Solemnized Syu dan Ebby, Kampung Bukit Lanchong

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur kerana Allah beri kita semua peluang untuk hidup pada hari ini. Salah satu sikap yang kita semua kena perbaiki pada masa ini ialah sikap suka mencari salah orang dan jadikan bahan gurauan bersama rakan-rakan. Aku merujuk kepada tranding di Twitter tentang kesilapan JAKIM dalam menterjemah bahasa english dalam laman web mereka minggu lepas.

Mudah-mudahan Allah pelihara kita semua daripada diaibkan bila kita melakukan kesilapan yang kita tidak tahu pada masa akan datang. Sentiasa beringat, apabila kita jaga aib orang lain, Allah akan jaga keaiban kita pada masa hadapan.

Kali ni aku update majlis pernikahan Syu & Ebby di Bukit Lanchong, Puchong. Imam jurunikah ada masalah kesihatan dan terpaksa buat di atas meja. Pertama kali aku sampai Kampung Bukit Lanchong ni walaupun dekat je ngan rumah aku.
 

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan meriah. Mari kita sama-sama mendoakan kedua-dua pasangan ini semoga ikatan perkahwinan mereka diberkati dan dirahmati Allah serta berkekalan sampai ke syurga Insyallah.

Wassalam.

Solemnized Atie & Nazim, Banting

Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ini aku ada melihat video Tuan Guru Nik Aziz menjadi jurunikah kepada sepasang pengantin. Isi khutbahnya sangat bagus. Tapi satu yang menarik perhatian yang aku nak kongsi ialah beliau tidak berjabat tangan dengan pengantin ketika sesi ijab dan qabul seperti kebiasaan masyarakat di Malaysia.

[FULL VIDEO TGNA bagi khutbah nikah]

Sebenarnya nak tunjukkan berjabat tangan ketika sesi ijab dan qabul itu bukanlah syarat sah nikah. Malah jika pengantin lelaki berkata “I do” seperti masyarakat baratpun ikatan suami-isteri telah terjalin mengikut syara’. Asalkan kedua-dua belah pihak faham apa yang diucapkan ia sudah memadai. Sudah tentu syarat seperti wali, mahar dan saksi itu perlu.

Malah menjawab lafaz nikah dalam satu nafas, tidak terputus dengan lafaz jurunikah, shake tangan sebelum pengantin jawab, duduk bersila dan seumpamanya ketika nikah sebenarnya bukanlah satu kewajipan dan disuruh dalam agama kita. Sudah tentu ada pendapat berbeza tentang lafaz terima nikah tetapi benda-benda itu sudah pasti bukan syarat sah nikah. Insyaallah ada masa aku ulas lagi tentang ni.

Aku update majlis pernikahan pasangan Atie & Nazim yang diadakan di Kampung Kanchong Darat, Banting. Pasangan yang sweet. Jom layan sikit suasana perjalanan majlis pernikahan mereka.
 

 

Alhamdulillah dengan sekali lafaz Atie menjadi milik Nazim sebagai suami isteri yang sah. Ikatan yang menyebabkan semua yang haram sebelum ini menjadi halal atas lafaz suci tersebut. Semoga ikatan yang terjalan ini dirahmati Allah sampailah ke syurga,amin. Insyaallah nanti aku update pula majlis persandingan mereka.

Nota kaki : Akad ketika membayar zakat juga sunat sebenarnya. Sebab tu sekarang dah boleh zakat melalui online. Ia bukan syarat sah zakat:)

Wassalam.

Solemnized Dr Amalina & Dr Hafifi, Paroi

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah semoga Allah rahmati kita dalam semua yang kita lakukan hari ini. Salah satu cabaran terbesar seorang photographer bila shoot majlis pernikahan di dalam rumah ialah mereka mempunyai ruang terhad untuk bekerja. Maksudnya mereka shoot sepanjang majlis berlangsung tanpa bergerak ke mana-mana. Dalam masa yang sama kena pelbagaikan angle. Ada sesetengah mereka hanya boleh berdiri dan duduk di tempat yang sama sepanjang majlis disebabkan ruang yang terhad. Itulah antara cabaran yang biasa dihadapi oleh semua photographer.

Kali ni aku update dulu majlis pernikahan Dr Amalina & Dr Hafifi yang di adakan di Paroi, Negeri Sembilan. Ni kali pertama aku shoot majlis perkahwinan kat Paroi. Kedua-dua pasangan ni merupakan doktor di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
 

 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Keluarga Dr Hafifi datang dari Johor. Dengan sekali lafaz Dr Amalina menjadi isteri yang sah. Semoga ikatan suami isteri yang terjalin berbekalan bahagia sampai akhir hayat,amin. Tunggu aku update majlis persandingan mereka yang diadakan pada keesokan harinya. Wallahua’lam.

