Tips : Perbaiki komposisi amik gambar

Bismillahirramanirrahim


Hari ni aku nak kongsi tips untuk mengambil gambar yang lebih baik. Perkara ni merupakan perkara paling asas dalam kaedah mengambil gambar dengan cara yang betul:) Jadi ia mmg tak sesuai kepada sesiapa yang dah terer amik gambar. Photographer2 sila beredar ye. Syoh syoh,hahaha.

Rules Of Third (RO3)

Mengikut peraturan RO3 ini, kita cuba ELAK meletakkan subjek sama ada manusia, haiwan dan benda ditengah2 gambar. Jadi sebelum korang tangkap gambar cuba bayangkan satu garisan melintang dan menegak dibahagi 3 seperti gambar kat bawah ni. (Kebanyakkan kamera digital dah ada fungsi ini)


Asas dalam Rules of Third (RO3)


Titik pertemuan tu di kenali sebagai ‘Point of Interest‘ yang kita kena letak subjek. Kalau kita taruk subjek kita kat situ impak gambar yang kita ambil akan lebih kuat dan biasanya gambar akan kelihatan lebih menarik, tertarik ko memang de..(apa aku mengarut ni!, fokus fokus)

Ingat lagi tak dulu kita selalu kalau pi mana-mana amik gambar mesti nak taruk orang tu kat tengah2. Pastu kalau orang tu amik gambar jauh tak nampak muka kita bising. Siap cakap “ Wei, ko ni tak tau amik gambarlah, muka aku tak nampaklah wei. Kecik sangat ni!!”,hehe.

Mari analisis gambar kat bawah ni mengikut kaedah RO3.

Gambar tak ikut RO3 *gambar dari En Google


Gambar camtulah yang kita selalu amikkan? Sebenarnya takde masalah gambar camtu. Akupun kekadang amik gambar camtu gak. Cuma ia tidak mengikut RO3 lah. Sebab kalaulah aku pergi London ke, Tokyo ke, New Zealand ke pastu amik gambar camtu orang bleh pertikaikan.

Tipulah ko gi London, ni macam kat Banting kampung aku je”, “Apesal gambar kat Jepun ko ni macam kat Sogo KL je” dsb, hahaha. Memang betul cakap dia sebab aku punye gambar dah penuh satu gambar tu. Background nampak sikit je. Kata nak tunjuk gambar kita kat situ, jadi kenalah jadikan backgorund tu main subject kita.

Sebab tu aku pelik kekadang orang suka sangat nak nampak muka dia jelas dan besar dalam gambar. Padahal suasana atau background tu lah yang menguatkan cerita dalam gambar tu. Asalkan kita tahu dalam gambar tu ada kita sudah cukup. Kalau nak tengok muka jelas sangat amik je gambar ala-ala gambar friendster yg guna kamera hp dari atas cam budak remaja belasan tahun tu,wakakaka.

Ni antara contoh gambar yang mengikut RO3 yang betul. Sebenarnya ia boleh diaplikasikan kat mana2 sama ada gambar pemandangan, outdoor, potret dsb.

Gambar tasik 2/3 dan langit 1/3 dari gambar *gambar En Google

Gambar pengantin yang aku sengaja letak kat tepi dan follow RO3

Gambar outdoor portraiture yang juga follow RO3 *gambar sifu Udey Ismail

Gambar ni juga aplikasikan RO3 *gambar En Google.


Kalau lihat gambar-gambar di atas, kita boleh lihat subjek diletakkan 1/3 daripada keseluruhan gambar. Bukan setakat vertikal tetapi juga horizontal yang biasanya menjadi latar belakang turut mengikut peraturan RO3 ini.

Sebenarnya banyak lagi bab untuk memperbaiki komposisi mengambil gambar ni seperti leading lines, shadow, pattern & shape, reflection dan foreground frame. Semua tu membantu mendapatkan gambar yang lebih menarik dan mengikut peraturan yang betul. Tapi sebagai asas RO3 adalah satu permulaan untuk korang semua cuba.

Memang kita boleh bila-bila masa ‘break the rules’ dalam mengambil gambar ni. Tapi kalau rules tu pun tak reti, apekejadah nak break rules,hahaha. Contohnya kalau nak letak subjek kat tengah2 pastikan kiri dan kanan subjek adalah seimbang dsb. Akhirnya, benda ni hanyalah sebagai panduan. Supaya kita dapat hasilkan gambar lebih baik. Tapi kalau taknak ikut ye takpelah. Sekurang-kurangnya korang tahu peraturan tu ada :)



Nota kaki : Dah lama aku tak makan tempe, teringinlah,huhuhu.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Majlis Persandingan Haniza & Hilmi

Bismillahirramanirrahim



Rajin betul aku update ni padahal ngah banyak kerja,haha. Takpe, aku ngah tunggu video render tu. Lagipun aku dah siap edit semua gambar sampai ke outdoor, tinggal publish je:) Kali ni aku update majlis bersanding pasangan Haniza dan Hilmi sebelum update plak sesi outdoor diaorg nanti,hehe.

