Aug 12
Catatan Ramadan 2 : Al-Quran
icon1 Acaii Jawe | icon2 Tazkirah | icon4 08 12th, 2011| icon39 Comments »

Bismillahirrahmanirrahim



Selepas tadarus, aku selalu berborak-borak kosong dengan imam di masjid qariah aku. Dia sering bercerita tentang pengalamannya tinggal di Mesir selama beberapa tahun melanjutkan pelajaran. Apa yang menarik perhatian aku ialah ceritanya tentang suasana dan budaya penduduk negara tersebut apabila tiba bulan Ramadan terutamanya melibatkan Al-Quran.

Beliau menceritakan bila tiba bulan Ramadan, kebanyakkan orang sana sini memegang Al Quran di tangan. Sama ada dalam bas, di tepi-tepi jalan, di pasar-pasar semuanya membaca Al-Quran. Termasuklah mat mat rempit pun membaca Al-Quran di atas motornya. Boleh lihat peniaga-peniaga menanti pelanggan sambil membaca Al-Quran dan polis-polis yang menjaga keamanan juga turut membaca Al-Quran walaupun semasa berdiri. Subhanallah.

Dia pun menjadi bersemangat dan biasanya dapat khatam quran beberapa kali semasa bulan Ramadan. Tetapi budaya tersebut tiada di negara kita. Maksudnya amat jarang kita nampak orang membaca Al-Quran dalam LRT, bas, komuter, dalam kereta, shopping complex dan sebagainya. Ada tapi sangat jarang dilihat. Kalau ada, biasanya orang sekeliling akan pandang semacam. Bukan non-muslim tapi orang Islam sendiri. Mesti ada yang berkata “Alaa, macamlah baik sangat. Akupun baca Quran tapi takdelah nak menunjuk-nunjuk baca kat tempat awam”. Sedih, tapi itulah cara berfikir dan budaya masyarakat kita sebenarnya.

Hinggakan orang yang berbuat baik sering dipersoal dan dinilai keikhlasannya, selalu dipandang serong dengan melabel mereka menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Walhal kalau orang yang berbuat maksiat tiada pula orang mengambil kisah. Budaya apa ini? Tahukah antara sebab Allah menghalang bala bencana turun ke sesebuah negara adalah adanya orang-orang beriman yang taat kepada Allah. Sekiranya mereka tiada, mungkin banyak bencana yang turun kepada kita semua. Wallahua’lam.


Nota kaki: Jangan lupa membayar zakat fitrah. Boleh buat bayaran melalui SMS je sekarang :) KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Aug 9

Bismillahirrahmanirrahim



Bila tengok kanak-kanak bersolat tarawikh aku teringat zaman membesar dulu. Kalau pergi solat tarawikh kat masjid mesti main je dengan kawan-kawan. Main basikal, main kejar2, main baling selipar dan lain-lain. Tapi kitorang ada musuh ketat. Wak Lias namanya. Besar orangnya, suaranya garau. Kalau dia dapat tangkap, memang confirm kitorang kena cubit sebab buat bising masa jemaah masjid sedang solat. Dia boleh cubit 2 orang dalam satu masa kat perut. Sakitnya ya amat.

Sampai merah dan berbirat perut aku. Tapi aku rasa budak lelaki ni memang ada masalah ingatan jangka pendek yang ketara. Sebab esok mesti kitorang main lagi. Kekadang siap kena cubit lagi. Kalau imam dah tahiyat akhir nak bagi salam baru berlari masuk amik kedudukan masing2, haha. Dah abis tarawikh muka kitoranglah tercongok duduk depan talam tunggu moreh. Padahal makan kuih lapis merah putih je.

Tapi itu dulu. 20 tahun lepas. Weekend lepas ni aku balik kampung untuk berbuka dengan mak ngan abah. Dapatlah jemaah dan solat sama2 kat masjid kampung. Suasana dah berbeza. Ramai orang tua kampung aku dah agak uzur. Kalau dulu tenaga mereka kuat boleh jerit-jerit kat kitorang sekarang cakap pun perlahan je. Ada yang dah berjalan menggunakan tongkat. Ada yang solat duduk di atas kerusi.

