Jan 25

Bismillahirramanirrahim


Masa dalam perjalanan ke Serting, Negeri Sembilan aku tersesat kat sebuah jalan kampung. Yela, ketika orang lain semua dah guna teknologi GPS aku masih lagi guna teknologi zaman dulu iaitu bertanya orang kat tepi jalan. Nasib baik ada orang, kalau tak mesti aku kena tengok arah matahari terbit atau kedudukan bintang, hehe. Lebih kurang camnilah perbualan kitorang ngan penunjuk jalan.

Sahabat aku : ” Pakcik, tumpang tanya. Mana arah ke pekan Bahau dari sini?
Pakcik tu : ” limo kanan satu kiri!!

Aku berpandangan sesama member aku tu sambil cuba fahamkan dia cakap. Pastu pakcik tu nampak kitorang pening. Diapun sambung..

Pakcik tuEkau nak poie pokan kan? hah, dopan ni limo kanan, satu kiri..

Barulah kitorang sedar rupanya maksud pakcik tu, lagi 5km belok ke kanan. Pastu terus lagi satu kilometer dan belok ke kiri. Waaaa, sepanjang hidup aku tak pernah jumpa bahasa singkat camtu, hehe. Member aku si Cot lagilah tak faham pape sebab orang ganu lagilah susah nak faham loghat pekat orang N9 ni :) layan sikit gambar ni.


Masa sampai kat Serting tu memang aku teringin nak shoot kat ladang getah. Sebab aku tak pernah lagi shoot dalam tu :) Tapi sekali masuk dalam ladang nak buat outdoor nyamuknya banyak gila. Gilapun tak banyak camtu. Kalau tak bergerak memang beratus nyamuk berkerumun. Tak sampai 15 minit kitorang dah keluar sebab sian tengok pengantin kena gigit nyamuk sampai merah2 tangannya :)

Pastu sambung outdoor kat taman berhampiran. Lenkali kalau aku nak shoot kat pokok getah aku akan pastikan bawak mesin sembur cam pekerja jabatan kesihatan nak halau nyamuk aedes tu, hoho. Layan sikit lagi gambar outdoor diaorang berdua ni.


Aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada keluarga Anne yang sudi melayan aku dan sahabat aku dengan baik selama dua hari kat sana. Aku juga doakan semoga rumahtangga yang dibina korang berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin. Minta maaf kat Anne sebab kena gigit nyamuk masa sesi outdoor tu :) Terima kasih juga kepada sahabat aku Cot yang menemani aku selama 2 hari kat sana.

Ni aku saja upload behind the scene yang Cot amik masa aku ngah shoot kat situ :) Sebab tu aku selalu kena marah ngan wife sebab baju asyik kotor je selepas balik shoot wedding, hua hua hua.



Nota kaki : Sekarang ada projek besar nak disiapkan kat ofis. Aku sangat suka sebab akan belajar benda baru lagi. Makin bertambah sibuk aku nampaknya, huhu.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Jan 22
Pengorbanan Ibu
icon1 Acaii Jawe | icon2 Personal | icon4 01 22nd, 2010| icon331 Comments »

Bismillahirramanirrahim



Sebenarnya hati aku sangat tersentuh melihat gambar seorang ibu yang melawat anaknya yang dituduh membunuh baru-baru ini. Benarlah kata orang “Kasih ibu sepanjang jalan, tak terkira sepanjang masa, hanya memberi dan tanpa harapkan balasan..” Sembilan bulan bukanlah tempoh yang singkat mengandungkan seorang anak. Kemudian berjuang melahirkannya dengan susah payah dan kesakitan. Selepas itu membesarkannya dengan bermacam dugaan hidup dan serba kekurangan.

Mana mungkin seorang ibu lupa semua itu. Bila kita kesedihan ibulah yang kita cari dulu. Semasa kecil bila kita merajuk, ibulah yang memujuk. Bila kita demam ibulah yang suapkan ubat dimulut kita dan jaga sampai kita sihat. Ibu juga lah yang masakkan makanan kegemaran kita bila kita teringin. Bila kita berjaya dalam pelajaran ibu menangis kegembiraan untuk kita. Ibu juga sentiasa doakan kejayaan kita dalam hidup setiap kali selesai solat-solatnya.

Gambar seorang ibu yang sempat aku shoot semasa majlis kahwin haritu.


Tapi sayangnya bila mereka dah dimamah usia dan cepat letih, bila rambut putih dah memenuhi kepala, bila kulit semakin berkedut, bila dah selalu mengadu tidak sihat dan bila dah takde teman untuk berbicara kadangkala kita tidak ambil peduli langsung tentang hidup mereka. Kita selalu lupa nak bertanya khabar mereka. Jauh sekali nak doakan kesihatan mereka. Kadangkala kita terlalu leka menguruskan hidup kita, keluarga kita dan harta kita.

Namun ramai ibu sebolehnya taknak menyusahkan anak2nya. Dia tetap bekorban untuk hidup dalam susah payah semata-mata taknak mengganggu hidup anaknya. Sampailah usia dah terlalu tua, bila tiada kudrat untuk bergerak dan selalu kesakitan barulah menagih simpati anak-anak untuk membantu. Mahu merasa pula kasih sayang anak-anak. Hanya untuk beberapa tahun sebelum meninggalkan dunia ni. Tetapi sayang anak-anaknya masih terlalu berkira untuk menjaga maupun mengeluarkan belanja ubat untuknya :’( Malah selalu kena tengking dan kena marah oleh anak2nya.

Hinggalah sampai akhir hayatnya, bila ibu dah tidak bernafas lagi barulah kita rindukan senyuman ibu, ketawa ibu, rindukan leteren ibu, rindukan masakan ibu, rindu wajah ibu dan rindukan segala-galanya tentang ibu. Masa tu barulah kita sedar kita langsung tak termampu pun nak balas segala jasa ibu sejak dari melahirkan hinggalah besarkan kita. Ketika itu, walau kita mampu bagi harta yang banyak kepada ibupun sudah tidak bererti apa2 lagi kerana ibu dah pergi selama-lamanya. Jadi hargailah mereka sementara mereka masih hidup ni. Wallahua’lam.



Nota kaki : Maaflah aku melalut pagi2 ni. Entry majlis kat serting tu nanti aku upload minggu depan ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Jan 20

Bismillahirramanirrahim


Bila dah jumpa ramai pasangan pengantin ni kan, kekadang aku dah boleh baca karakter pasangan tersebut, ceewaahh. Contohnya ada pasangan yang mungkin dah lama kenal dan kurang malu dengan pasangannya. Ada juga pasangan yang masih malu-malu dengan pasangan dia. Pasangan kali ni Anne dan Halim memang masuk kategori tu lah aku tengok, hehe. Dua-dua masih malu antara satu dengan lain :)

Jadi memang aku kena sesuaikan diri jugak lah masa nak amik gambar supaya pengantin selesa ketika berada di depan kamera :) Anne ni merupakan kawan baik adik perempuan aku masa belajar dulu. Majlis ni diadakan di Felda Haji Alias, Bandar Baru Serting. Ni kali kedua aku amik gambar kat Negeri Sembilan :) Memang pekat gila loghat kat sini. Sampai pembantu aku Cot, orang ganu susah nak faham, hahaha.

Layan sedikit majlis akad nikah diaorang yang di adakan kat rumah. Kawasan untuk bergerak memang agak terbatas sebab ramai tetamu dari belah Halim di Johor turut hadir ke majlis ni :)


Pada belah malam tu ada majlis malam berinai. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah masa majlis potong pulut kuning tu. Kat sini diaorang macam ada satu game lah :) masa nak suap kat suami isteri tu pasangan yang nak kena suap tu kena mengelak dari makan. Pasangan lagi satu kena cari cara nak masukkan, tak kisahlah sampai kena hidung ke, muka ke janji masuk :)

Nasib baik diorang tak sampai kejar2 nak masukkan dalam mulut tu. Kalau tak penat gak aku nak amik gambar sambil berlari, haha. Inilah yang aku suka bila pergi ke tempat orang. Jumpa perkara yang tak pernah jumpa kat tempat aku. Ekau tengoklah sendiri camno kek bawah ni.


