Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah syukur kepada Allah umur kita masih panjang. Kesihatan kita baik. Rezeki untuk kita makan ada. Ada seorang jemaah surau qariah aku bekerja sepenuh masa menjual kuih/nasi lemak dan pisang goreng dari pagi sampai ke petang. Hampir setiap hari beliau akan sedekahkan ke surau kitorang makanan. Banyak pahala beliau.

Kata beliau, hidupnya sangat tenang sekarang. Tanpa mengungkit kisah silam, beliau bagitau ada masa apa yang kita rancang dalam hidup tidak menjadi. Namun kita kena sentiasa berusaha & doa. Sebab Allah tak pernah hampakan doa manusia. Allah akan perkenankan doa melalui jalan berbeza tapi sebenarnya itulah yang kita minta sebelum ini. Kata-kata tu sangat mendalam bagi aku.

Aku nak update majlis pernikahan pasangan Ainaa & Baihaqi yang diadakan di Masjid Shah Alam. Majlis kat sini ada dewan khusus untuk majlis pernikahan. Jurunikah biasanya dah susun jadual sepanjang hari. Kalau ada yang lewat terpaksa tunggu selesai pasangan yg selepas tu:) Jadi kena tepat pada masa yang ditetapkan kalau taknak delay.


Kedua pasangan ni memang senang sangat nak shoot. Memang nampak mereka sedang bercinta sampailah ke hari pernikahan mereka. Syukur Alhamdulillah ikatan tersebut disatukan dengan ikatan nikah yang sah. Mari sama-sama kita doakan semoga kedua pasangan ini berkekalan bahagia sampai ke syurga nanti. Jumpa lagi next entry ye:) Wallahua’lam.



Nota kaki : Jadual aku untuk tahun ni dah hampir penuh alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang bertanya dan buat booking. Aku tak dapat terima banyak job wedding sebab komitmen keluarga dan kerja yang makin meningkat tahun ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
SisHoney says:

Assalam cai….

wahhhhh lama gilak sis xmasuk sini…makin mamtop dan meletup cai :-) guna lens apa pix kat atas ni cai….superbbb!

Acaii Jawe says:

SisHoney – Salam sis, tak perasan plak komen sis kat sini:) Sis acai sekarang guna prime lens je. Ni banyak guna 85mm tak silap,hehe.Thanks sis ye.