Ujian untuk bahagia

Bismillahirrahmanirrahim


Tanpa sedar kadangkala kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama ujian. Masalah yang kita tak pernah terfikir sebelum ni. Masalah yang sebenarnya kita tak mampu hadapi langsung.


Ida

Teaser wedding Ida & Din, Pelabuhan Klang



Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi kadangkala deritanya juga datang sama sekiranya tersilap langkah. Contohnya, ada orang fikir perkahwinan tu sangat membahagiakan bila dapat pasangan yang cantik paras rupa, memiliki kekayaan harta, kerjaya yang stabil dan sebagainya.

Tetapi berapa ramai yang menempah neraka bila melangkah ke alam berumahtangga tanpa sedar. Tanggungjawab yang diabaikan makin lama makin banyak kerana kekurangan ilmu. Siapa pula sangka setiap dosa anak-anak ditanggung mereka lebih-lebih lagi kalau gagal berikan ilmu tentang iman, ibadah dan syariat.

Sebab tu kalau ilmu rumahtangga kurang belajar dulu. Kalau kesabaran didik anak tu tiada, cari dulu kesabaran. Ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Akhirnya bahagia yang diimpikan menjadi penyebab dia semakin sengsara di dunia dan akhirat. Wallahua’lam.


Nota kaki: Hari Ahad ni dah bulan Syaa’ban. Sebulan lagi sebelum tiba Ramadhan. Jangan lupa tengok final Imam Muda malam ni :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Berlumba dalam beribadah

Bismillahirrahmanirrahim


teaserhanani

Teaser wedding Hanani & Mat, Ampang



Sekadar berkongsi bacaan di kala senggang. Dalam agama kita ada satu kaedah yang dipanggil Al itsar bil qurbi makruuhun wa fi ghairiha mahbuban, iaitu itsar mengutamakan orang lain dalam mendekatkan diri pada Allah atau beribadah itu adalah makruh. Tetapi kalau mengutamakan orang lain pada perkara selain ibadah itu sangat dianjurkan.

Dalam ibadah dianjurkan dan disunnahkan adalah berlumba-lumba mendapat yang paling afdal, mendapatkan pahala yang lebih banyak. Kalau sampai kita rasa cemburu ibadah dan amalan orang lain lebih baik dari kita maksudnya iman kita masih ada. Tetapi bukan terhenti di situ, kita berlu berusaha untuk menjadi yang lebih baik lagi. Ayuh sahabat-sahabat semua, kita usaha perbaiki segalanya sebelum tiba bulan Ramadhan. Supaya mudah rebut peluang ibadah bulan tersebut dengan minda dan fizikal yang bersedia. Wallahua’lam.




Nota kaki : Dalam perjalanan balik rumah semalam, ada sebuah motorsikal kemalangan. Patah tangan dan dia mengerang-ngerang kesakitan. Mahu tolong hubungi keluarga atau isteri beliau tapi hp nya ada password lock. Kalau dia pengsan ataupun meninggal dunia bagaimana orang lain nak hubungi keluarganya? Apa releven letak password kat hp dalam kecemasan?


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Berdiam lebih baik

Bismillahirrahmanirrahim



lindateaser

Teaser wedding Linda & Hanif, Kuala Lumpur



Kenapa Allah mengurniakan kepada kita dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, jutaan saraf otak tetapi hanya mengurniakan kepada kita satu mulut sahaja? Jawabnya, kerana Allah menginginkan agar kita lebih banyak bekerja. Lebih banyak beramal daripada berbicara.

Maka ada ungkapan yang terkenal; sesiapa yang banyak berbicara maka banyaklah dosanya. Sebab tu Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri sahaja”. Bolehlah disimpulkan orang yang berjaya ialah orang yang lebih banyak kerjanya dari bicaranya. Terutama bicara yang sia-sia. Wallahua’lam.



Nota kaki : Aku jarang berada kat ofis sekarang. Maaf atas kelewatan membalas email semua. Tunggu full entry majlis kat atas ni ye. Lagu kat atas ni lagu fav wife aku sebab dia selalu rasa berada kat padang pasir bila dengar lagu ni :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Syarat bahagia rumahtangga

Bismillahirrahmanirrahim



Pagi tadi sebelum pergi kerja aku dengar rancangan ‘Tanyalah Ustaz’ kat TV9. Ustaz Hassan Din Al-Hafiz cerita pasal suami nusyuz. Satu yang menarik perhatian aku ialah tentang tahap ilmu agama yang dimiliki oleh kedua pasangan suami isteri juga menyumbang kepada kebahagiaan rumah tangga. Mungkin kecantikan paras rupa menjadi keutamaan kebanyakkan orang dalam memilih pasangan tetapi malangnya bukan itu yang menjadikan pasangan itu bahagia dalam kehidupan berumahtangga.

erniteaser

Teaser wedding Ernie & Sollihin, Kebun Baru


Tidak hairanlah ada pasangan yang sama cantik yang menjadi kegilaan orang lain dan kaya raya juga masih tidak bahagia dan berpisah. Apa lagi yang dicari oleh orang seperti itu? Sedangkan itulah yang menjadi dambaan semua orang. Memang, semua tahu kebahagian rumahtangga bukan terletak pada kecantikan dan kekayaan tetapi agama tetap diletakkan sebagai syarat terakhir mencari pasangan hidup.

Berapa ramai yang check tahap pengetahuan agama pasangan masing2 ketika mencari pasangan hidup? Bolehkah pasangan kita membaca Al-Quran? Bagaimana dengan solat 5 waktunya? Bolehkah dia menjadi imam solat? Bagaimana dengan pengetahuan asas fardhu ain seperti mandi wajib, hukum Islam dsb? Memang, tiada orang sempurna dalam dunia ni. Tetapi sekurang-kurangnya kalau ada pengetahuan agama walaupun sikit, kita dan pasangan ada ruang untuk kembali ke jalan Allah tatkala kita terleka dan terlena mencari kebahagiaan dunia. Wallahua’lam.




Nota kaki : Maghrib hari ini dah masuk 1 Rejab. Sekejap je dah masuk bulan Allah. Sapa2 yang belum ganti puasa ada masa 2 bulan untuk berbuat demikian sebelum tiba bulan Ramadhan :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Besar periuk besarlah keraknya

Bismillahirrahmanirrahim



Ada satu hadis yang aku dengar dan nak berkongsi dengan semua. “Sesungguhnya Nabi s.a.w mengadakan walimah untuk perkahwinannya dengan Safiyyah binti Huyai dengan suwaiq (bijian campuran gandum dan barli) dan kurma.” (Riwayat Tarmizi). Subhanallah, kesederhanaan yang digambarkan dalam hadis tersebut amat menginsafkan. Memang, kadar kemampuan kita berbeza tetapi janganlah sampai hikmah walimah yang sebenar dipinggirkan hanya disebabkan kita mampu berbelanja besar.


azzahzul

Teaser wedding Azzah & Zulhusni, Ipoh


Majlis walimah sepatutnya diniatkan untuk menzahirkan syukur kepada Allah serta membuat hebahan tentang ikatan yang terjalin. Semua saudara mara, sahabat handai dan orang ramai berhimpun dan berjumpa. Perjumpaan yang kalau niatnya betul akan mengeratkan kasih sayang dan persaudaraan. Kitapun akan dapat pahala. Tidak salah diadakan dengan meriah tetapi sebaik-baiknya bersederhanalah dengan niat yang betul. Kerana dalam Islam niat membezakan segalanya.

Bagi pihak pengantin, mulakan perkara baik ini dengan tatacara yang terbaik. Buat bajet untuk jejak perbelanjaan yang bakal mengalir. Bawa berbincang dengan keluarga, tunang dan kawan2 supaya ada yang mengingatkan dan menegur sekiranya kita keterlaluan dalam berbelanja. Ingat, bebanan hutang sangat menyesakkan fikiran dan jiwa. Siang malam hati tak tenang. Kena ingat pepatah lama berapa besar periuk, besar juga keraknya nanti. Tuntutan barakah dalam kesederhanaan majlis walimah lebih afdal daripada kegemilangan majlis bersulam pembaziran. Wallahua’lam.





Nota kaki 1 : Blog B2B sangat membantu bakal pengantin mencari idea dan harga terbaik dalam merealisasika impian. Ada yang pernah berkongsi format bajet perkahwinan. Boleh tanya sahabat blog saya ni; Dia Terima Nikahnya.

Nota kaki 2 : Sepanjang minggu ni aku berada di luar. Baru harini dapat duduk depan PC. Aku hutang 4 entry nak dipublish di blog ni. Tunggu ye :) .


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Sembang kosong

Bismillahirrahmanirrahim



Malam tadi aku sempat mengikuti satu pengajian di masjid. Satu yang menarik perhatian aku ialah kehadiran sebuah keluarga yang terdiri dari ayah ibu serta 4 orang anak-anak mereka yang lain. Anak yang sulung aku rasa dalam lingkungan awal 20an dan paling kecil bersekolah rendah. Memang mereka dah bersedia bertelekung dari rumah macam nak pergi solat tarawikh di bulan puasa. Mereka nampak sangat mesra bergurau senda sementara menunggu azan berkumandang.

kerul-lisa2

Teaser wedding Rozani & Lisa, Temerloh


Ketika ramai manusia lalai dari agama, ayah dan ibu keluarga tersebut berjaya mendidik anak-anak mereka mencari kebaikan. Beruntungnya mereka. Kita sekarang sering menyalahkan persekitaran apabila nampak remaja yang berbuat maksiat atau rosak akhlaknya. Tetapi tanpa sedar ramai ibu bapa sekarang dari awal dah mendidik anak untuk mencintai hiburan secara keterlaluan semasa membesar. Ini termasuklah menggalakkan anak-anak menyukai mahupun terlibat dalam program realiti nyanyian atau tarian yang tidak berfaedah. Gembira dan bangga bila anak pandai bernyanyi dan menari.

Kalau begitu didikannya, lalu bagaimana nak membentuk anak yang soleh dan solehah bila dah besar kelak? Macam mana nak harapkan anak tersebut istiqamah dalam agama dalam persekitaran yang mencabar? Acuan semasa membesar sebenarnya mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan akhlak remaja semasa membesar. Itulah juga yang dikatakan dalam hadis tentang kain putih yang dicorak oleh ibu bapa semasa kecil.

Jangan menilai aku yang berkata begini. Aku juga banyak melakukan banyak dosa dan kesilapan. Memang iman kita senipis kulit bawang, kadangkala naik dan turun. Itulah manusia. Tapi mari sama-sama cuba perbaiki diri kita. Allah itu maha pengampun dan maha pengasih. Selagi kita tidak syirik kepada Allah, ada peluang untuk kita bertaubat.


Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Kelemahan manusia

Bismillahirrahmanirrahim


Baru-baru ni aku berjumpa dengan seorang teman yang baru bernikah. “Aku menyesal” katanya dengan wajah serius. “Setelah bernikah baru aku tahu, nikmat berkahwin tu cuma 10% je”. Aku dah fikir macam2. Baru beberapa minggu nikah dah timbul masalah besar. Rasanya dia nampak gembira dengan pasangan dia. “Jadi yang 90% lagi camne?” aku saja tanya. “Lagi 90% tu rupanya lagi nikmat!! haha” sambil ketawa dapat kenakan aku. “Abistu nape menyesal tadi?” tanya aku lagi. “Aku menyesal kerana tidak nikah dengan dia awal-awal lagi, hahaha”.

sarahteaser2

Teaser wedding Dr Sarah & Thaariq


ًWalaupun ia hanya gurauan tapi ada kebenaran dalam kata-katanya. Allah menjadikan manusia ni berpasang-pasang. Itu lumrahnya. Setiap perkara yang Allah jadikan terkandung rahsia dan hikmah yang amat luar biasa termasuklah urusan berumahtangga ni. Kegembiraan dan nikmat itu bukanlah sesuatu yang pasti ada tanpa perlu berusaha mendapatkannya. Dalam masa sama meminta Allah memandu hidup percintaan kita dan pasangan supaya menjadi lebih baik.

Semua manusia tidak pernah lepas dari membuat kesilapan dan kesalahan dalam hidup. Kita bukan malaikat. Kadangkala kita jumpa seorang yang baik tetapi ada kekurangan. Lalu bisikan syaitan menyuruh kita canangkan kekurangan dia kepada semua orang tanpa sedar dia juga manusia. Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia tetap manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Itulah yang perlu kita sematkan dalam hati tentang orang lain terutamanya pasangan kita. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tunggu full entry majlis sahabat baik saya ni next week :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Cerita tentang Abdulrahman

Bismillahirrahmanirrahim


Aku nak kongsi satu kisah sahabat yang aku dengar dari satu kuliah baru-baru ni. Tentang sahabat Rasulullah yang bernama Abdulrahman bin Auff. Beliau merupakan seorang sahabat yang terkenal dengan kekayaan dan kepandaiannya dalam bidang perniagaan. Sebelum berhijrah ke Madinah, beliau adalah seorang hartawan yang membantu agama kita ini berkembang menggunakan seluruh hasil kekayaan beliau.

sueteaser2

Teaser wedding Sue & Fadzly



Semasa seruan untuk berhijrah ke Madinah, tanpa ragu-ragu beliau telah meninggalkan seluruh kekayaan yang dimilikinya di kota Mekah untuk bersama Rasulullah berhijrah. Semua harta dan pernigaannya ditinggalkan demi perkembangan agama Islam. Apabila sampai di Madinah, beliau telah ditawarkan oleh seorang hartawan di kota Madinah untuk menerima separuh kekayaannya supaya beliau boleh terus berniaga di situ. Tetapi beliau telah menolak dan meminta ditunjukkan lokasi pasar untuk beliau cuba mula berniaga semula di kota Madinah.

Berkat kebijaksanaan, kejujuran serta kemahirannya dalam bidang perniagaan, kedai beliau semakin lama semakin besar. Malah dikatakan hampir separuh daripada pasar Madinah tersebut dimiliki oleh beliau dalam masa beberapa tahun sahaja. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh sahabat nabi ini.

Kesimpulannya, kaya atau miskin, berharta atau sebaliknya bukanlah alasan kita jauh dari Allah. Nikmat kesenangan sebenarnya memberikan ujian yang sangat berbeza berbanding kemiskinan. Kedua, 9 daripada 10 rezeki itu datangnya dari berniaga. Rasulullah juga seorang peniaga sejak kecil. Bagus juga kalau kita pelajari selok belok berniaga, manalah tau rezeki kita berada dalam kategori ini satu hari nanti. Bila luas rezeki insyaallah lebih banyak kita boleh bantu perkembangan agama Islam. Wallahua’lam.




Nota kaki : Tunggu full entry majlis perkahwinan kat atas ni minggu depan ye :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography