Bismillahirrahmanirrahim

Dalam kuliah Tasawwuf lepas, ustaz bagitau kehidupan ni adalah sebuah perjalanan yang sementara. Kerana itu kita patut ubah pemikiran bahawa manusia ini diukur dengan pencapaian dan penghargaan dalam hidupnya. Jangan menilai mewahnya hidup, tingginya tahap pendidikan, bijaknya berkata-kata dan cantiknya paras rupa itu satu pencapaian. Tetapi semua perlu dilihat dari penilaian Allah.

Proses hidup di dunia adalah mencari bekalan untuk kehidupan abadi kelak. Setiap detik kehidupan adalah teladan, pengajaran dan ujian agar menguatkan keimanan kita. Dengan mengubah sudut pandang tentang dunia, ia merubah banyak perkara dalam hidup kita.

Kali ni aku nak update dulu majlis pernikahan pasangan Zafran & Afifi yang dijalankan di Taman Bukit Saga, Shah Alam. Walau dah lama kerja Shah Alam, bahagian belah sini memang tak pernah aku explore. Bila shoot di ruangan terhad seperti di rumah sebenarnya pengalaman memainkan peranan penting. Cubalah cover sebuah majlis yg kita tak boleh bergerak langsung dari mula hingga selesai:)


Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar walaupun bermula agak lewat. Aku ditemani satu lagi team photographer & videographer dalam majlis ni. Jadi memang kena bergilir-gilir nak shoot pengantin. Tapi kitorang bekerjasama dengan baik. Tahniah kepada kedua pasangan. Semoga Allah limpahkan rahmat sepanjang perkahwinan ini. Nanti aku update majlis sanding punya. Wallahua’lam.



Wassalam.

Thanks for Comments
ejal says:

salam kang…terbaik la..aku sokong ko walau pun parlimen dah bubar..nnt klu ada lg jgn la segan2 ajak aku yang newbie ni…dpt bhgn pegang2 beg pun jadi la…hahahaha..

Acaii Jawe says:

ejal – Minggu ni aku kat Kajang je Ejal angger arek melu dino setu,hehe. Tak sabar nak ngundi ni,hehe.

najmi says:

Menjadi kebiasaan manusia menilai hidup atas nilai material hakikatnya lebih daripada itu. Baru minggu lepas saya ikut kawan ambil gambar kahwin dekat kawasan rumah. Pengalamannya peluh sakan dan panas hahaha.. Abg acai, camne nak edit color jadi macam dekat atas sebabnya tiap kali saya edit mesti tone pun lari sekali.

Acaii Jawe says:

NAjmi – Salam bro najmi, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen:) Peluh dan panas tu ok lagi asalkan dapat gambar,haha. Haah kaler apa? Sebab rasanya tak buat apa2pun ubah tone ke apa. 95% daripada kamera je. Kena main kelvin dan flash dengan betul:)