Sebenarnya kalau korang nak kahwin dan tak tahu nak pilih warna apa, aku cadangkan pilih warna putih atau purple je. Bukan sebab aku minat warna purple tapi sebenarnya warna putih dan purple memang cantik dalam gambar dan album. Sebab contast ngan keadaan sekeliling memang tinggi. Jadi dia bleh stand out dari background berbanding warna-warna lain.

Bila buat outdoor pula, cuba elakkan warna2 yang sama ngan background seperti hijau, coklat dan warna2 tone gelap. Bukanlah tidak boleh, tapi mata manusia biasanya mudah tertarik ngan warna dominan yang menonjol. Kalau amik gambar di padang ragut memakai baju hijau yang sama ngan warna rumput maka pengantin akan nampak tenggelam dalam tasik :P

Lenkali aku bagi tips lain ye. Ok layanlah dulu sikit gambar majlis bersanding tu :)



Sebenarnya aku rindu kehadiran Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Rindu dengan suasana tarawikh, juadah moreh, tadarus Quran, berbuka puasa, bangun sahur dan sebagainya. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan ramadhan kali ini. Bulan yang kalau kita mengambil manfaat darinya, kita pasti dapat menjadi seorang insan yang lebih baik,Insyaallah.

Nabi kita selalu mengulang2 perkataan “Allahumma Ballighna Ramadhan (Ya Allah, sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan)” bila telah hampir bulan Ramadhan. Ia akan menyebabkan kita menanti Ramadhan dengan kerinduan dan kecintaan. Kalau berkesempatan aku akan kongsi persediaan2 bulan Ramadhan yang boleh kita buat untuk sama2 kita perbaiki diri. Wallahua’lam.


Nota kaki : Tunggu update Outdoor kat sawah padi pasni. Kali pertama aku amik gambar kat situ tau :P


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Custom album tulisan khat jawi :)

Bismillahirramanirrahim


Ingat lagi tak masa sekolah menengah dulu kita kena pilih kelab, persatuan dan unit berunifom? Dulu aku masuk kelab seni khat sebab aku tengok kelab tu satu2nya kelab yang paling tak ramai orang register. Aku malas nak beratur dan bersesak2 masuk kelab yang popular. Kalau ada gimnastik barulah aku sanggup bersesak2 beratur,kekeke.

Dari situlah aku mula belajar jenis2 khat seperti naskh, rikaah, kufi, diwani, farsi dll. Walaupun terpaksa buat semua tu, tapi terasa sangat cool sebab boleh main celup2 dakwat dan tulis guna buluh kat kertas walaupun tulisan aku macam ayam berak kapur. Ok silap peribahasa, ‘cakar ayam’ sebenarnya.

Memandangkan aku ada kemahiran tu dan ada kesedaran nak memartabarkan tulisan jawi kita yang semakin kepupusan, maka aku telah perkenalkan tulisan jawi dalam custom album aku :)

Ni salah satu sample custom album client aku yang menggunakan tulisan khat jawi sebelum ni:

Muka depan Lather + Canvas :)

Salah satu muka dalam – khat farsi

Majlis ijab dan qabul :)


Bila buat dalam tulisan jawi, maksudnya custom album tersebut memang start dari kanan ke kiri :) Sesuatu yang aku sendiri tak pernah nampak sepanjang aku menceburi bidang ni dari mana2 photographer kat Malaysia ni. Tapi aku kan memang suka cari kelainan :)

Jadi bakal client aku pasni boleh pilih nak tulisan yang normal ataupun tulisan khat. Mereka juga boleh pilih jenis khat sebab aku memang suka cabaran baru,haha. Aku sendiri akan trace khat tersebut gunakan Adobe Illustrator dan masukkan dalam album korang..:)

Honestly, feedback yang aku terima dari tulisan khat ni sangat positif. Dah ada beberapa orang client aku yang minta guna tulisan jawi dalam custom album mereka setelah aku tunjuk sample album khat jawi tu :) Aku tahu memang ada orang pencinta seni khat cam aku ni,ceewahh. Terima kasih semua.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips amik gambar wedding utk newbies

Bismillahirramanirrahim


Jejaka penyeri entry ini, Kerul Shukor :)


Ada orang tanya aku tips untuk mengambil gambar wedding. Katanya nak ambil gambar kakaknya yang kahwin. Sebenarnya benda ni memang akupun tak belajar secara proper. Ia berdasarkan pemerhatian aku terhadap photographer2 yang lebih berpengalaman bekerja dan pengalaman aku menjalankan tugas.

Jadi aku rasa bagi tak menghampakan orang tu aku akan share tips yang berguna. Tapi oleh kerana aku malas nak fikir dan aku telah jumpa tips yang best dari Sifo Adiman aka Karimpeng hensem, maka aku copy paste apa yang dia tulis kat blog dia,keke. Semua kredit adalah untuk beliau :)

Berikut adalah tips untuk newbie (yang dah terer tak payah baca,haha) :

  1. Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
  2. Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
  3. Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
  4. Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Kau suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
  5. Pengantin mulut busuk – sapa soh kau hidu. Keje kau amik gambar je. Tak malu.
  6. Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni kau kene belaja banyak buat lawak dan kau jangan lak muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah kau geletek saja. Lepas tu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
  7. Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
  8. Pengantin taknak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
  9. Pengantin lelaki marah kau sebab usha bini baru dia – Sapa suruh kau usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
  10. Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.

Kesimpulannya, kerja ambil gambar ni bukan kerja mudah, tanggungjawab besar. Moment yang terlepas takkan dapat diulang lagi. Kemahiran mengendalikan kamera juga sangat penting. Kamera mahal belum tentu dapat capture moment yang best. Boleh jadi ia hanya kamera ofis yang dipinjamnya,hahaha. Bak kata Adiman, takkan nak suruh kahwin lagi sekali, orang lelaki sukalah,kekeke.


Nota kaki : Kedua2 orang sahabat aku tu masih single tau. Jadi kepada ciki2 diluar sana yang mahu berkenalan silalah hubungi mereka ye. ( Perrghh, siap promote member lagi tu, hahaha )


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Tips : Amik gambar guna kamera murah :)

Bismillahirramanirrahim



Baru-baru ni ada seorang sahabat aku tanya camne nak hasilkan gambar best dari kamera yang murah. Sebenarnya kamera dia taklah murah, entry level DSLR, D40. Tapi dek kerana rajin berforum pastu ramai suruh upgrade kamera je diapun tergugatlah. Memang kamera mahal lebih memudahkan kerja dan ada kelebihan dari segi kualiti gambar. Tapi ia bukanlah jaminan boleh hasilkan gambar yang superb sepanjang masa tanpa ilmu :)

Entry level DSLR kamera memang ada kelemahan tapi janganlah fikir kelemahan dia je. Kita fikir apa kelebihan kamera tu bleh buat untuk hasilkan gambar yang baik. Contohnya, dah tau kamera tu cuma 3 frame per second je, janganlah ngengada nak tangkap gambar Formula One :) Pastu nak tembak macam machine gun. Kalau terpaksa tu blehla amik gambar sikit2 tapi lagi best kalau tak payah dan amik gambar pemandangan je.

Teaser : Majlis Perkahwinan Cikgu Shahidan & Cikgu Hanifah, Kampar Perak


Kalau takde external flash plak, guna built in flash je. Walaupun byk limitasi cubalah kerja dengan limitasi yang ada. Tapi nak lagi senang, belajar je amik gambar outdoor. Mahirkan dulu skill kat mana2 bidang yang mampu dibuat oleh peralatan kita. Fokus kat kelebihan kamera kita. Yang penting semangat kita untuk belajar ambik gambar. Jangan sebab peralatan tak best, rasa tak best dan tak bersemangat nak ambik gambar.

Sebenarnya kalau kita start dengan kamera yang asas, kita akan belajar untuk asah skill kita dengan lebih baik. Orang dulu-dulu amik gambar takdepun LCD screen, auto focus, continuous drive dsb. Tapi dengan semua teknologi yang kita ada sekarang, kita masih tak bleh hasilkan gambar macam diaorang. Kenapa?? berhenti bagi alasan dan terus belajar!!


Nota kaki : Aku bagi tips bukan bermakna aku bagus sangat. Akupun hempeh gak. Cuma nak kongsi ngan kengkawan lain je mana yang aku tahu :)

Nota kaki 2: Nantikan full entry wedding Cikgu Shahidan & Cikgu Hanifah dalam masa terdekat. Aku sangat bizi sekarang.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com