Bismillahirrahmanirrahim

Dalam tazkirah yang aku dengar selepas solat semalam, ustaz bagitau tentang mudahnya kita mencari pahala pada zaman ini. Dengan satu dakwah kebaikan, ia boleh tersebar luas di seluruh dunia melalui medium sosial media. Suatu kelebihan yang tidak pernah dimiliki oleh pendakwah-pendakwah zaman dahulu. Namun tanpa sedar ia juga boleh menjadi sebab dosa kita berganda-ganda.

Apabila kita sebarkan berita yang tidak betul, cerita yang mengaibkan insan lain, fitnah yang dipanjangkan tanpa soal selidik maka setiap kali orang membaca dan sebarkan, dosa kita akan berganda-ganda banyaknya. Kalau ada seorang insan berbuat dosa, kita mengumpat keburukannya kepada sahabat kita. Pada malam hari beliau sedar dan bertaubat. Allah telah ampunkan dosa beliau tersebut. Namun dosa kita sebarkan aib beliau masih berterusan dan berganda-ganda lagi. Siapa yang lebih baik akhirnya?

Kali ni aku update pula majlis pernikahan Fara & Hasif yang diadakan di Kajang. Dah lama sebenarnya aku tak shoot dengan ramai kawan-kawan yang turut sama datang memeriahkan majlis dari majlis nikah sampailah majlis persandingan:) Cabaran shoot majlis nikah di rumah berseorangan biasanya ruang yang dan kena pelbagaikan angle dari satu kedudukan. Layan dulu.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Keluarga Hasif datang dari Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Aku sangat suka tengok mereka jemaah bersama2 solat sunat selepas majlis nikah tersebut. Satu lagi ikatan suci antara umat nabi Muhammad terjalin. Antara penyebab syaitan menangis. Mari sama-sama doakan semoga kedua pasangan ini dirahmati Allah sepanjang ikatan perkahwinan mereka ,amin. Insyaallah aku update lagi next week majlis persandingan beliau. Wallahua’lam.

Nota kaki : Aku baru sempat update dalam blog je buat masa ni. Facebook tak sempat lagi:)

Wassalam.

Thanks for Comments
azieazah says:

Salam dindaku ESAL,
ya betul. Kak Azie pun suka tengok pasangan pengantin yang berjemaah untuk pertama kali bersama sebelum acara batal air sembahyang. sungguh indah melihat sebuah rumahtangga dibina dengan dimulai suatu perkara yang baik.

Semoga jodoh mereka berkekalan.

Cantik tema jingga.

Acaii Jawe says:

Azieazah – Salam kak zie:) Hope akak dan keluarga sihat2 hendkanya ye:) Terima kasih dan amin kak untuk doa tersebut. Mudah2an rumahtangga keluarga kita juga bahagia dan berkekalan sampai ke syurga,amin.