Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Najwa & Azrul, Banting


Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita. Perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.

Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah.

Wallahua’lam.



Nota kaki : Takziah kepada sahabat yang kematian anaknya berusia 1 tahun 6 bulan semalam. Takziah juga kepada sahabat yang kehilangan ayahnya pagi tadi. Semoga Allah tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

asrar fiza – hahahah

amor_mie – salam kak, terima kasih kak baca,hehe

Yaya – Salam yaya, terima kasih sudi tinggalkan komen dan singgah sini ye :) saya hargai. Insyaallah, satu hari nanti pasti awak nampak hikmah yang Allah nak tunjuk kepada awak nanti. wallahua’lam.

cot – betul sangat tu cot..:) terima kasih cot..

roy – salam roy, waaaaa nanti saya reply email awak tu ye. tak sempat je aritu,huhu..:) thanks ye awak sebab minat hasil kerja saya yang tak seberapa ni.

Yaya says:

Salam, benar seperti ape yang dikata..Allah ade perancangan yang lebih baik buat kite.. Misalnya dalam keadaan saya, ketika resah memikirkan kerja apa yang patut diceburi setelah melakukan solat hajat dan istikarah..Allah memberi jawapan dalam keadaan yang tidak disangka2..Saya redha dengan apa yang telah diberikan.. InsyaAllah saya akan ikhlas dalam melakukan pekerjaan ini sebagai satu ibadah kerana Allah lebih mengetahui baik buruknya sesuatu perkara itu…

amor_mie says:

Insaf ler pas bc entry ko ni…huhuhuhu… ;)

asrar fiza says:

baik….hehehhe…..

roy says:

salam..

sukee la tgk gmbar tu..bestnye..nak la mcm tu gak caii..acaii,saya nk sgt awak jd op saya nnt utk feb 2011..tolong la pertimbangkan lagi erk..kecewa tahap gaban da ni..tiap2 ari tgk blog ni sbb nk tgk hasil tangkapan yg tbaru..sumenye superb2 belaka..

cot says:

paling penting b’syukur dgn segala apa yg telah dianugerahkan kpd kita…tak gitu sifooo…. :)

asrar – lenkali jangan lupa log off dulu nak komen :)

Asrar Fiza says:

sangat suka entry abg kali ni…

Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita, kerana Dialah yang mencipta kita….:)

MIN – thanks bro..:) sama2 kita ingat mengingati.

M-I-N says:

salam chai.
terima kasih kerana mengingatkan.

Amm – Salam amm, waaa dah lama tak nampak ko kat sini. Ko dah kat Albania lagi ye? tak sempat nak jumpa ko aritu. Semoga semuanya baik2 je amm :) banyakkan istighfar kalau hati tak tenang.

Me Fathi – Terima kasih bro fathi, dalam hidup ni kan memang selalu begitu. RAsanya semua manusia rasa benda yang sama. Cara kita deal dengan masalah dan dugaan tersebutlah yang membezakan kita semua.

cikpingu – terima kasih cik pingu..:)

cikpingu says:

waaaa…sgt shaannteeek…

Mr Fathi says:

slm takziah…

aku bercita-cita utk mendpt kebahagiaan.tapi ada saja dugaan menimpa aku.tapi aku takkan berputus asa berdoa kerna aku pasti ada tenang yg akan menanti.Percayalah…

@mmw@t@n says:

Acaii, tq for the wonderful writing there.. lepas aku baca, aku terasa sedikit ketenangan dalam hati..

awe – betul tu awe, semoga kita mengambil pengajaran dari perkara tersebut. Nasibb aik kita sempat memberikan sokongan kepada beliau pada detik2 akhir hayat anaknya.

awe says:

takziah buat akak kita tu Caii. Moga dia terus tabah. Banyak betul dugaan beliau. Kita kena jadikan contoh teladan dalam hidup kita.

sil – salam sil..:)waaaaa kenal dia lah ye? dulu tak pernah kenal dia, kenal bapak dia je,hihi..confirmlah kat kelanang, haha.

pevey – salam sifoo pevey, terima kasih sudi singgah sini dan komen..:)

hasrey – salam bro hasrey, terima kasih ye atas ucapan takziah tersebut. Bila nak join amik gmabar?,hehe

bunkerangs – Salam kak rosmah yang dihormati, waaaaaaa seronok plak akk komen sini. Lum sempat nak balas kunjungan akk di rumah baru tu,hihi. Insyaallah nanti saya sampai kak. Terima kasih kak ros atas nasihat tu. Dengan redhalah kadangkala kita dapat terima apa yang terjadi dalam hidup kita kan kak..

Waaaaa kalau dah ada kamera tu makin gempaklah kak gambar2 diaorang nanti,hehehe..:) tak sabar nak tunggu. Casing tu memang mahal, kekadang kalau yang pro level memang lagi mahal dari kamera tu,hehehe..

ejal – salam jal, terima kasih juga jal ye atas perkongsian. dah macam ustaz ejal je lah,hihi..:) bila sih mau ketemu ni?

kak masy – salam kak, betul tu kak, lambat atau cepat tu memang bukan urusan kita. Kita kena bersedia je sebaiknya. Nak kena betul kak. Tak cukup duit lagi nak jadi al-haj,hihi..

hesrey says:

Salam takziah jua kepada ahli kuarga`~

Salam acai, gamba mu d atas mmg semat bangat!`~

aku suka gambar nih…. menarik… semua element ada… nice bro…

sil says:

wah,najwa ni kawan sekolah saya kat samttar dulu. tapi tak dapat g wedding dia aritu. mesti kat kelanang nih.

perancangan Allah semestinya lebih baik. kita mampu merancang tapi kan Allah sebaik2 perancang. semuanya rahsia Tuhan :)

bunkerangs says:

salams faisal :) mmg betul tu..sifat redha ni is very important. insyallah bila kita redha akan apa yang datang kan..we will be able to handle it better .

i suka sangat the gambar. i love to take pictures dalam air tau :) insyallah i nak beli satu underwater camera..nak amik gambar bebudak tengah berenang :) hehe! fujipix i think the name of the camera :) nak beli the underwater casing for the normal camera..alamakkkkk punyalah mahal..harga dia boleh beli lagi satu DSLR nyer camera plus kit lens..hehe!

Masy says:

takziah utk kawan2 acai..

hmm betul tu.. perancangan Allah tu mesti ada sebabnya.. cepat ke lambat ke.. hanya Dia je yg tau.. kita ni kene la sabau n redha..

yeahh.. tazkirah pagi khamis dr Ustaz Hj Acai Al-Haj :D

*mana no tpon x bg2 lg neh?

ejal says:

salam wak..takziah juga kepada kawan-kawan mu itu semoga diberikan kekuatan dalam menempuh setiap dugaan..setiap yang berlaku adalah ketentuan allah dan pasti ada rahmat di sebaliknya..insyaallah..