Wedding Nury & Thaqib

Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Nury & Thaqib yang diadakan di Serdang pada 10.10.2010 yang lepas. Biasanya kalau tarikh2 cantik ni memang sangat best untuk merayakan hari berbahagia kita sebab akan dikenang sampai bila-bila. Orang lelakipun senang ingat sebab tarikh tu menarik dan unik untuk diingati, tapi kalau lupa gak memang tak taulah, haha.

Tetapi masalah nak mendapatkan tok kadi, mak andam, photographer dan katering pun boleh menjadi masalah gak kalau buat last minit. Nury ni seorang yang teliti dan organize tau. Dia dah rancang semuanya setahun sebelum majlis berlangsung. Memang aku sangat kagum. Jadi alhamdulillah majlis semuanya berjalan seperti yang beliau rancangkan. Cuma tok kadi buat lawak ngan ayah pengantin cakap dia tak dapat datang sebab pergi Johor. Padahal dia dah ada depan rumah, hehe.

Layan sikit gambar majlis tersebut :


Nury dan Thaqib ni memang gila-gila gak orangnya. Lelagi Thaqib yang suka ‘buat muka’ macam2. Tengah salam tok kadi ngan atas pelaminpun boleh buat lawak gak, hehe. Seronok bekerjasama dengan diaorang dan takde tekanan sebab semuanya bersahaja, pengantin ceria, majlis berjalan lancar dan cuaca baik, perfect!! Aku saja upload gambar majlis ni banyak sikit dan letakkan sesi outdoor pada entry akan datang.



Untuk akhirnya aku ucapkan terima kasih kepada sahabat aku Khairul Hafiz dan Fadzly kerana membantu aku sepanjang majlis ni berlangsung :) Aku ucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Nury di atas kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Aku doakan semoga kedua-dua pasangan Nury & Thaqib kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin.

Ni layan gambar gila-gila diaorang sebelum aku abiskan entry ni :)

Sekian, terima kasih.



Nota kaki : Nantikan entry outdoor diaorang ni esok :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

salam cai,

sis suka lagu ni.suka sgt2.bertambah2 suka layan gambar sambil dgr lagu ni.best kan kalau dpt couple gila2.sonok nak shoot

selamba – terima kasih wak :) pengantin bagi je tu,hehe (kan nury kan :). lagipun bukanlah cium yang menimbulkan perkara lain :) ia sebagai tanda kemesraan je, lagipun mereka dah ada ikatan sah. Apa beza cium dahi dengan pipi suami isteri? hehe. Lainlah cium bibir :P

adegan animasi cium2 tu kalau dpt izin pemilik tak mengapa sbb so private utk berdua je kan…org awam xleh tgk..hehe. aurat! aurat!
be careful syariat Tuhan.
Kalau kita jaga hak Tuhan, nescaya Allah akan jaga hak kita.
do the best!

nice shot..nice compo! nice color! i like it indeed! congrate acaii…
neutral color. the pic probably same as u seen out of camera…

nuryko – hehehe, ya betul tu pengantin:) mesti reen cantik masa wedding dia nanti,hehe. begitu juga ixa minggu ni :)

Mr Fathi – hehe, saje cuba gambar gif plak..:) ada masa boleh buat camni lagi,hehe

cot – heheheh..:) amiinn. iyealah manalah tau ko lupakan aku nanti cot, sedih aku,kekeke..

Xora – Salam Ixa, terima kasih :) sbnrnya ada byk gak gambar candid ixa tapi takkan nak masukkan sume,haha..:P hish, korang semua kuruslah. photographer je gemuk,kekekeke

ahahahhaha adehhhh..

reen: nnt ko pon akan cantik time wedding ko nnt. trust me!

acaii: sume pengantin cantikkan time wedding.

xora: ahahahaha salahkan baju!~

wakakakaa…
cam siot je…
statement last tu xleh blah..
insyaALLAH kalu ade rezki jadi terer..mase tu ko mesti lagi terer kan..betul x..hahahaha…
mane buleh lupe sifooo…kekekeke

Reen – Salam reen, terima kasih. Nury memang cantik pada hari tersebut. Suka baju warna merah tu,hehe..:)

din – hahahaha, takpelah din. Kekadnag akupun camtu gak,hahahha…

cot – Salam cot :) aku nak perkenalkan nama betul ko cot,hahaha..:) terima kasih cot sudi temankan aku pada hari tersebut ye..:) nanti ko dah terer akupun ko tak pandang cot,haha

salam caii…
kuar jugak akhirnya…
sape khairul hafiz tu weh..
name betul²…
kekekkee…

*dh mcm blog is found la pulak..hehehhe..
gambar ko mmg nice…
thanks bg aku folo aritu…

din -salam din, hahaha. apa ko eja tu din? sideburnlah ejanya,hehe..:) pengantin memang sempoi..aah, ada din tapi aku tak sempat nak masukkan,hehe.

~ waaa… seven pengantin lelaki cam seven ko je cai. hehehee.. *betul ke ejaan seven tu??
~ pengantin mmg sempoi la. terbaik!! gmbr tok mkadi xde ke cai?? hehee..

Nuryko – waaaaaa pengantin dah sampai sini..:) terima kasih gak untuk korang berdua ye. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga :) Tunggu outdoor plak ye,hehe..

salam. walaweeehh!~smart seh gmbo2 sume.mekaseh byk2 beb utk ko ng mbr2 yg dtg skali shoot ritu.

FM – Salam akhi sifuuu, salam ukhuwah kembali. Rindulah kat akhi sorang ni,hehe. Terima kasih sifu :) Insyaallah akan berusaha lebih baik lagi pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan ye. Pasni nak buat lagilah gambar gif tu,hehe

Salam sifu, salam ziarah, salam ukhwah kembali, lama tak jenguk karya rasa makin rindu di hati :) Alhamdulillah, gambar² yg molek belaka, moment bersahaja yg terbaik, suka bebenor den tgk gif image tu, kelakor ade, best pun ade…semoga terus success sifu acaii :)