Bismillahirrahmanirrahim

Teaser wedding Ain & Zaide, Kuala Lumpur



Ada satu kisah dan iktibar yang diceritakan tentang seorang Mujtahid agung iaitu Imam Hassan al-Basri (rahimahullah). Beliau adalah seorang tabi’n yang meninggal pada tahun 110 Hijrah. Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Imam Hassan al-Basri dan mengadu tentang kemarau yang berlaku di kampung mereka. Lalu beliau menyuruh lelaki tersebut supaya banyakkan beristighfar kepada Allah SWT.

Pada hari yang lain seorang lelaki lain mengadu tentang kefakiran dan kemiskinannya, lalu beliau menyuruhnya beristighfar. Kemudian datang lelaki yang lain mengadu tentang kebunnya tidak subur, maka beliau juga menyuruhnya beristighfar.

Kesimpulannya, kita memang sering melakukan dosa kepada Allah tanpa kita sedar. Kadangkala ia menjadi penghalang rahmat Allah nak sampai kepada kita. Menjadi penghalang rezeki Allah nak datang kepada kita. Salah satu cara nak sucikan jiwa dan hati adalah dengan banyak memohon ampun kepada Allah atas doasa-dosa lepas iaitu dengan cara beristighfar. Sama-sama kita usaha. Wallahua’lam.




Nota kaki : Atas kesibukan di kantor sekarang aku masih belum dapat update full entry majlis lepas. Tunggu full entry mereka dan majlis di atas ni next week. Tunggu portal baru Lembaga Zakat Selangor minggu depan juga :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blo
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments
aimi says:

salam bro,selalu je ke blog ni,tp baru je nak cmmnt.hehe.sy kwn fathiyyah di cairo ni.

tapi tiba2 haritu dtg blog ni, lorh,rupanya bro ada shoot utk wedding jiran sy rupanya.jiran selang satu rumah je kot-kak nona.sy pun tak tahu yg dia kahwin.

tazkirah ni ada ustazah hafazan sy cerita waktu dlm kelas. waktu tu sedang hafaz surah nuh.surah 71, ayat 10-12.nanti boleh lah try tgk. memang the key utk success ialah sentiasa sedar kita ini hamba dan mohon lah ampun selalu kpd allah.

anyways,keep up the good job,bro!

aimi – Salam aimi, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di sini ye :) Alahai, keciknya dunia ni,hehe. Pusing2 kenal sahabat2 yang sama. Laaa, kalau camtu memang kenal rapat gaklah sbb jiran dekat je ngan rumah,hehe. Aah, kekadang sepanjang hidup kita ni kekadang dah beberapa kali dengar tazkirah yang sama. Tapi nama pun manusia, selalu terlupa :) Sebab tu peringatan camni kena selalu diulang kan? :) Terima kasih atas sokongan ye aimi.

ciksab says:

daripada abdullah bin abas,rasullullah bersabda:

sesiapa yg sentiasa beristighfar,maka Allah akan menyediakan jalan keluar bagi setiap kesusahan.Allah juga menyediakan baginya penyelesaian bagi stiap keresahannya.Allah juga memberikan kepadanya rezeki daripada sumber yg tidak disangka-sangka.

~riwayat abu daud

moga bro acai makin sukses dalam bidang photography ni.
(hehe,selalu sy jadi silent reader je :) )

Ciksab – Salam cik sab, terima kasih banyak2 atas perkongsian tersebut. Saya sangat hargainya :) Nanti kalau da lagi petikan2 hadis atau ayat quran yang boleh dikongsi bersama bolehlah tulis kat sini ye. Untuk jadi peringatan kepada kita dan orang yang baca di sini. Terima kasih :)

ciksab says:

aripada abdullah bin abas,rasullullah bersabda:

sesiapa yg sentiasa beristighfar,maka Allah akan menyediakan jalan keluar bagi setiap kesusahan.Allah juga menyediakan baginya penyelesaian bagi stiap keresahannya.Allah juga memberikan kepadanya rezeki daripada sumber yg tidak disangka-sangka.

~riwayat abu daud

moga bro acai makin sukses dalam bidang photography ni.
(hehe,selalu sy jadi silent reader je :) )

din says:

Salam cai,
terima kasih cai atas peringatan ni cai. walaupun jauh di mata, terasa dekat di hati.. chewah!! hehee..
syukur atas segala limpah rahmatNya dan syukur punya sahabat seperti ko cai.. :)

Salam din, sama2 din. Yok sama2 ingat mengingati ye :) kalau ada salah silap aku ko tolonglah tunjuk2kan ye din :) akupun bangga ada sahabar cam ko din.

SisHoney says:

salam cai,

thanks cai atas peringatan ini.hargai sgt2.kita kena saling ingat mengingati di kalangan teman-teman.mujur ada kemudahan internet yg sedikit sebanyak meredakan gelodak di jiwa dgn kawan2 terbaik yg pernah sis ada.semoga sis cepat “keluar” dari opis skang:(

Salam sis,

Sama2 sis. Sama2 kita saling ingat mengingati antara satu dengan lain. Insyaallah satu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik sis :) cuma kena bertahan dan ebrsabar sikit ye sis,hehe.