Rambut mereka ada yang dah putih. Wak Lias pun dah tak segarang dulu. Walaupun ramai budak-budak buat bising dia dah tak kisah. Seperti abah, kebanyakkan mereka sudah banyak kedut-kedut di mukanya menunjukkan usia yang semakin lanjut. Pandangannya dah redup. Pergerakkan ketika solat nampak sukar. Genggaman tangan ketika bersalam dah tak sekemas dulu.

Aku doakan mereka semua sentiasa sihat sepanjang masa. Memang mereka lebih berusia, tapi belum tentu mereka yang pergi dulu meninggalkan kita. Mungkin kita yang muda, kuat dan bersemangat ni mati dahulu daripada mereka. Allah maha mengetahui akan sesuatu. Wallahua’lam.


Nota kaki: Kita dah masuk 1/3 bulan Ramadan yang kedua iaitu bahagian rahmat. Kejapnya masa berlalu.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Jul 29
Ramadan Mubarak!!
icon1 Acaii Jawe | icon2 Personal | icon4 07 29th, 2011| icon312 Comments »

Bismillahirrahmanirrahim


Ramadhan




Banyak perkara yang aku rindu kat kampung sebenarnya bila menyambut Ramadan ni. Suasananya berbeza. Perasaannya berbeza. Ketenangannya berbeza. Rindu laungan suara azan Imam Laiman yang memecah keheningan pagi dingin untuk mengejutkan orang bangun bersahur. Nadanya berbeza dengan azan subuh. Rindu mengikuti tadarus hingga tengah malam sepanjang bulan Ramadan. Rindu tengok budak-budak berebut-rebut makan moreh kat talam.

Bukan tak ada suasana tu di sini tapi feelnya berbeza. 10 malam pertama tarawikh memang masjid penuh. Surau penuh. Sampai ada yang komplain kenapa surau kecik sangat? Semangat tinggi. Tapi 10 malam terakhir yang tinggal biasanya orang yang selalu ke masjid dan orang yang dah tua-tua. Itulah kita.

Ada yang bulan puasa jadikan dirinya seorang yang lebih baik. Tapi ada yang jadi lebih teruk melakukan dosa dari bulan biasa. Ada yang bulan puasa membuka rezekinya dalam perniagaan. Ada yang sebaliknya. Ada yang bulan puasa perbelanjaan keluarganya naik 2-3 kali ganda. Ada yang berkurang perbelanjaannya.

Sebenarnya semuanya tergantung kepada kita sendiri. Kita yang mengarah hidup kita. Semua tu berlaku dalam kawalan kita. Aku memang banyak sangat dosa. Mungkin ini Ramadhan terakhir aku. Mudah-mudahan kita semua mengambil peluang ini sebaiknya. Maaf zahir dan batin. Wallahua’lam.



Nota kaki: Alhamdulillah, kerja-kerja luar dah hampir selesai. Sekarang dah banyak duduk di ofis.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Jul 25

Bismillahirrahmanirrahim


Semasa aku membesar dulu bulan Ramadhan memang berbeza dengan bulan-bulan lain. Salah satunya yang aku ingat bab makan dan minumlah:P Ketika itu memang tak ada peralatan elektrik sebab sebatang tiang kayu Lembaga Letrik Malaysia (LLM) pun takde lagi kat kampung aku. Jadi sejak kecik jarang sangat rasa minuman sejuk dari peti ais. Tapi kalau tiba Ramadhan abah selalu beli ais dari kedai. Fuh, nikmatnya tak terkata. Budak mana tak suka air ais? :)

Biasanya kedai tu amik ais dari pembekal orang Cina. Ais tu dimasukkan dalam habuk kayu supaya lambat cair. Masa tu mana ada ais kiub2 yang berlubang-lubang tu. Semuanya bongkah petak panjang-panjang. Kalau naik basikal boleh dilintangkan kat tempat duduk belakang. Sampai rumah dah kecil sebab cair :)

Kali ni aku update majlis sahabat baik aku yang kenal dari tingkatan satu, Saipi. Duduk asrama sama2, main bola sama2 cuma kelas je berbeza,hehe. Ni majlis bertandang kat Jalan Kebun,Klang.


Majlis pernikahan Saipi dan Dr Yuhanis diadakan di Kedah sana. Kat Sg Petani tak silap aku. Tapi aku tak dapat hadir masa tu. 2 minggu pastu baru buat majlis bertandang kat Klang ni. Majlis diadakan secara gotong royong. Ramai gak aku jumpa sahabat2 sekolah yang dah lama tak bersua muka. Tapi dah boleh tahu gemuk kurus sebab masing2 ada facebook,haha.

