Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Isma & Halim yang diadakan di Kebun Baru, Telok Panglima Garang. Isma ni ofismate aku dan Halim ni pun sebenarnya ex-ofismate gak merangkap ketua pasukan bola sepak ofis kitorang, hehe. Selagi aku tak update ni budak2 ofis asyik tanya je :P

Ada cerita best masa majlis nikah diaorang ni:) Oleh kerana Isma datang lewat ke masjid, imam jurunikah tu suruh si Halim ni baca khutbah nikah dari mula sampai habis!! Nasib baiklah si Halim ni terer gak baca tulisan jawi dan arab, lancar je. Kalaulah pengantin lelaki tu tak reti kan buat malu je,hehe. Ada kes kat tempat aku pengantin perempuan lambat, imam teruskan je majlis sebab wali dah ada. Bila pengantin perempuan sampai majlis dah selesai. Jadi hati2 kepada bakal-bakal pengantin ye.

Layan sikit gambar majlis tersebut :


Majlis persandingan dijalankan pada keesokkan harinya. Sebenarnya ada majlis berinai dan tukar-tukar baju tapi aku tak dapat nak masukkan sebab banyak kerja sekarang ni. Sebenarnya aku macam tak percaya je si Halim ni boleh bagi kerjasama yang baik dengan aku, hehe. Sebab Halim ni jenis lelaki maskulin yang tak main jiwang2 dan tak reti nak bergaya-gaya ni, hahaha.

Kalau korang tengok dia main bola memang gerunlah tengok dia marah orang. Selepas pindah dari ofis aku, diapun jadi kapten kat tempat kerja baru dia. Ofis aku punya team bola dah kurang kekuatan hampir 40% dengan ketiadaan dia, huhu. Eh ni entry wedding bukan cerita pasal bola!!! Ok, majlis dia berlangsung meriah dan ramai sahabat ofis hadir sama. Isma ni anak ke 8 dari 9 orang adik beradik dia. Jadi boleh bayangkan betapa ramai tenaga kerja dikalangan adik beradik dia, hehe.


Sepanjang aku jadi photographer aku tak pernah nampak lagi orang buat outdoor wedding kat Pulau Carey. Jadi aku ajak diaorang ke sini. Pantai ni bukanlah pantai orang mandi2 tapi aku tengok kawasannya memang sesuai untuk amik gambar. Jadi layan sikit gambar outdoor diaorang ni. Rasanya aku terpaksa tangguhkan hasrat beli lens 85mm f1.4 dan jual tele aku sebab aku rasa memang berguna sangat tele ni, hehe.


Untuk akhirnya, tahniah untuk sahabat aku berdua ni. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Halim, jaga Isma bebaik. Jangan bawak gi tengok bola je, hahahaha. Terima kasih kepada sahabat-sahabat terbaik aku Zakuan, Saipi dan Echik yang sudi temankan aku shoot majlis diaorang ni. Korang memang bestlah!! Jumpa lagi dalam entry akan datang :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Kebelakangan ni aku dapat banyak pertanyaan yang referral dari blog bride-to-be (B2B) yang banyak sekarang. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka semua. Insyaallah ada masa nanti aku buat entry pasal ni.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments
icamzz says:

nak belajar ngan abam acai jugak.. huhuhuhu sedap mata memandang pic2 bro

icamzz – kekeke, sama2lah kita belajar..:)

icamzz says:

perghhh… bler masa aku jadi cekgu ni.,, aku yang nak menuntut lagi ade la…

Icamzz – Salam bro, terima kasih ye :) kalau ada salah atau perlu diperbetulkan bagitau ye.

ICAMZZ says:

terbaik r bro acaiii… tabik spring.. pic2 lu memang best… tertarik menarik kau memang da boom!!

din – hahahhaa, betul tu din.:) dia memang garang kalau main bola,hehe. Apapun kita sama2 doakan semoga dia dan isma kekal berbebahagia hingga akhir hayat..:)

ipin – salam ipin..:) apa maksud ko kedua pin? aku tak faham,hehe

ikhwanmuda – salam bro..:) lamanya tak dengar khabar :) moga sihat2 bro ye.

one – hehehe, itu sebenarnya efect cahaya. biasa diaorang buat tu ROL. tapi yang ni konon2 je buat sebagai tiru effect tu,hehe

ipin says:

Best la acai… ko yg kedua setelah yg pertama (kerul)…kehkehkeh

din says:

salam acaii – waaa.. segak tul halim. teringt aku mase main kat stadium mini ngn korang. garang tul halim bile jd captain. cuak gak aku. hehehee.. bile teringt cam rindu la nk rase suasana mase main bola sama² ngn korang. :)
~ selamat berbahagia lim.. gambar ko lawa².. untung ko sbb acai yg amik. hehehee..

one says:

salam,cik fesal.
saya perasan penggunaan silau2 pada gambar macam trend.betul ke? fotog indon pun gunakan utk whateva pics yg dia org ambil..(kebanyakannya cam model2 yg pose)

ikhwanmuda says:

red + white = i loike it:)

Reen – Salam Reen, waaaaa ada orang tak sabar nak kahwin nampaknye,kekeke..:) insyaallah, nanti masuk sini gak gambar2 reen,hehe

Acai, tak sabar nak tunggu pix saye plak :)

Mr Fathi – Salam fathi, terima kasih..alaa, goleklah bojon cepat2 fathi,hehehe.

Mr Fathi says:

cantiknya gambar2 kang acai ni…bila la aku nak kawen ye?boleh la kang acai….hehe

awe – salam awe,heheh boleh je kuarkan kat blog pun awe kalau aku tak kuar kat sini lagi..:) sebab kekadang memang aku bizi skit,hehe..:) amin atas doa ko ke atas diaorang berdua tu awe..:)

awe says:

Haa..haaa..dah kuar dah..leh aku kuar sikit kat blog aku jugak..aku pun sangka si Halim last man standing benteng kat team kita tu leh bagi posing yang MASKULIN cam tu..moga korang selalu hepi LIM n IS…

Xora – Salam Ixa, haha ada gak ek berfikir camtu..:) sbnrnya kalau tempat dan rumput tu kering macam baring kat tengah padang bola je :) Kalau kita baring2 kat rumput paling kurang ada habuk2 skit je. Tapi memang takkan nampak dari lens dan gambar..:) kalau baring tu buatkan baju kotor biasanya photographer memang takkan suruh baring,hehe. Harap membantu ye Ixa. Ni pengalaman saya yang suka suruh pengantin baring2 ni,keke.

Kerul – Heheh, itulah pasal. Ada iras2 skitlah :P hahaha, siot je kerul, nanti kita calling2. Akupun asyik lupa je nak call ko,hehe. Thanks kerul ek :)

Kerul Shukor says:

hahaha..betui cai, ada iras lisa cket..bru aku prasan..

btw, nice entri bro n gmbar cun..

p/s: aku masih tunggu confirmation dari ko ni..i call u, u tak answer..:P

Xora says:

Salam a.acai nak tanya; kalau pengantin pakai baju putih, baring2 cam dalam gambar ni, baju kotor tak? if kotor ketara ke dalam gambar, ke OP akan edit kasi tak nampak? selalu fikir, tapi tak de tempat bertanya :P

lisa – salam lisa..:) terima kasih lisa. tengok muka isma ni teringat lisa plak,kekeke. ada iras2 skitlah :P

lisa says:

terbaiklah acaii…
sangat2 cantek gambar neh…
heheh…

one – hehehe, baik cik one..:) nanti betulkan. sbnrnya pengantin mmg suka pose, jadi dia main pose je pastu kit aamik gambar. tak payah suruh2 pun,hehee.

zam – salam bro zam, lama tak dengar berita..:) moga sihat2 hendaknya..alaa nak amik ati aku lah tu,kekekkeke..yela2 nanti aku blanje,hehe

wong jowo – weh pi, uplah gambar kat blog,hehe

wong jowo says:

Cayalah sal…

zam says:

salam acai,
tiap kali keluar gambar terbaru mmg kelas tersendiri..
apa rahsia Encik Acai yer? hehehe

one says:

cuba tengok gmbr yg pose tgh menari tu..ejas sikit postur pengantin pompuan pergh..cm supermodel pro yg diambil gmgar oleh jurufoto bertaraf dunia

suria – salam suria, hehehe. doakan semoga hubungan mereka kekal ke akhir hayat,amin..:)

suria says:

memang cantik pemandangan kat situ… is n halim memang sepadan… tahniah utk dorg…

Fadzly – Salam kang, ini dua hari, kalau sehari memang pengsan aku dibuatnya,hehe

Mohd Fadzly says:

Wah caya la bro Acai…memang kelas ko punya shoot gambar. ni semua satu hari punya keje ke?