lagi sorang yang dah lama tak dengar khabar:) hope sihat2 hana. Insyaallah tak lama lagi dpatlah pertanyaan dari awak ni,hehehe. Aminnn..:) Thanks hana ye.

Xora – Salam ixa, eiii nak kena betul. Mentang2 hubby kaki bola gak,hehehe..:) chayok2 ixa!! pasni kena sabar tau 90 minit layan tengok bola :P

ciktari – Salam ciktari, waaa dah lama tak dengar khabar. Ya tunggu ye, insyaallah kalau dah sedia nanti saya umumkan ye..:)

hana says:

salam acai! :D
sebaik arini awk ckp tq kpd yg mai melawat blog awak even x tggl jejak. ( ai terasa la kan..sbb selalu camtu)
blog wajib singgah neh..sbb mkn hari pic kawen makin cantik :)
hrp2 bila sy kawen nnt, bleh la booking awk jd OP ( kawennya ntah bila.hahahahaha)

siti – salam siti, hehehehe. ooo nak kena buat gak gak tips camtu :) insyaallah nanti sy buat tips camtu dalam entry akan datang. Alaa takpe siti, nanti time majlis mesti ok punya,hehe

bahdin – salam din, ko aku memang percaya din. Tak boleh bayangkan camne nanti kalau ko kena pose2 depan kamera din,hihi. Tak sabar aku nak tengok tau din,hehe. Thanks din ye

ciktari says:

Tak sabar nak tunggu berita baik. Hehe

Xora says:

Cmne la prestasi Chelsea ni! kalah dgn team pecisan aje.. cehh *dah tau bola sikit2 pasal suami selalu tengok bola :P

din says:

Salam cai
~ wah aku nak like komen cik siti. nak tau gak jawapannye sebb aku pn tergolong org cam tu. huhuu..
~ lawa gak cai bila outdoor malam. kena plak ngan baju merah. lebih2 lagi acai ngan amik. memang lawa lah.. :)

siti says:

salam,ade tips tak utk pengantin pemalu mcm kami nie nak berposing..macam mane ek nak wat muke tak malu..x gheti arr..hehehe:)

awe – hahahahaha, siot lah awe..:) terima kasih awe sebab follow aku dan tolong aku pada hari tersebut ye..:) lenkali boleh sama2 belajar lagi..:)

awe says:

Aku suka sangat lagu ni…

Merah..merah jgn sebut banyak2 nanti acaii punya hormon berubah…

sishoney – salam sis, aah, sekarang memang trend warna2 garang kot kan,hehe. Ramai yang pakai merah, kuning, biru yang pekat,hehe. Tapi memang nicelah sebab menonjol kan..:) tapi tang MU tu yang memang tak boleh tahanlah sis!! hahahahaha. Thanks sis ye.

ejal – salam jal. itulah takut gak tak jadi sebab aku tak pernah buat,hehe. Tapi byk lagi kena perbaiki. Sebab direct jadi macam harsh skit lah kena kat pengantin,hehe. ko free bila jal? bolehlah follow aku,sepanjang cuti sekolah ni aku ada job insyaallah.

SisHoney says:

salam cai…

sis suka shoot pengantin yg pakaiannya warna merah.rasa bersemangat je nak shooot.sbb akan lebih terserlah.senang nak shoot kat mana pun sbb pengantin akan menonjol.tambah2 lagi manutd pun merah *hiks*

best tgk acaii shoot kali ni guna flash.terbaiklah cai.bila lagi nak dapat tag dgn sifoo ni kan.hehehehehe.

selamat menjalankan tugas ye cai

ejal says:

salam bro,mantap la..walau pun cls..terbayekkk..hehehe…susa gak yer klu kn outdoor mlm..kn plak klu mcm aku tak teror nk cls..csl aku tau la..hahaha..bile la aku nk folo ko ni..