Sesi outdoor kitorang pergi kat Kota Kemuning je. Kitorang buat kat sebelah driving range golf tu. Kalau tak bernasib baik bola golf tu boleh kena kepala. Gila mencabar. Cuaca sedang cantik sebab matahari masa tu baru nak turun :)



Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun shoot sorang2 je tapi aku rasa enjoy je shoot sahabat aku sorang ni. Lagi2lah Saipi yang tersipu-sipu malu, nyampah aku, haha. Oh ya, aku nak kongsi gambar aku masa sekolah dulu ngan pengantin ni. Gambar ni diambil masa tingkatan satu. Ni gambar comel kitorang dulu.


Saipi duduk paling kanan dan sebelah dia tu orang paling comel dan poyo sekali antara ramai2 tu. Tak sangka dah besar boleh hensem sangat hensem, hahaha!! Sebelum aku tambah mengarut baik aku habiskan entry kali ni.

Tahniah untuk kedua mempelai yang dirai. Kepada Dr Yuhanis, jaga sahabat saya bebaik ye :) Saipi selalu pening kepala. Ubatnya tido je,hahaha. Semoga ikatan yang terbina dirahmati dan diredhai olehNya,amin.



Nota kaki : Aku masih lagi bizi kerja luar untuk program agihan ramadhan dan raya di seluruh Selangor. 7 hari lagi Ramadhan tiba!!




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Jul 19

Bismillahirrahmanirrahim



Malam tadi aku gi sebuah pasaraya berhampiran rumah aku. Agak terkejut bila lihat dah ada promosi iklan2 raya sekarang. Malah dah ramai orang jual kuih raya di kaki lima pasaraya tersebut. Agaknya bilalah diaorang buat kuih raya tu. Masa hari raya mungkin kita makan kuih yang dah lebih 3 bulan dibuat :)

Bagi aku tak sesuai rasanya nak cerita pasal raya sekarang mahupun datangkan mood raya. Lebih-lebih lagi bulan paling mulia hanya beberapa hari dari sekarang. Kita semua banyak dosa. Insyaallah kalau dengan azam dan usaha perbaiki diri bersungguh-sungguh Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lepas. Perbaiki juga hati dan akhlak kita yang suka lihat kesilapan dan kesalahan orang lain hingga lupa dosa dan kelemahan sendiri.

Kali ni aku update majlis perkahwinan pasangan Rahidah & Aizuddin yang diadakan di Telok Gong, Pelabuhan Klang. Majlis pernikahan diaorang diadakan kat masjid baru kat kampung tu,hehe.




Majlis persandingan diadakan di pada keesokkan harinya. Din ni memang sempoi orangnya. Tapi susah gila nak bergambar,haha. Tapi berlainan dengan Ida yang suka gila bergambar. Jadinya banyak kali gaklah Din kena marah ngan Ida suruh senyum dan amik gambar :) Majlis kat rumah Ida ni diadakan secara rewang. Paling best majlis tu ada kambing golek, hehe.

Untuk makluman Ida tak buat pelamin kat luar. Pelamin hanya disediakan untuk saudara mara dan sahabat terdekat je. Pelamin tu pun buat dalam bilik Ida yang besar untuk tujuan bergambar :)


Sesi outdoor kitorang buat kat dalam kampung tu gak. Sebab banyak gak lokasi best. Ada kebun kelapa, ada jeti dan parit2 besar :) Sapa penah kahwin mesti tahu penatnya sesi outdoor:) Camtu gak si Din yang kena paksa juga semasa outdoor, nasib tak pengsan, haha. Terima kasih kepada Ida dan Din yang berikan kerjasama yang baik sepanjang sesi tersebut.




Akhirnya, kepada yang berkahwin dah dekat Ramadhan ni kena berjaga-jaga. Maklumlah dah dekat Ramadhan ni banyak pula orang datang kat kaunter2 zakat tanya pasal ‘Kifarah puasa’, hehe. Terima kasih kepada seluruh keluarga pengantin. Terima kasih juga kepada Cot aka Khairul Hafiz yang membantu aku dalam majlis ni. Tak lama lagi dapatlah aku shoot sahabat baik aku sorang ni,hehe. Tahniah kepada Ida dan Din!!!



