Pernikahan Raihan & Akmal, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Antara kelebihan menjadi photographer yang aku suka ialah dapat mendengar banyak khutbah nikah setiap minggu :) Tanpa disedari, intipati dalam khutbah nikah sebenarnya sangat bermakna kepada pasangan yang baru mengikat janji bersama maupun kepada pasangan yang telah lama berkahwin:) Sebab tu dari kaca mata Islam, akad nikah sebenarnya jauh lebih penting daripada kenduri itu sendiri.

Ini kerana tatkala lafaz ijab dan qabul sempurna, dalam berapa saat, status bujang tadi telah berubah dari segi syarak. Bermulalah layar bahtera rumahtangga yang dipacu oleh sang suami dan dibantu oleh isteri. Mereka lebih mudah mendapat redha Allah dan mudah memasuki syurga sekiranya keduanya mempunyai ilmu agama serta matlamat yang sama. Menjadi tanggungjawab bersama memastikan rumahtangga sentiasa disemai dan dibajai supaya mekar dan mencapai matlamat perkahwinan iaitu mawaddah wa rahmah (berkasih sayang).

Aku upload dulu majlis pernikahan Raihan & Akmal yang dilangsungkan di Shah Alam :

an1

an2

an3

an4

an6

an5

an7

an8

an9

an10

an11

an12

an13

an14

an15

an19

an20

an17

an18

an21

an22



Pada hari tersebut sepanjang hari hujan turun dari pagi sampai malam. Jadi aku tak dapat buat sesi outdoor selepas majlis walimah tersebut. Insyaallah aku akan upload selepas post-wedding mereka nanti :)

Tahniah kepada Raihan & Akmal atas ikatan yang terbina. Mari kita doakan semoga pasangan ini berada dalam keberkatan Allah sepanjang masa. Kena banyak bersabar ye An sebab berjauhan buat masa ni, hehe :) Terima kasih juga kepada sahabat baik aku yang hensem Halim Wahid, Saipi dan Kenit Lee sebab follow aku sepanjang majlis berlangsung :)




Nota kaki : Untuk makluman bulan Jun dan Julai 2011 ni aku dah tak available lagi. Terima kasih kepada yang sudi bertanya. Aku hargainya :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Wafatnya Rasulullah tercinta

Bismillahirrahmanirrahim


Peristiwa Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir (khutbah wida’) ketika musim haji tahun 10 Hijrah adalah detik penting dan signifikan dalam perjuangan menegakkan agama Islam. Suasana kota mekah pada masa tu suram dan ramai sahabat menangis sehingga jatuh pengsan bila Abu Bakar menyatakan mungkin itu tahun perpisahan dengan Rasulullah kerana agama Islam telah sempurna seperti isi kandungan khutbah Rasulullah tersebut.

teasersue

Teaser wedding Sue & Fadzly



Pada hari terakhir hayat baginda iaitu pada subuh hari Isnin, sakit baginda semakin tenat. Bilal yang selesai mengazankan subuh datang ke rumah Rasulullah kerana beginda tidak hadir mengimamkan solat subuh tersebut. Rasulullah menyuruh Bilal memberitahu Abu Bakar supaya mengimami solat Subuh tersebut menggantikan baginda. Pada masa itu semua tahu bahawa hayat Rasul tercinta kekasih Allah ini semakin hampir kepada kewafatannya. Ramai sahabat-sahabat nabi menangis dengan keras dan bersedih hingga ada yang jatuh pengsan.

Ali r.a antara orang yang berada di sisi Rasulullah sebelum wafatnya melihat Rasulullah menggerakkan bibirnya dua kali. Beliau merapatkan telinganya untuk mendengar apa yang diperkatakan baginda. Ali r.a mendengar Rasulullah berkata “Ummati Ummati” yang bermaksud “Umatku, Umatku”. Bukan keluarga, isteri, sahabat ataupun harta yang dirisaukan. Betapa Rasulullah menyintai kita semua hingga akhir hayat baginda.

Bilal bin Rabah tidak pernah azan selama beberapa bulan sebab terlalu sedih dengan kewafatan baginda. Ramai para sahabat merayu dan memintanya supaya melaungkan azan semula. Akhirnya pada satu subuh yang hening suara bilal memecah kesunyian pagi. Suaranya sayu dan terputus-putus sebab menangis ketika melaungkan azan. Hampir semua penduduk terkejut dan ada yang menyangka Rasulullah hidup kembali ketika itu. Begitu rindunya mereka terhadap Rasulullah ;'(

Ramai yang tahu hari Valentine disambut pada minggu hadapan. Tetapi berapa ramai yang tahu sehari selepas tu adalah hari lahir kekasih Allah ini. Walaupun ada yang mengatakan bidaah menyambutnya, tetapi kalau sekadar kita banyakkan selawat, mengingati perjuangan Rasulullah tercinta ia mungkin dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan bahawa kitalah yang Rasululullah sebut dalam detik terakhir nyawa Muhammad Rasulullah sebelum baginda meninggalkan kita selama-lamanya. Wallahua’lam.




Nota kaki : Kebanyakkan ulama’ sekarang sama ada di dalam dan luar negara mengharamkan menyambut hari Valentine walau apa pun alasannya. Ada baiknya kita yang kurang ilmu ni mengambil pandangan tersebut. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Berhenti Sejenak

Bismillahirrahmanirrahim


Kebelakangan ni aku agak sibuk dengan urusan perpindahan ofis. Banyak benda kena uruskan. Ada projek dan kerja-kerja ofis yang masih pending. Begitu juga dengan kerja sampingan setiap hujung minggu yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Semuanya menuntut komitmen tanpa alasan dari aku. Alhamdulillah setakat ni semua diuruskan dengan tenang dan bersemangat!!

Teaser wedding Amin & Siti, Cheras



Jadi manusia ni memang jarang berpuas hati dalam hidup. Kita sentiasa letakkan matlamat baru yang lebih tinggi ketika hampir mencapai impian lama. Kita yang cari kesibukan tersebut. Sebab tu Muadz bin Jabal RA selalu mengingatkan sahabat lain ketika sibuk supaya “berhenti duduk sejenak dan ingat Allah”. Nilai semula sejauh mana kondisi iman kita. Trendnya semakin bertambah atau berkurang.

Allah dah bagi rezeki kesihatan, rezeki pasangan hidup yang baik, rezeki pekerjaan, rezeki iman dan rezeki lain yang tidak terhitung banyaknya. Ironinya kita menuntut lebih banyak sedangkan iman kita semakin lama semakin berkurang . Malu sungguh dengan Allah. Ayuh, mari kita cari masa untuk perbaharui iman ditengah kesibukan dan hiruk pikuk kehidupan seharian. Wallahua’lam.




Nota kaki : Aku sedaya upaya reply mail yang bertanya. Mohon maaf atas kelewatan. Aku takde PC lagi sekarang. Agak sukar nak reply panjang melalui phone. Ni pun dekat setahun aku taip :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Tazkirah : Istighfar

Bismillahirrahmanirrahim

Teaser wedding Ain & Zaide, Kuala Lumpur



Ada satu kisah dan iktibar yang diceritakan tentang seorang Mujtahid agung iaitu Imam Hassan al-Basri (rahimahullah). Beliau adalah seorang tabi’n yang meninggal pada tahun 110 Hijrah. Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Imam Hassan al-Basri dan mengadu tentang kemarau yang berlaku di kampung mereka. Lalu beliau menyuruh lelaki tersebut supaya banyakkan beristighfar kepada Allah SWT.

Pada hari yang lain seorang lelaki lain mengadu tentang kefakiran dan kemiskinannya, lalu beliau menyuruhnya beristighfar. Kemudian datang lelaki yang lain mengadu tentang kebunnya tidak subur, maka beliau juga menyuruhnya beristighfar.

Kesimpulannya, kita memang sering melakukan dosa kepada Allah tanpa kita sedar. Kadangkala ia menjadi penghalang rahmat Allah nak sampai kepada kita. Menjadi penghalang rezeki Allah nak datang kepada kita. Salah satu cara nak sucikan jiwa dan hati adalah dengan banyak memohon ampun kepada Allah atas doasa-dosa lepas iaitu dengan cara beristighfar. Sama-sama kita usaha. Wallahua’lam.




Nota kaki : Atas kesibukan di kantor sekarang aku masih belum dapat update full entry majlis lepas. Tunggu full entry mereka dan majlis di atas ni next week. Tunggu portal baru Lembaga Zakat Selangor minggu depan juga :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blo
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Cerita tentang zakat & fidyah

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Umair & Fathiyyah, Kajang


Sebagai memenuhi tanggungjawab aku sebagai salah seorang yang bertugas di institusi zakat, aku nak beri beberapa info yang mungkin berguna kepada sahabat2 semua yang masuk sini. Kalau ada yang tak jelas boleh tanya aku ye :)

  1. ZAKAT FITRAH
  2. Zakat fitrah dikira berdasarkan berat makanan asasi (beras) satu gantang baghdad (2.75kg). Kadarnya di Selangor RM7.00. Seeloknya kita kira jumlah sebenar berdasarkan beras yang kita makan. Contohnya Kita biasa beli beras wangi 10kg = RM40. Jadi kadar zakat fitrah sebenar satu kepala adalah RM10.80 (2.75kg x RM4.00).

    Tetapi kebanyakkan institusi zakat mempunyai resit mengikut gandaan (eg :RM7.00) bagi memudahkan urusan rekod dan pemantauan jumlah umat Islam yang membayar zakat fitrah. Jadi mungkin boleh bayar 2 resit sekiranya berniat untuk lebihkan bayaran. Kalau seorang manusia tu hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal walau sesaatpun dan mampu makan pada siang syawal, maka wajib bayar zakat fitrah.

  3. FIDYAH
  4. Kadar fidyah pula ialah 1 cupak beras. 1 gantang = 4 cupak. Jadi kadar fidyah adalah sebanyak RM1.75. Fidyah seeloknya ditukarkan kepada nilai beras yang setara dan diberikan kepada fakir miskin. Kiraan fidyah : [Bilangan hari tinggal puasa X RM1.75]. Kalau melangkau tahun kena doublekan nilai fidyah tersebut. Tetapi jumlah puasa yang wajib qada’ tetap sama.

  5. FIDYAH UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU BADAN
  6. Kalau tidak berpuasa sebab takut menjejaskan kandungan/anak maka wajib qada’ dan bayar fidyah. Kalau tidak berpuasa sebab takut mudharat kepada dirinya sendiri maka wajib untuk qada’ puasa sahaja.

  7. FIDYAH UNTUK ORANG TUA
  8. Sekiranya orang tua tersebut memang tidak mampu berpuasa atau disahkan doktor tidak boleh berpuasa maka mereka tidak wajib puasa dan hanya perlu membayar fidyah. Seeloknya disegerakan supaya tidak membebankan pada kemudian hari.


Dengan kadatangan bulan Ramadhan ini maknanya peluang untuk melipatgandakan pahala amalan terbuka luas. Setiap amalan di bulan ramadhan akan digandakan pahala amalannya. Sebab tu kita kena berusaha menambahkan amalan kita berbanding bulan-bulan biasa. Ini termasuklah dengan melaksanakan zakat-zakat lain di bulan ini, memperbanyak sedekah jariah, membaca al-Quran dll di samping solat2 sunat Tarawikh pada setiap malam Ramadhan.

Bulan Ramadhan ni cuma datang sekali je dalam setahun. Cubalah korbankan sedikit masa rehat, masa tidur dan masa lapang untuk meraikan kemuliaan Ramadhan ini. Mungkin dengan latihan-latihan begitu dan rahmat Allah kita bakal keluar dari bulan ni dengan menjadi insan yang lebih baik dari semua perkara, dihapuskan Allah dosa2 lepas dan sekiranya ditakdirkan mati, akan mati dengan mati yang baik dalam keadaan hampir dengan Allah. Insyaallah.


Nota kaki : Kalau ada soalan apa2 berkenaan zakat dan fidyah boleh tanya aku kat rungan komen ye. Insyaallah aku cuba jawab dan bertanyakan kepada orang yang lebih pakar di sini sekiranya aku kurang arif tentang itu. Terima kasih.


Wallahua’lam.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Naluri cinta manusia

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Dr Mastura & Dr Akasyah, Kuala Lumpur


Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau



Perasaan cinta itu memang merupakan satu fitrah manusia. Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua. Allah telah menganugerahkan manusia naluri tersebut untuk meneruskan keturunan manusia. Malangnya ramai remaja sekarang hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang cinta tersebut.

Sebenarnya cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Sebab itu Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan untuk mengejar kebahagiaan abadi di akhirat kelak.

Kalau konsep mudah ini difahami oleh semua, insyaallah gejala pembuangan bayi dan perkara tidak baik dalam masyarakat tidak berlaku. Walaupun nafsu kadangkala menguasai diri tatkala iman sangat nipis di dada, tetapi dengan sedikit ilmu dalam diri kita akan cepat sedar perkara yang dilakukan betul ataupun tidak. Sebab tu kita kena sentiasa mohon keampuanan dari Allah sepanjang masa. Manalah tahu hari ini merupakan hari terakhir kita hidup di dunia.

Wallahua’lam.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita hampir Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Fathiyyah & Umair, Gombak


Alhamdulillah, Ramadhan hampir tiba. Ramai juga antara kita yang menyambut Ramadhan pertama kali bersama insan baru dalam hidupnya tahun ni. Termasuklah sahabat yang aku shoot minggu lepas ni :) Ada juga yang menyambut Ramadhan dan Syawal terakhir sebagai ‘orang bujang’ sebelum mendirikan rumah tangga selepas ini. Itulah antara saat-saat yang akan dikenang sepanjang hidup kita.

Biasanya pada bulan inilah timbul keinginan untuk kembali kepada sifat hamba yang menjadi fitrah kita semua. Ustaz aku dulu cakap ada 2 cara kita nak jadikan bulan Tarbiyyah ini sebagai bulan memperbaiki diri. Pertama dengan ilmu dan kedua dengan bermujahadah (melawan nafsu). Masa ni lah kita dapat nilai betapa besar nafsu kita tanpa kehadiran faktor ketiga iaitu syaitan. Insyaallah minggu ni merupakan minggu terakhir aku shoot majlis walimah sebelum berehat panjang sempena Ramadhan. Lepas raya nanti baru sambung ambil gambar kahwin :)


Wallahua’lam.



Nota kaki : Aku cuba style baru plak display gambar dalam blog ni. Kalau tak ok bagitau ye sahabat2 :)

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Perancangan Allah lebih baik

Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Najwa & Azrul, Banting


Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.

Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah.

Wallahua’lam.



Nota kaki : Takziah kepada sahabat yang kematian anaknya berusia 1 tahun 6 bulan semalam. Takziah juga kepada sahabat yang kehilangan ayahnya pagi tadi. Semoga Allah tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com