Bismillahirrahmanirrahim


Peristiwa Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir (khutbah wida’) ketika musim haji tahun 10 Hijrah adalah detik penting dan signifikan dalam perjuangan menegakkan agama Islam. Suasana kota mekah pada masa tu suram dan ramai sahabat menangis sehingga jatuh pengsan bila Abu Bakar menyatakan mungkin itu tahun perpisahan dengan Rasulullah kerana agama Islam telah sempurna seperti isi kandungan khutbah Rasulullah tersebut.

teasersue

Teaser wedding Sue & Fadzly



Pada hari terakhir hayat baginda iaitu pada subuh hari Isnin, sakit baginda semakin tenat. Bilal yang selesai mengazankan subuh datang ke rumah Rasulullah kerana beginda tidak hadir mengimamkan solat subuh tersebut. Rasulullah menyuruh Bilal memberitahu Abu Bakar supaya mengimami solat Subuh tersebut menggantikan baginda. Pada masa itu semua tahu bahawa hayat Rasul tercinta kekasih Allah ini semakin hampir kepada kewafatannya. Ramai sahabat-sahabat nabi menangis dengan keras dan bersedih hingga ada yang jatuh pengsan.

Ali r.a antara orang yang berada di sisi Rasulullah sebelum wafatnya melihat Rasulullah menggerakkan bibirnya dua kali. Beliau merapatkan telinganya untuk mendengar apa yang diperkatakan baginda. Ali r.a mendengar Rasulullah berkata “Ummati Ummati” yang bermaksud “Umatku, Umatku”. Bukan keluarga, isteri, sahabat ataupun harta yang dirisaukan. Betapa Rasulullah menyintai kita semua hingga akhir hayat baginda.

Bilal bin Rabah tidak pernah azan selama beberapa bulan sebab terlalu sedih dengan kewafatan baginda. Ramai para sahabat merayu dan memintanya supaya melaungkan azan semula. Akhirnya pada satu subuh yang hening suara bilal memecah kesunyian pagi. Suaranya sayu dan terputus-putus sebab menangis ketika melaungkan azan. Hampir semua penduduk terkejut dan ada yang menyangka Rasulullah hidup kembali ketika itu. Begitu rindunya mereka terhadap Rasulullah ;'(

Ramai yang tahu hari Valentine disambut pada minggu hadapan. Tetapi berapa ramai yang tahu sehari selepas tu adalah hari lahir kekasih Allah ini. Walaupun ada yang mengatakan bidaah menyambutnya, tetapi kalau sekadar kita banyakkan selawat, mengingati perjuangan Rasulullah tercinta ia mungkin dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan bahawa kitalah yang Rasululullah sebut dalam detik terakhir nyawa Muhammad Rasulullah sebelum baginda meninggalkan kita selama-lamanya. Wallahua’lam.




Nota kaki : Kebanyakkan ulama’ sekarang sama ada di dalam dan luar negara mengharamkan menyambut hari Valentine walau apa pun alasannya. Ada baiknya kita yang kurang ilmu ni mengambil pandangan tersebut. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments
Semarak Api says:

saat Rasulullah diambil nyawanya, bginda pon merintih kesakitan smp jibrail berpaling ke arh lain sb tak sggup tgk baginda dlm kesakitan. kalo kite yg sll melakukn ksilapn n dosa ni mcm mane la :(

en acai..sy ade amik satu pic dr blog en acai sbg pic hiasan lam my latest entry..mintk izin yer.. *huhu..tp dah amik dah.lm da simpn wat kleksi sbb sukee..

Semarak Api – Salam awak, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen :) itulah, kalau diikutkan nak tulis panjang2 pasal Rasulullah tercinta ni. Terima kasih atas perkongsian tersebut. Pasal gamabr tu takde masalahlah. Saya bukannya photographer terkenal pun nak halang2 camtu,hehe. Kalau suka boleh je share, lagi saya suka. Kalau ramai yang kritik saya boleh perbaiki lagi :)

jimi says:

salam acai,

good info..
seyes lawa TONE COLOUR gambar tu..

jimi – terima kasih jimi :) err aku tak main tone pun jimi,hehe

rozaidi ibrahim says:

Bilal Bin Rabah Mengazankan Selepas Hari Pertemuan Sahabat2 Baginda Selepas Sekian Lama Mendakwah. Aku suka cerita2 Berkaitan Dgn Rasulullah dan Zaman2 Kegemilangan islam.. Nice input..

Rozaidi – Terima kasih bro atas perkongsian yang baik ini :)

kasih – salam awak, waaa lamanya tak dengar khabar orang dah kahwin ni :) moga awk ngan suami sihat2 hendaknya ye. terima kasih awak sudi singgah sini.

cot – salam cot :) terima kasih sudi follow aku aritu. merangkap tukang tunjuk arah jalan,hehe. hebat kita tak tahu jalan tapi boleh sampai situ,hehe.

aQi – Salam Aqi, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan jejak. Silakan share, tiada halangan buat saya :)

N – Salam Anne, kat sini pokoknya tinggilah anne :) kalau tak memang dah panjat,hahaha :)

sil – salam sil, terima kasih kasih sil. Semoga sama2 kita mengambil pengajaran dan peringatan. Kalau saya lalai sila ingatkan juga ye sil.

kak masy – salam kak, hahaha. betul2 kak :) apapun hepy belated besday kak. Ni dah ofis jauh tak dapat nak belanja, kalau dekat bolehlah,hahahha. *alasan.

bunkerangs – Salam kak rosmah yang hormati :) terima kasih kak sudi singgah sini dan tinggal jejak.

aQi says:

mcm mna nak share kat wall FB ek…best story n good story untuk semua umat islam umat nabi muhammad s.a.w

cot says:

thanks kerna buat reminder camni caii…
kite lebih ingat cerita² lagho drp cerita² ni kan…(aku pn same je..hehe)

*jom balik ganu mggu ni..kekekke

kasih says:

ermm… nak nanes baca.. :(=====
tq awak for a very good reminder…

sil says:

salam. entri ni sungguh bermanfaat, lagi2 buat saya yang mudah lupa ni.

err, mintak izin nak kopi link ke entri ni kat wall fb saya boley? bole kengkawan lain share2 utk baca =)

~N~ says:

ups…kali ni xde pnjt2 pokok kot..tu yg photographer cmne2 pn kene ade gmbo memnjt:)

bunkerangs says:

salams faisal. thank you for putting this up. sedih bila baca this entry. thank you for this reminder.

Masy says:

toksah le ngade2 nk selebret valentine tu.. drpd selebret valentine, baik selebret bday akak yg dah terlepas tu lg byk faedah.. heheh

Faiz Faiza – Salam, eh eh tersilap plak:) terima kasih betulkan ye. Terima kasih ats perkongsian tersebut faiza :)

Faiz Faiza says:

Salam Acai,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

* 12 Rabi’ul Awwal 1432 bersamaan 15 Februari, sehari selepas 14 kan?

Rasulullah s.a.w; The Greatest Gift. By Habib Umar bin Hafiz: http://www.youtube.com/watch?v=3bhUg_QVTD8&feature=player_embedded