Nota kaki : 2-3 hari ni aku takde kat ofis. Terlibat dalam program agihan untuk fakir miskin di seluruh Selangor. Insyaallah aku cuba reply mail yang bertanya secepat mungkin.

Nota kaki 2 : Lagu kat atas ni adalah antara fav song aku. Aku suka dengar lagu2 Adele.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Jul 14
FJ & Umar, Penjara Kajang
icon1 Acaii Jawe | icon2 Outdoor, Wedding | icon4 07 14th, 2011| icon310 Comments »

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah dapat juga aku menulis kat blog ni lagi. Ada member tanya aku “Weh, ko kena tangkap ke masa perhimpunan BERSIH 2.0?“. Terkejut aku dia tanya camtu. “Kenapa cakap camtu?!“. “Aku nampak muka ko kat gambar bersih. Mana tau kena tangkap..” katanya selamba. Tergelak aku. Bukan apa, banyak lagi kerja aku nak buat kat rumah. Lagipun aku memang neutral dalam hal tersebut.

Aku sedang usaha nak jadi orang yang banyak bagi manfaat kat orang lain dalam semua segi. Aku cuba sumbangkan kemahiran dan ilmu yang aku miliki ke arah perkembangan Islam, negara dan keluarga aku. Alhamdulillah aku kerja di institusi zakat yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk uruskan rukun Islam zakat di negara kita. Amat penting bagi aku untuk kekal neutral supaya amanah ni dipegang kuat. Bukan untuk pihak kanan atau kiri tapi untuk pencipta aku semata.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan pasangan Faridah Juwita & Umar yang diadakan di Penjara Kajang. Ya betul, dalam penjara Kajang tu :) Layan dulu majlis nikah diaorang ni. Nanti sambung cerita.


linda1

linda1

linda1

linda1



Majlis pernikahan diaorang diadakan di masjid penjara Kajang. Besar dan cantik masjid ni. Keluarga Umar datang dari Sabah tau. Masa dah abis majlis tu banyak betul kuih muih dari Sabah diaorang bawak. Sedap-sedap plak tu. Memang tak pernah jumpa. Hish aku ni, orang cerita pasal nikah aku cerita pasal kuih plak, haha.

Majlis persandingan diadakan di dewan kat dalam kompleks penjara Kajang tu. Bertuah betul aku kenal pasangan FJ dan Umar ni. Sebelum ni tak pernah perfikir dapat masuk dalam ni :) Taknaklah masuk sebagai banduan, Nauzubillah. Diaorang ni satu tempat kerja kat dalam ni. Sweet je kan, hehe. Tapi umar ni je yang dalam unit beruniform. Semua orang panggil dia ‘Tuan’ tau :) FJ kat bahagian admin.

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1


Pertama kali juga aku shoot wedding bawah pedang tu. Rasa agak teruja gaklah masa amik gambar diaorang ni. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tetamu yang datang memang ramai. Dari cerita diaorang ni banyak gaklah aku tahu sikit2 pasal penjara Kajang ni. Antaranya sapa tahu diaorang dalam ni ada sekolah menengah dikalangan banduan, ada kelas kraft, menjahit, spa dan lain-lain yang dijual kepada orang luar.

Dahlah teruja shoot pengantin bawah pedang pastu tambah teruja dapat outdoor ngan kuda plak. Double teruja!!haha. Kitorang buat sesi outdoor kat dalam kawasan penjara Kajang tu je :) Tapi kitorang dapat guna kuda tu kejap je dan memang tak boleh nak naik sebab mood kuda tu tak baik (kuda pun ada mood). Pengawal kuda tu taknak amik risiko naikkan diaorang. Tak pasal2 jatuh kuda plak pengantin baru,hehe


linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1

linda1




Untuk akhirnya aku ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pasangan FJ dan Umar yang berikan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis nikah dan persandingan. Aku tak dapat update banyak lagi sebab sekarang terlalu banyak komitmen kerja perlu diselesaikan. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku yang kenal sejak aku tingkatan satu, Halil Hayon yang teman aku shoot majlis ni.



Nota kaki : Aku dah reply semua mail yang bertanya. Kalau masih ada harap dapat mail sekali lagi ye. Mohon maaf akupun tak tahu kenapa banyak email masuk spam mail kebelakangan ni :(



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe