Bismillahirrahmanirrahim


Kebelakangan ni aku agak sibuk dengan urusan perpindahan ofis. Banyak benda kena uruskan. Ada projek dan kerja-kerja ofis yang masih pending. Begitu juga dengan kerja sampingan setiap hujung minggu yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Semuanya menuntut komitmen tanpa alasan dari aku. Alhamdulillah setakat ni semua diuruskan dengan tenang dan bersemangat!!

Teaser wedding Amin & Siti, Cheras



Jadi manusia ni memang jarang berpuas hati dalam hidup. Kita sentiasa letakkan matlamat baru yang lebih tinggi ketika hampir mencapai impian lama. Kita yang cari kesibukan tersebut. Sebab tu Muadz bin Jabal RA selalu mengingatkan sahabat lain ketika sibuk supaya “berhenti duduk sejenak dan ingat Allah”. Nilai semula sejauh mana kondisi iman kita. Trendnya semakin bertambah atau berkurang.

Allah dah bagi rezeki kesihatan, rezeki pasangan hidup yang baik, rezeki pekerjaan, rezeki iman dan rezeki lain yang tidak terhitung banyaknya. Ironinya kita menuntut lebih banyak sedangkan iman kita semakin lama semakin berkurang . Malu sungguh dengan Allah. Ayuh, mari kita cari masa untuk perbaharui iman ditengah kesibukan dan hiruk pikuk kehidupan seharian. Wallahua’lam.




Nota kaki : Aku sedaya upaya reply mail yang bertanya. Mohon maaf atas kelewatan. Aku takde PC lagi sekarang. Agak sukar nak reply panjang melalui phone. Ni pun dekat setahun aku taip :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

Thanks for Comments
adi says:

ai..bro kn ada iMac xsalah..xkn da kena makan dgn tikus kot..kah3

adi – hahahahaa, mestilah ada lagi :)

cot says:

salam caii…
ptt la xgune wide ms shoot gmbr ni…
ko nk main line rupenye…
mmg cun weh…

Hahaha, itulah pasal cot :) tangganya takde ruang sangat. thanks cot follow aku pada hari kejadian,hehe.

adi says:

mana p hang punya buah “Apple”?hehe

Erkk, apple mana bro?hehe

siti says:

salam acaii,sgt setuju dgn entri nie..muhasabah diri..malu lak tgk pic sendiri…hehehe..terima kasih byk2 masa shoot majlis dan kalau ade terkurang sepanjang majlis minta maaf banyak2 yer..huhuuu..

Siti rohani – Waaa pengantin dah komen,hehe. Thanks ye siti atas kerjasama yang baik sepanjang majlis dan outdoor tu :) seronok bekerjasama ngan korang,hehe. tunggu gambar upload nanti ye,hehe

wak4jawa says:

setuju sgt dgn entry kali ni,gud sal!

jimi says:

salam faisal,

nak tanya, hosting website ni kat mana yer?

Salam jimi,

Aku punya hosting ni mercumaya jimi :)

nuryko says:

salam beb!

waaa aku rasa nk kawen balik tatkala melihat gambau di atas. ahahahahaha!~

p/s: tapi ng laki yg sama aa.

Salam Nury,

Thanks nury,haha. Bolehlah tu nury gi buat outdoor session ke. Boleh berpose2 depan kamera lagik,hihi.

Nono Fara says:

saya takmo komen pasal pindah2 ofis ok. nak cakap gambar tu best! awak main dgn line and repetitive pattern. setail! :)

Salam Nono,

Lamanya tak nampak,hehe. Moga sihat2 je Nono :) Terima kasih Nono. Awakpun dah hebat sekarang, gambar2 semua dah cantik2!! tahniah :)