Majlis Pertunangan Dhia & Zaffa

Bismillahirrahmanirrahim,

Ini adalah job pertama aku selepas belajar dari beberapa ‘tag along’. Terima kasih kepada Dhia yang beri kepercayaan kat aku walaupun aku belum ada portfolio lengkap dan pengalaman amik gambar. Aku akan ingat sampai bila2 pengalaman tersebut. Dhia ni merupakan sahabat yang aku kenal melalui blog. Tetapi yang menariknya aku tak pernah jumpa dia walau dah lebih 3 tahun kenal di alam maya..:) Hanya jumpa pada hari pertunangan dia kat Rawang tu je.

Tapi alhamdulillah selepas jumpa tu rasa macam dah lama kenal je. Dia sangat peramah dan cantik orangnya. Berborak sakan macam dah kenal lama je. Dia buat aku rasa selesa untuk membuat kerja-kerja aku. Aku suka sangat kalau dia senyum dan muka dia memang mesra kamera lah,hihi. Oleh kerana ni merupakan job pertama, aku rasa masih banyak perkara yang aku kena perbaiki. Aku sentiasa tulis benda-benda yang aku pelajari supaya aku dapat sentiasa improve pada masa akan datang..:)


Oleh kerana aku takde pengalaman aku ajak member aku Ajey untuk ikut aku shoot majlis tersebut. Diapun baru belajar2 amik gambar macam aku juga;) jadi sama-sama belajar lah,hehe. Selain tu bleh jadi back-up takut2 kamera aku jammed ke time majlis tak ke haru biru muka aku kalau tu terjadi,hahaha. Ni gambar aku ngan ajey masa balik dari job tersebut.

Wassalam.

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tag along bersama sifu

Bismillahirrahmanirrahim,

Salah satu cara paling berkesan bagi photographer yang baru berjinak2 dengan wedding photographer ialah dengan cara “Tag Along” dengan photographer yang lebih berpengalaman. Bila ada kesempatan aku memang tak lepaskan peluang seperti itu. Dengan cara tu kita dapat belajar flow diaorang cover majlis, cara PR diarog, dan setting2 kamera yang biasa diaorg pakai.

Selepas sebulan aku beli beli kamera, baru aku dapat beli flash SB600. Pastu aku terus ikut Janiee shoot pasangan pengantin kat Simpang Balak, Kajang. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah budaya angkat pengantin kat majlis tersebut. Kat tempat aku memang tak pernah jumpa camtu. Jadi aku agak jakun skitlah,hahaha. Pastu kitorang shoot outdoor pasangan tu kat putrajaya. Aku tak dapat amik gambar byk sebab aku takde lens yang sesuai cam diaorg,huhu..aku cuma ada 50mm je masa tu..:P


Sehari sebelum tu aku follow sifu aku Peveyhack kat Sungai Manggis, Banting. Dia seorang yang berbakat dalam photography dan aku memang minat style dia amik gambar :) mybe aku kahwin nnti nak amik dia,hehe. Lagipun setiap minggu aku jumpa dia kat TT Bangi. Aku harap satu hari nanti dapat hasilkan gambar2 berkualiti cam dia..


Satu perkara yang kena jaga bila tag along ni ialah menghormati Official Photographer (OP) yang cover majlis tu. Sebab mereka menjalankan tugas dan dibayar untuk itu. Sebab tu aku selalu hati2 bila nak amik gambar supaya aku tak menghalang laluan OP dan aku utamakan dia dulu amik gambar2 majlis. Dengan tag along ni aku dapat jimatkan dan skip beberapa tahun belajar shoot gambar pengantin sebab aku bleh terus apply cara diarog dalam majlis yang aku cover. Kalau aku dah terer sok aku akan cuba bawak tag along utk newbie2 plak,hehe..

Wassalam.

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Perkahwinan Halil & Nana

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini adalah perkahwinan sahabat baik aku Halil & Nana yang melangsungkan perkahwinan tahun lepas kat Raub Pahang. Masa aku amik gambar2 ni aku hanya ada satu lens 50mm 1.8 dan masih belum ada flash. OP dia adalah Sapex dari Candid Syndrome. Satu pengalaman menarik sebab aku boleh tengok secara langsung camne orang-orang profesional bekerja. Aku harap satu hari nanti aku boleh amik gambar2 hebat macam Sapex ..:)


Sekarang ni Nana dah pregnant, alhamdulillah. Aku turut gembira dengar khabar tu. Aku je tak kahwin2 lagi,huhu. Semoga semuanya selamat dan Halil dan Nana dapat jadi seorang ayah yang baik,amin. Untuk Halil – weeiii kalau nak dapat anak kedua tunggulah aku dulu,hahaha..:)

Wassalam.

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Permulaan Baru 2009

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah aku dah berpindah ke blog aku sendiri. Memang dah lama aku nak berblog kat domain sendiri, tapi kesibukan kerja memang selalu menghalang. Satu sebab yang menguatkan azam aku nak pindah ialah setelah aku tahu fotopages yang aku guna untuk share gambar-gambar sebelum ni adalah “Made in Israel“. Sehingga aku tulis entry ni dah lebih 1000 orang Palestin mati dalam serangan Israel kat Gaza. Aku tak sanggup nak terus menyokong produk yang terang2 dari mereka.

Sebenarnya aku pernah berblog dulu. Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tutup blog tersebut. Insyaallah tahun 2009 akan membawa beberapa perubahan dalam diri dan kerjaya aku. emm, Ogos tahun 2008 lepas aku beli DSLR sendiri :). Sejak tu aku terus belajar dari kengkawan terutamanya budak-budak forum dan otai2 yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni.

Dalam tempoh aku belajar tu aku juga diberi kepercayaan oleh member-member aku untuk mengambil gambar mereka bertunang dan kahwin. Perkara tu secara tak langsung menambah keyakinan aku untuk berkarya dalam bidang yang aku minat ni. Selepas ni aku akan gunakan platform ni nak update gambar-gambar terbaru yang aku amik :) terima kasih sudi singgah sini.

P/s : Aku masih dalam proses perbaiki layout blog ni. Kalau time browse tu tiba2 tunggang langgang tu faham2lah ye :) aku juga akan upload gambar-gambar kat fotopages tu kat sini kalau berkesempatan.

Wassalam.