Wassalam.

Majlis Pernikahan Farhanah & Mustakhim, Taman Maluri

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dah lama sungguh aku tak update apa2 entry kat blog ni:) Harini dah hampir pertengahan Syawal. Tapi kat sana sini masih ada mood raya terutamanya bila office banyak jemputan rumah terbuka. Walau bagaimana sibuk sekalipun kita, kalau boleh luangkan masa untuk tunaikan puasa 6 yang sangat dituntut dalam agama. Ia sebagai kesinambungan puasa Ramadan yang memberikan pahala seperti berpuasa sepanjang tahun. Sesuatu yang mustahil bagi sapa2 untuk lakukan.

Sebenarnya aku nak cerita pasal raya lepas. Tapi disebabkan macam dah basi je jadi takpelah boleh skip:) Boleh baca kat personal blog aku. Tapi alhamdulillah dengan nikmat dan izin Allah kita dapat meraikan hari kemenangan walau mungkin ada kedukaan kepada sesetengah kita yang kehilangan insan tersayang. Namun sebagai hamba Allah, kematian merupakan satu perkara rahsia milik Allah yang tersurat dalam qada’ dan qadar kita.

Aku update dulu majlis perkahwinan Farhanah & Mustakhim di Taman Maluri yang diadakan sebelum Ramadan lepas.

 

Farhanah ni merupakan anak bongsu dalam keluarga. Jarak antara beliau dengan adik beradik lain agak jauh. Tak silap majlis kahwin terakhir lebih 10 tahun lepas:) Mak ngan ayah Farhanah sangat peramah dan memberi kerjasama yang baik serta menghormati kerja aku sebagai photographer di majlis mereka. Insyaallah esok atau Isnin aku update pula majlis bersanding mereka berdua ini. Terima kasih kepada sahabat baik aku Zakuan Hassan yang turut membantu aku dalam majlis mereka berdua ini.

Takziah kepada semua keluarga mangsa nahas bas di Genting Highland semalam petang. Ajal ni boleh berlaku bila-bila masa. Sebab tu niat sebelum pergi kerja untuk ibadah dan mencari rezeki yang halal. Kalau meninggal dunia, kita mati dalam keadaan baik insyaallah. Wallahua’lam.

 

Wassalam.

Solemnized Faradilla & Hasif, Kajang

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam tazkirah yang aku dengar selepas solat semalam, ustaz bagitau tentang mudahnya kita mencari pahala pada zaman ini. Dengan satu dakwah kebaikan, ia boleh tersebar luas di seluruh dunia melalui medium sosial media. Suatu kelebihan yang tidak pernah dimiliki oleh pendakwah-pendakwah zaman dahulu. Namun tanpa sedar ia juga boleh menjadi sebab dosa kita berganda-ganda.

Apabila kita sebarkan berita yang tidak betul, cerita yang mengaibkan insan lain, fitnah yang dipanjangkan tanpa soal selidik maka setiap kali orang membaca dan sebarkan, dosa kita akan berganda-ganda banyaknya. Kalau ada seorang insan berbuat dosa, kita mengumpat keburukannya kepada sahabat kita. Pada malam hari beliau sedar dan bertaubat. Allah telah ampunkan dosa beliau tersebut. Namun dosa kita sebarkan aib beliau masih berterusan dan berganda-ganda lagi. Siapa yang lebih baik akhirnya?

Kali ni aku update pula majlis pernikahan Fara & Hasif yang diadakan di Kajang. Dah lama sebenarnya aku tak shoot dengan ramai kawan-kawan yang turut sama datang memeriahkan majlis dari majlis nikah sampailah majlis persandingan:) Cabaran shoot majlis nikah di rumah berseorangan biasanya ruang yang dan kena pelbagaikan angle dari satu kedudukan. Layan dulu.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Keluarga Hasif datang dari Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Aku sangat suka tengok mereka jemaah bersama2 solat sunat selepas majlis nikah tersebut. Satu lagi ikatan suci antara umat nabi Muhammad terjalin. Antara penyebab syaitan menangis. Mari sama-sama doakan semoga kedua pasangan ini dirahmati Allah sepanjang ikatan perkahwinan mereka ,amin. Insyaallah aku update lagi next week majlis persandingan beliau. Wallahua’lam.

Nota kaki : Aku baru sempat update dalam blog je buat masa ni. Facebook tak sempat lagi:)

Wassalam.

Adawina & Suhaimi, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, setelah dah lama tak update dapat gak aku letak entry wedding kat blog ni:) Sebenarnya sampai minggu hadapan aku masih lagi kerja di luar office. Memandangkan Ramadan dah hampir tiba, kerja-kerja di institusi zakat memang bertambah 2 kali ganda menyiapkan keperluan untuk bulan puncak tersebut. Terutamanya hal yang berkaitan dengan sistem IT.

Majlis Adawina dan Suhaimi ni berlangsung di Cheras. Suhaimi ni orang Penang dan family diaorang memang ramai datang dari sana. Masa majlis nikah tu rasa macam tengah shoot kat Penang je sebab semua cakap utara,hehe. Aku cover 2 hari untuk majlis nikah dan sanding. Sesi outdoor mereka buat berdekatan sahaja dengan rumah Wina lokasi majlis tersebut. Tapi menarik sebab dapat masuk kat Unit Berkuda DBKL bersebelahan dengan Taman Tasik Permaisuri. Dapatlah gak main dengan kuda sekejap,hehe.

 

 
Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan pengantin yang diraikan. Mudah-mudahan ikatan tersebut di rahmati Allah sentiasa dan memudahkan mereka berdua untuk ke syurga Allah,amin. Tahniah sekali lagi atas pernikahan. Terima kasih di atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung 2 hari tersebut:) Mohon maaf jika ada salah dan silap.

Insyaallah aku akan update lagi dalam masa terdekat. Jumpa lagi. Wallahua’lam.
 
 
Wassalam.
 

Solemnized Zafran & Afifi, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kuliah Tasawwuf lepas, ustaz bagitau kehidupan ni adalah sebuah perjalanan yang sementara. Kerana itu kita patut ubah pemikiran bahawa manusia ini diukur dengan pencapaian dan penghargaan dalam hidupnya. Jangan menilai mewahnya hidup, tingginya tahap pendidikan, bijaknya berkata-kata dan cantiknya paras rupa itu satu pencapaian. Tetapi semua perlu dilihat dari penilaian Allah.

Proses hidup di dunia adalah mencari bekalan untuk kehidupan abadi kelak. Setiap detik kehidupan adalah teladan, pengajaran dan ujian agar menguatkan keimanan kita. Dengan mengubah sudut pandang tentang dunia, ia merubah banyak perkara dalam hidup kita.

Kali ni aku nak update dulu majlis pernikahan pasangan Zafran & Afifi yang dijalankan di Taman Bukit Saga, Shah Alam. Walau dah lama kerja Shah Alam, bahagian belah sini memang tak pernah aku explore. Bila shoot di ruangan terhad seperti di rumah sebenarnya pengalaman memainkan peranan penting. Cubalah cover sebuah majlis yg kita tak boleh bergerak langsung dari mula hingga selesai:)


Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar walaupun bermula agak lewat. Aku ditemani satu lagi team photographer & videographer dalam majlis ni. Jadi memang kena bergilir-gilir nak shoot pengantin. Tapi kitorang bekerjasama dengan baik. Tahniah kepada kedua pasangan. Semoga Allah limpahkan rahmat sepanjang perkahwinan ini. Nanti aku update majlis sanding punya. Wallahua’lam.



Wassalam.

Solemnized Ainaa & Baihaqi, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah syukur kepada Allah umur kita masih panjang. Kesihatan kita baik. Rezeki untuk kita makan ada. Ada seorang jemaah surau qariah aku bekerja sepenuh masa menjual kuih/nasi lemak dan pisang goreng dari pagi sampai ke petang. Hampir setiap hari beliau akan sedekahkan ke surau kitorang makanan. Banyak pahala beliau.

Kata beliau, hidupnya sangat tenang sekarang. Tanpa mengungkit kisah silam, beliau bagitau ada masa apa yang kita rancang dalam hidup tidak menjadi. Namun kita kena sentiasa berusaha & doa. Sebab Allah tak pernah hampakan doa manusia. Allah akan perkenankan doa melalui jalan berbeza tapi sebenarnya itulah yang kita minta sebelum ini. Kata-kata tu sangat mendalam bagi aku.

Aku nak update majlis pernikahan pasangan Ainaa & Baihaqi yang diadakan di Masjid Shah Alam. Majlis kat sini ada dewan khusus untuk majlis pernikahan. Jurunikah biasanya dah susun jadual sepanjang hari. Kalau ada yang lewat terpaksa tunggu selesai pasangan yg selepas tu:) Jadi kena tepat pada masa yang ditetapkan kalau taknak delay.


Kedua pasangan ni memang senang sangat nak shoot. Memang nampak mereka sedang bercinta sampailah ke hari pernikahan mereka. Syukur Alhamdulillah ikatan tersebut disatukan dengan ikatan nikah yang sah. Mari sama-sama kita doakan semoga kedua pasangan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga nanti. Jumpa lagi next entry ye:) Wallahua’lam.



Nota kaki : Jadual aku untuk tahun ni dah hampir penuh alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang bertanya dan buat booking. Aku tak dapat terima banyak job wedding sebab komitmen keluarga dan kerja yang makin meningkat tahun ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe