Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Umair & Fathiyyah, Kajang


Sebagai memenuhi tanggungjawab aku sebagai salah seorang yang bertugas di institusi zakat, aku nak beri beberapa info yang mungkin berguna kepada sahabat2 semua yang masuk sini. Kalau ada yang tak jelas boleh tanya aku ye :)

  1. ZAKAT FITRAH
  2. Zakat fitrah dikira berdasarkan berat makanan asasi (beras) satu gantang baghdad (2.75kg). Kadarnya di Selangor RM7.00. Seeloknya kita kira jumlah sebenar berdasarkan beras yang kita makan. Contohnya Kita biasa beli beras wangi 10kg = RM40. Jadi kadar zakat fitrah sebenar satu kepala adalah RM10.80 (2.75kg x RM4.00).

    Tetapi kebanyakkan institusi zakat mempunyai resit mengikut gandaan (eg :RM7.00) bagi memudahkan urusan rekod dan pemantauan jumlah umat Islam yang membayar zakat fitrah. Jadi mungkin boleh bayar 2 resit sekiranya berniat untuk lebihkan bayaran. Kalau seorang manusia tu hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal walau sesaatpun dan mampu makan pada siang syawal, maka wajib bayar zakat fitrah.

  3. FIDYAH
  4. Kadar fidyah pula ialah 1 cupak beras. 1 gantang = 4 cupak. Jadi kadar fidyah adalah sebanyak RM1.75. Fidyah seeloknya ditukarkan kepada nilai beras yang setara dan diberikan kepada fakir miskin. Kiraan fidyah : [Bilangan hari tinggal puasa X RM1.75]. Kalau melangkau tahun kena doublekan nilai fidyah tersebut. Tetapi jumlah puasa yang wajib qada’ tetap sama.

  5. FIDYAH UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU BADAN
  6. Kalau tidak berpuasa sebab takut menjejaskan kandungan/anak maka wajib qada’ dan bayar fidyah. Kalau tidak berpuasa sebab takut mudharat kepada dirinya sendiri maka wajib untuk qada’ puasa sahaja.

  7. FIDYAH UNTUK ORANG TUA
  8. Sekiranya orang tua tersebut memang tidak mampu berpuasa atau disahkan doktor tidak boleh berpuasa maka mereka tidak wajib puasa dan hanya perlu membayar fidyah. Seeloknya disegerakan supaya tidak membebankan pada kemudian hari.


Dengan kadatangan bulan Ramadhan ini maknanya peluang untuk melipatgandakan pahala amalan terbuka luas. Setiap amalan di bulan ramadhan akan digandakan pahala amalannya. Sebab tu kita kena berusaha menambahkan amalan kita berbanding bulan-bulan biasa. Ini termasuklah dengan melaksanakan zakat-zakat lain di bulan ini, memperbanyak sedekah jariah, membaca al-Quran dll di samping solat2 sunat Tarawikh pada setiap malam Ramadhan.

Bulan Ramadhan ni cuma datang sekali je dalam setahun. Cubalah korbankan sedikit masa rehat, masa tidur dan masa lapang untuk meraikan kemuliaan Ramadhan ini. Mungkin dengan latihan-latihan begitu dan rahmat Allah kita bakal keluar dari bulan ni dengan menjadi insan yang lebih baik dari semua perkara, dihapuskan Allah dosa2 lepas dan sekiranya ditakdirkan mati, akan mati dengan mati yang baik dalam keadaan hampir dengan Allah. Insyaallah.


Nota kaki : Kalau ada soalan apa2 berkenaan zakat dan fidyah boleh tanya aku kat rungan komen ye. Insyaallah aku cuba jawab dan bertanyakan kepada orang yang lebih pakar di sini sekiranya aku kurang arif tentang itu. Terima kasih.


Wallahua’lam.

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments
nurul says:

Assalamualaikum..
Dlm suratkhabar mingguan ada membincangkan tentang puasa bagi ibu yang mengandung & menyusukan anak..
Ibu boleh meninggalkan puasa seandainya khuatir akan memudaratkan diri & anak di dalam kandungan.
Tidak perlu qada’ puasa dan hanya perlu membayar fidyah sahaja.
Keterangan itu bercanggah dengan apa ditulis oleh encik..
harap boleh dibincangkan kekhilafan ini.
Terima kasih.

(tak jumpa pula link utusan tu)

Acaii Jawe says:

Nurul – Waalaikumussalam wbt nurul, terima kasih atas pertanyaan. Untuk makluman setakat pengetahuan saya, khilaf(perbezaan) dikalangan ulama’ berkenaan dengan perkara ini adalah tentang sama ada dikenakan fidyah ataupun tidak. Tetapi puasa memang tetap wajib di qada'(diganti). Ini juga yang dipraktiskan oleh semua pusat zakat di Malaysia termasuklah di Lembaga Zakat Selangor.

Bagaimana mungkin seorang perempuan yang melahirkan anak masih kekal wajib membayar puasanya (qada’) tetapi orang yang mengandung tidak wajib menggantikan puasanya.Ya, mereka memang boleh tinggalkan puasanya atas kelonggaran yang diberikan oleh Islam. Malah orang yang sakit damn musafir juga perlu gantikan puasanya jika ditinggalkan. Ini ada disebut dalam ayat 183 dan 184 Surah Al-Baqarah. Wallahua’lam.

cda_airin says:

owh…ok..terima kasih ye sbb byk membantu…(^_^)

cda_airin says:

saya nk tanya..klu nak bayar duit atau beras lebih dari nilai yang sepatutnya boleh ke? contoh 3 hari * RM 1.75 = RM 5.25.. nak bayar fidyah lebih dari RM 5.25..

Acaii Jawe says:

cda_airin – Salam, memang digalakkan untuk bayar lebih sebab kalau kurang kewajipan tu dikhuatiri akan dipersoal kelak. Kalau nak mudah belikan je beras yang paling kecil boleh diperolehi (eg 3kg atau 5kg) dan bagi kepada fakir miskin. Tak perlu cakap kat mereka duit fidyahpun takpe :)

Fara says:

tumpang tanya pasal zakat fidyah… secara am – jika kita tak pernah ganti puasa selama 25 tahun, 7 hari setiap tahun… adakah kiraan seperti ini… rm1.75 x 175 hari = rm306.25 yang perlu kita bayar?

Acaii Jawe says:

Fara – Salam Fara, kalau mengikut pandangan mazhab syafie fidyah tersebut perlu digandakan bagi setiap tahun yang ditinggalkan. Tetapi kita boleh ambil pendapat yang lebih ringan daripada 3 mazhab yang lain iaitu tidak perlu digandakan.

Jika ikut mazhab Syafie, bayaran fidyah puan adalah sebanyak RM3981. Bayaran ini untuk puasa yang ditinggalkan 7 hari setiap tahun (ramadan) selama 25 tahun.

Kiraan puan tersebut (RM306.25) adalah jika puan meninggalkan puasa sebanyak 7 hari dan tak pernah ganti hingga melepasi 25 tahun. Maksudnya puan tidak puasa 7 hari 25 tahun lepas (mazhab syafie)

Kalau mengikut mazhab yang lain (tanpa gandaan) Bayaran fidyah selama 25 tahun tersebut adalah RM300 sahaja

Harap membantu serba sedikit. Wallahua’lam.

hamba allah says:

adakah di rumah anak yatim boleh bayar fidyah.. perlu ke kita mgatakan yg kita bayar fidyah.

Acaii Jawe says:

Hamba Allah – Salam, terima kasih sudi singgah sini. Boleh bayar kepada rumah anak yatim. Kena bagitau mereka ia adalah duit fidyah supaya mereka boleh belikan makanan. Kalau xcakap dikhuatiri dibelikan barang2 lain dan bukan makanan;)

nice post. thanks.

bibimie – salam kak,hehehehhe..:) hujung minggu memang buka kak. Cuma saya tak jaga minggu ni,hehe..:) selamat bayar zakat kak..

bibimie says:

nak bayar kat kaunter acai. bleh mintak sain otograp. hujung minggu bukak kaunter gak ker?

kak masy – hahahahhaa, ya Allah dah besar2 bayarlah sendiri kak,kekek..:) ni boleh bayar online : http://www.e-zakat.com.my/ezakatpay/ . tpai tu bayar kat selangor lah..bayar 2-3 kali takpe, bukannya banyak sangatpun,hehe

Masy says:

tak tau la kat melaka brape plk zakatnye. thn lps abg akak yg byrkan utk akak. apedaaa.. sabo jelah huhuhhuhuh

Kak Kujie – Salam Ramadhan kembali kak..:) lamanya tak dengar khabar. Moga akk sekeluarga sihat2. alhamdulillah dah selesai semua,hehe..:) Orang yang bayar online memang selalu keliru. Sebenarnya kitorang nak kurangkan form nak bayar. Takmo pembayar terpaksa isi borang berjela2 just untuk bayar zakat:) isi maklumat penting, selebihnya kitorang yang akan uruskan..

Kujie says:

Salam Ramadan Acai

Baru telefon LZS – Kak Jie bayar zakat pendapatan kat online banking 10hb Ogos lepas, so mcm mana dia org nak hatar slip sedangkan dalam form banking tu tak minta alamat pun..cuma minta no.tel saja. Alhamdulillah dapat jawapan yang tepat dari staff LZS.

Lupa pula nak tanya Acai masa tu… :p

hari Isnin 16hb, slip tu dah sampai kat rumah.

Zenn – Salam Zenn, selamat berpuasa..:) ya allah, tak perasan pulak typo kat situ,hehe..:) terima kasih ye tegur. Tak orang bagitaupun sebelum ni silap…:)

Zenn says:

Salam acaii..selamat berpuasa..

aku nk tnye perkara no.3, Kalau tidak berpuasa sebab takut mudharat kepada dirinya sendiri maka wajib untuk qada’ zakat sahaja. qada’ zakat sahaja tu ape maksudnye..??

ejal – salam jal..:) thanks jal, semoga bermanfaat untuk kita..sampaikan kat member2 yang kurang arif tentang ni ye:)

jimi – salam jimi, selamat berpuasa :) awal betul ko bayar jimi,hehee…:) aku weekend ni ada hal skit, weekend depan freelah jimi..aku area puchong jimi,hehe..

jimi says:

wassalam..

aku dh bayar zakat dah..sabtu awal puasa..hehe..

sibuk buat album nih..ingat nk plan berjumpa-jumpa..haha..

tapi jap..duduk mana dah?

ejal says:

salam wak,terima kasih atas perkongsian ilmu yang menarik..sblm ni aku tak tau pun..aku rasa ramai gak yang tak tau..memang pakej la ko acai,selain photographer yang mantap boleh juga jadi pak ustaz yer..tebaik bro…

angah – Salam angah, terima kasih atas pertanyaan. Untuk makluman bayaran fidyah boleh dibuat melalui wakil sama ada melalui suami ataupun orang lain. Tidak perlu dengan kehadiran orang tersebut. Zakat fitrah dan zakat harta (pendapatan, simpanan dll) juga boleh dibayar melalui wakil :)

angah says:

salam, nak tanya, bole ke suami yang pegi tolong bayarkan fidyah untuk isteri die, atau isteri die nak kene pegi sendiri?

jimi – salam jimi, thanks..:) tahun ni bayar fitrah kat mana jimi? kelate ke?hehehe..weekend sekarang menyiapkan album secara intensif,hehe

jimi says:

salam faisal,

cantik gambar..hehe.. :)
bulan puasa ni, weekend buat pe?

cot – salam cot.waaaa nanti aku siggah..:) aku jagalah kaunter kajang tapi lambat lagi,hehe..:) samalah kat mana2 pun cot pasal tarawikh tu,huhu

cot says:

salam caii..
ko xjage kaunter kajang ke tahun ni… psl amalan dibulan pose tu kadang² aku sedih tgk org² muda skrg…terawih kt surau pun tinggal 2 3 saf.. blum sampai pertengahan puasa.. yang tinggal pun geng² lame…huhu…

*aku dh update entry Dr Mastura kt blog baru.. create bru sbb ade problem sket..hehe :)