Aku sedang berusaha siapkan semua album client2 aku sekarang. Harap semua dapat bersabar ye. Insyaallah, aku akan buat yang terbaik untuk semua. Setiap hari dari pukul 8 malam sampai 12 malam aku buat album. Penat balik kerjapun tak hilang lagi masa tu. Hujung minggu dah kena shoot wedding lain lagi. Memang takde life sangat buat masa ni. Tapi takpe, aku suka cabaran camni. Buat aku bertambah rajin dan tak sempat nak bermalasan, ceewaahh.

Lepaih ni den upload pulak gamba majlis sanding ngan outdoor diaorang :) den lupo nak ceghito plak kek entry ni pasal pengalaman den nak poie tompek ni..tunggu jap laie yo.


Nota kaki : Walaupun dah bizi gila tapi apesal aku masih gemuk lagi ni, hahaha


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Jan 18
Cerita Bunga Manggar :)
icon1 Acaii Jawe | icon2 Nostalgia, Wedding | icon4 01 18th, 2010| icon321 Comments »

Bismillahirramanirrahim


Teaser wedding kat Felda Raja Alias, Serting Negeri Sembilan :)


Masa kecik dulu antara perkara yang aku suka kalau pergi kenduri kahwin ialah berebut bunga manggar. Ingat lagi selepas pengantin berarak tu budak2 semua kejar kepala betik yang taruk bunga manggar tu. Budak yang lari tu dahlah lari sungguh2 sebab kedekut takmo bagi orang lain. Kitorang ni yang kejar pun bersungguh gak, siap lompat parit dan lalu kebun kelapa sawit sampailah dapat budak tu, hehe.

Akhirnya dapatlah sorang satu atau dua bunga manggar. Kalau terer boleh dapat lagi banyaklah. Masa balik ngan abah naik motor tu kibar2 lah bunga manggar tu kat orang lain sebagai tanda aku yang dapat bunga tu, haha. Sekarang orang dah tak layanpun benda tu. Benda tu dibuang je selepas guna. Budak2 yang ikut rombongan pengantin kekadang siap main PSP lagi kat tangan.

Aku suka majlis kahwin yang masih mengekalkan adat melayu. Bagi aku asalkan ianya tidak menyusahkan atau menyalahi agama sewajarnya ia dipelihara untuk kekalkan warisan nenek moyang kita. Satu hari nanti, majlis kahwin orang melayu mungkin takde bezanya dengan majlis kahwin orang putih. Mungkin anak-anak kita kahwin nanti, kita hanya duduk di satu sudut melihat anak-anak muda berciuman menari2 kat majlis kahwin. Wallahua’lam.


Nota kaki : Tunggu full entry majlis kahwin kat Felda ni ye. Ada perkara menarik aku nak cerita nanti :) Aku sangat keletihan sekarang.

Nota kaki 2 : Aku dah reply semua email yang bertanya. Sapa2 yang aku masih belum reply bagitau ye. Aku takut masuk spam mail atau dah terdelete bersama spam mail tu. Terima kasih.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Jan 13

Bismillahirramanirrahim



Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi aku jumpa seorang bapa bersama 2 orang anaknya menaiki motor untuk ke sekolah. Dengan usianya yang sudah tua dan motornya yang sudah usang, si bapa tadi berusaha mengawal motornya melalui celah2 kereta. Tiba-tiba teringat dulu abah hantar aku adik beradik ke sekolah menaiki motor juga. Dengan kesejukan pagi, abah hantar kitorang 5km untuk ke sekolah terdekat.

Kalau hujan kekadang abah singgah bawah jambatan sungai untuk pasang plastik besar yang tutup aku dan adik aku. Hujung plastik tu abah ikat kat leher supaya tak terbang. Pastu abah sambung perjalanan takut kitorang sampai lewat ke sekolah. Abis abah basah kuyup dan mukanya kena hujan. Bila tengok orang tua naik motor teringat abah dulu2 :( Pagi tadi aku baca akhbar ada anak yang tinggalkan bapanya di tepi jalan sebab tak sanggup menjaganya, Subhanallah. Apa nak jadilah ngan manusia sekarang.

Layan sikit sambungan gambar2 sekitar majlis persandingan Lini dan Man di Bukit Kapar aritu.


Masa akhir Disember dan awal Januari aritu kekadang petang mesti hujan. Ramai juga pasangan pengantin yang tak dapat keluar outdoor sebab hujan lebat. Petang selepas selesai majlis tu, memang hujan turun dengan lebat kat Bukit Kapar, Klang. Oleh kerana dah lewat kitorang buat outdoor kat depan rumah Lini je kat kebun sayur, hehe. Oleh kerana buat depan rumah je, kalau ada tetamu datang diaorang boleh jerit je panggil kitorang, hehe.


Untuk akhirnya terima kasih kepada keluarga Lini yang memberikan layanan yang baik sepanjang aku jalankan tugas. Aku layan cakap jawe je ngan diaorang semua, hehe. Buat kedua mempelai aku doakan semoga hubungan perkahwinan ni berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Maaf tak dapat shoot bertandang sebab aku dah ada job lain masa tu :)

Aku juga doakan semoga anak yang tinggalkan bapanya di tepi jalan tu insaf dan dapat jaga bapanya yang dah tua tu. Bila dia buat camtu, satu hari nanti mungkin anak2 dia akan buat begitu juga kat dia. Perancangan Allah memang kita takkan pernah tahu. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tiap-tiap minggu aku shoot dah jarang balik kampung, huhu.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Jan 11

Bismillahirramanirrahim



Kali ni aku nak update majlis pernikahan Lini & Man kat Bukit Kapar, Klang. Diaorang ni nikah selepas solat jumaat. Jadi aku sengaja datang awal untuk solat jumaat di masjid tu. Masa aku sampai dalam pukul 12:30 tengahari aku tengok masjid dah hampir penuh. Aku check balik jam aku takut2 jam aku rosak. Rupanya memang orang kampung Bukit Kapar ni ramai yang datang awal ke masjid, alhamdulillah.

Dalam 15 minit sebelum azan aku tengok masjid dah penuh. Kalau kat tempat lain kekadang khutbah dah nak abis baru datang masjid. Tiba2 rasa seronok je berada dalam suasana camtu. Sebenarnya persekitaran juga secara tak langsung mempengaruhi tingkah laku dan akhlak kita. Semoga benda tu berterusan sampai bila2, amin. Layan sikit majlis pernikahan diaorang ni.


Oh ya, untuk pengetahuan semua kat Selangor ni dah tak guna mas kahwin RM80 tu. Maksudnya, kalau hantaran tu RM8,000 maka akan di sebut “Aku terima nikah …. dengan maskahwin nya RM8,000 tunai..” Jadi hati2 kalau nak taruk cek selepas ni sebab cek tu dikira hutang. Mesti segan kalau imam cakap “dengan mas kahwinnya RM15,000 hutang...” hehe. Penyelesaiannya guna bank draft ataupun tunai :)

Kalau bayar separuh2 contoh RM4,000 tunai dan lagi RM4,000 guna cek maka yang guna cek tu dikira sebagai hutang..:) Aku dah confirm benda ni dengan 2-3 orang pendaftar nikah termasuk lah imam yang aku dah shoot beberapa kali ni,hehe. Pandai-pandailah nanti pasangan yang nak kahwin ye.


Nota kaki : Aku sengaja guna tone kaler camni sekadar mencuba. Nantikan majlis sanding dan outdoor diaorang nanti ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com