Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, setelah dah lama tak update dapat gak aku letak entry wedding kat blog ni:) Sebenarnya sampai minggu hadapan aku masih lagi kerja di luar office. Memandangkan Ramadan dah hampir tiba, kerja-kerja di institusi zakat memang bertambah 2 kali ganda menyiapkan keperluan untuk bulan puncak tersebut. Terutamanya hal yang berkaitan dengan sistem IT.

Majlis Adawina dan Suhaimi ni berlangsung di Cheras. Suhaimi ni orang Penang dan family diaorang memang ramai datang dari sana. Masa majlis nikah tu rasa macam tengah shoot kat Penang je sebab semua cakap utara,hehe. Aku cover 2 hari untuk majlis nikah dan sanding. Sesi outdoor mereka buat berdekatan sahaja dengan rumah Wina lokasi majlis tersebut. Tapi menarik sebab dapat masuk kat Unit Berkuda DBKL bersebelahan dengan Taman Tasik Permaisuri. Dapatlah gak main dengan kuda sekejap,hehe.

 

 
Untuk akhirnya, tahniah kepada kedua pasangan pengantin yang diraikan. Mudah-mudahan ikatan tersebut di rahmati Allah sentiasa dan memudahkan mereka berdua untuk ke syurga Allah,amin. Tahniah sekali lagi atas pernikahan. Terima kasih di atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung 2 hari tersebut:) Mohon maaf jika ada salah dan silap.

Insyaallah aku akan update lagi dalam masa terdekat. Jumpa lagi. Wallahua’lam.
 
 
Wassalam.
 

Thanks for Comments
Abel says:

Wahhh… Lamenye xsinggah sini… Cantik gambar.. Segak btl Ustaz Hassim..

Acaii Jawe says:

Abel – Salam abel, lamanya tak dengar khabar,hehe. Abel, bila due?hehe. Hope semuanya berjalan lancar ye,amin.