Tips : Perbaiki komposisi amik gambar

Bismillahirramanirrahim


Hari ni aku nak kongsi tips untuk mengambil gambar yang lebih baik. Perkara ni merupakan perkara paling asas dalam kaedah mengambil gambar dengan cara yang betul:) Jadi ia mmg tak sesuai kepada sesiapa yang dah terer amik gambar. Photographer2 sila beredar ye. Syoh syoh,hahaha.

Rules Of Third (RO3)

Mengikut peraturan RO3 ini, kita cuba ELAK meletakkan subjek sama ada manusia, haiwan dan benda ditengah2 gambar. Jadi sebelum korang tangkap gambar cuba bayangkan satu garisan melintang dan menegak dibahagi 3 seperti gambar kat bawah ni. (Kebanyakkan kamera digital dah ada fungsi ini)


Asas dalam Rules of Third (RO3)


Titik pertemuan tu di kenali sebagai ‘Point of Interest‘ yang kita kena letak subjek. Kalau kita taruk subjek kita kat situ impak gambar yang kita ambil akan lebih kuat dan biasanya gambar akan kelihatan lebih menarik, tertarik ko memang de..(apa aku mengarut ni!, fokus fokus)

Ingat lagi tak dulu kita selalu kalau pi mana-mana amik gambar mesti nak taruk orang tu kat tengah2. Pastu kalau orang tu amik gambar jauh tak nampak muka kita bising. Siap cakap “ Wei, ko ni tak tau amik gambarlah, muka aku tak nampaklah wei. Kecik sangat ni!!”,hehe.

Mari analisis gambar kat bawah ni mengikut kaedah RO3.

Gambar tak ikut RO3 *gambar dari En Google


Gambar camtulah yang kita selalu amikkan? Sebenarnya takde masalah gambar camtu. Akupun kekadang amik gambar camtu gak. Cuma ia tidak mengikut RO3 lah. Sebab kalaulah aku pergi London ke, Tokyo ke, New Zealand ke pastu amik gambar camtu orang bleh pertikaikan.

Tipulah ko gi London, ni macam kat Banting kampung aku je”, “Apesal gambar kat Jepun ko ni macam kat Sogo KL je” dsb, hahaha. Memang betul cakap dia sebab aku punye gambar dah penuh satu gambar tu. Background nampak sikit je. Kata nak tunjuk gambar kita kat situ, jadi kenalah jadikan backgorund tu main subject kita.

Sebab tu aku pelik kekadang orang suka sangat nak nampak muka dia jelas dan besar dalam gambar. Padahal suasana atau background tu lah yang menguatkan cerita dalam gambar tu. Asalkan kita tahu dalam gambar tu ada kita sudah cukup. Kalau nak tengok muka jelas sangat amik je gambar ala-ala gambar friendster yg guna kamera hp dari atas cam budak remaja belasan tahun tu,wakakaka.

Ni antara contoh gambar yang mengikut RO3 yang betul. Sebenarnya ia boleh diaplikasikan kat mana2 sama ada gambar pemandangan, outdoor, potret dsb.

Gambar tasik 2/3 dan langit 1/3 dari gambar *gambar En Google

Gambar pengantin yang aku sengaja letak kat tepi dan follow RO3

Gambar outdoor portraiture yang juga follow RO3 *gambar sifu Udey Ismail

Gambar ni juga aplikasikan RO3 *gambar En Google.


Kalau lihat gambar-gambar di atas, kita boleh lihat subjek diletakkan 1/3 daripada keseluruhan gambar. Bukan setakat vertikal tetapi juga horizontal yang biasanya menjadi latar belakang turut mengikut peraturan RO3 ini.

Sebenarnya banyak lagi bab untuk memperbaiki komposisi mengambil gambar ni seperti leading lines, shadow, pattern & shape, reflection dan foreground frame. Semua tu membantu mendapatkan gambar yang lebih menarik dan mengikut peraturan yang betul. Tapi sebagai asas RO3 adalah satu permulaan untuk korang semua cuba.

Memang kita boleh bila-bila masa ‘break the rules’ dalam mengambil gambar ni. Tapi kalau rules tu pun tak reti, apekejadah nak break rules,hahaha. Contohnya kalau nak letak subjek kat tengah2 pastikan kiri dan kanan subjek adalah seimbang dsb. Akhirnya, benda ni hanyalah sebagai panduan. Supaya kita dapat hasilkan gambar lebih baik. Tapi kalau taknak ikut ye takpelah. Sekurang-kurangnya korang tahu peraturan tu ada :)



Nota kaki : Dah lama aku tak makan tempe, teringinlah,huhuhu.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

salam….blh sy minta pndapt x?
sy bermnat sgt amik gambr…blh x bg th sy kamera jenis apa yg blh sy guna utk permulaan
….

saya baru tahu apa tu RO3.
tqtq kerana tips ni berguna tuk semua…
anyway hope another good tips from u bro.
assalammualaikum

hmmm,kalau nak kata memori kad, tak semua gambar yg jadi gitu. certain2 je. tapi kite perasan kalau gambar malam la jadi gitu. kalau cerah2 siang amat, dia takde jadi cantu.
satu lagi kalau nak format memori kad, tapi kite takde meori kad reader. leh ke format direct dr camera?or gune pc connected to camera?

Zizei – slm sifuu, aku kongsi benda basic jelah zei..:) semua orang tahu..ko lagi terer dari aku bab2 ni,hehe..:) pasal gambar berat sebelah tu kena bagituau orang tu yang tu style zaman sekarang,kekeke

Ku Azrul -terima kasih sudi singgah sini dan perkongsian link tersebut ye..:) salam kenalan bro..:)

ila nursalida – Salam ila, Terima kasih ila ye. Nanti kalau ebrkesempatan sy akan berkongsi lagi entry2 seperti ini..:) kekadang malas je nak tulis byk2, takut orang tak baca,hihi..emmm gambar tu pernah print tak? byk sebab sebenarnya..salah satunya memori kad tu dah corrupt..biasakan untuk format memory card selepas transfer gambar..:) kalau tak cukup cahaya biasa noise tu yang byk tapi takkan ada garisan melintang tu.

salam cikgu acaii (wahh sekarang dah boleh panggil cikgu)

tapi kan “org2 tua” selalu cakap, apsal gambar ko berat sebelah hahaha cammane nak jawab tu.. hehehe

thanks for sharing bro :)

salam, thanks la info ni.berguna sangat. saya ni ingin sangat belajar ambik gambar yg betul. takdelah tahap fotography dapat ilmu2basic gini rasa cukup syukur dah. nnt bg info basic lagi banyak2 ek…

saya nak tanya ni, kalau kita ambik gambar pastu ade garis2 halus melintang kat gambar tu kenapa? tak cukup cahaya ek?

atong – wakakakaka, siot je ko atong..alaa, kalau jupa aku ko tanya jelah mana yang ko nak tanya,hehehe..:) aku mesti bagitaulah mana yang aku tahu..:)perrghh ko buat aku meleleh air liur jelah,siot je ko,haha

zool – slm bro zool, terima kasih sudi baca zool..:) pasni blehlah aplikasikan konsep RO3 dalam gambar2 yang ko amik zool ye,hehe..

CM – slm bro, lepas raya ni memang banyak job pengantin bro CM..CM duduk mana? kalau dekat blehlah ajak2,hehe..

din – salam din,sesama din..hish ko ni..mana yang aku tahu memanglah aku akan kongsi..:) lagipun aku suka tengok kalau ramai orang dapat amik gambar dengan baik..:)kalau ko tengok photographer yang masuk sini semua tu member2 akulah..dan kekadang diaorg memang hebat2 sampai aku segan je diaorg masuk sini,hehe..:) thanks din selalu singgah sini tinggal komen..Takziah gak sebab kalau ngan MU aritu,hehe..aku sokong Arsenal aritu,huhu

Kak Azieazah – slm kak zie, moga sihat2 hendaknya ye..:) nanti kalau kak zie amik gambar blehlah apply benda ni juga ye,hehe..kalau tak ikutpun takpe, cuma nanti diaorg mesti kagum ngan skill kak zie,hehe..

kak masy – hahahaha, kalau tak ikut kena blanje sy kak masy,kekeke

hayad – slm dayah,lamanya tak dengar khabar,hehe..itulah..kalau orang yang biasa tengok gambar2 camtu mesti dia akan cuba buat..tapi orang yang tak biasa mesti dia ingat kita tak pandai amik gambar,hehehe..:) teruskan usaha dayah..:) semoga dapat amik gambar yang lebih baik lagi pasni,ceewahh..

shairulfaiz – slm bro, bagus2..akupun terfikir camtu gak,hehe..tapi ni untuk beginner je paiz, kalau dah ada DSLR tu rasanya diaorg mesti dah terer bab2 camni,ehhe..ko pun jauh lagi hebat dari aku beb..:)

awe – salam awe, hehe..dah selamatpun aku amik gambar korang satu family aritu..thanks awe sudi suh aku amik gambar tu..:) selamat ulang tahun keempat korang ye..semoga terus bahagia hingga keakhir hayat,amin.

Radin – hahaha, sesama sifu radin..:)

peveyhack – thanks sifu pevey..:) kalau berkesempatan emmang aku nak share je benda2 basic camni,hehe

salam.
~ cayalah cai. tenkiu sesgt sudi kongsi info2 yg ko ada. kaf ba ra kap alip ta nun.. hehee.. entri2 ko taun2 lepas yg ak xfollow kene bce gak ni. sure bnyk info gak. =)
~ ko bg link mmber2 ko leh gk ak tgk and study kat geng2 tt ko juge. =) tq
~ dlm diam ak menganggumi mu. (dh lme sbnrnye) kire ikon la ni.. =)
~ seronok bce entri2 ko. terhibur dibuaatnye.. =)

acai.. lepas raya ni ada job pengantin lagi tak? agak2 bole tag dgn acai tak kalo ada shoot outdoor. saya rasa gian plak nak menembak wedding cam dulu2. bak kata pepatah, kucing kalau tak dapat makan ikan, dpt cium bau pun jadiler hehe.

Best-best belajo benda ni..
Boleh apply walaupun guna kamera murah… Caiyoklah Acai, guru fotografi paling baik hati..

dah boleh jer janji ikhlas…klu tak cuba maner nak tau…tak pun ko wat class pondok2 lar macam bebudak kicik tue.
nota sekel:aku memang suka tempe goreng lagi2 klu cicah ngan sambal kicap..leh nitis air mata dok
..

nice tips2 yg dilampirkan acai…nanti ko cuba masukkan keterangan pasal lens wide, penggunaannya dlm RO3 k..

hehehe aku ari2 makan tempe kat umah sebb mak aku masak..ngeh.ngeh..ngeh..

yer, setuju dgn acai. zaman dulu ms guna camera berfilem pun dayah tak suke amek gambo centre. lps tu mst membe marah, muka tak nampk la ape la. dah tu ape-kejadah-nya posing kt background tu kan…

Terimakasih berkongsi-kongsi info..

Jap.. jap.. Kak Azie nak pi selongkar, mana plak dah simpan kamera itam putih akak nih.. hehehe..

jangan marah aaarrrr… Kak Azie cuma ada kamera yg ada hp.. tp suker jugak amik gambor cara yg ESAL sebut tu, background lebeyyyyyy…..

Salam cai, esok pagi kalu dapat dalam kul 8.30pagi kira ok la sesi kita tu..kawe sebenarnya nak sambut 4th anniversery kawe skali..so demo pikir2 la theme apa yg terbaik untuk diabadikan..kalu ada sd card lebih bawak la..leh kawe belajr skali r03 ko tu…kawe pun nak nuntut ilimu gak sikit2 ni…

P.S: thanks le sebab ko sanggup gak ambik job w’pun poso..ko poso ko tak..nampak berisi jo…

Qayyum – salam yum, thanks yum..alaaa, aku nak kongsi editing seganlah ngan ko yum..ko punye editing lagilah mantop gile dari aku,huhu…

sis Honey – slm sis, terima kasih sis ye..acai kongsi je apa yang acai tahu sis,ehhe..sis bagi jelah link ni kalau diaorg tak faham gak,hehe..:)thanks sis ye..acai mengidam jelah,hahahaha

atong – hahah, aku lum cukup ilmu lagilah tong nak bukak kelas..biarlah aku share apa yang aku tahu..byk lagi yang aku tak tau ni,hehe..mestilah tempe yang bungkus ngan daun..rasanya lainlah kalau ko peminat tempe sejati cam aku ni,hahaha

akulensa – slm bro, aah, rule camni biasanya orang tak create sesaja, memang ada signifikannya,ceewaahh..tapi creativiti boleh je kita break rule ni asalkan cantik dimata kita,hehe

Vinil – hahahah, nantilah kalau ada masa buat lagi,thanks..:)

Udey Ismail – salam sifu, thanks sudi singgah sini..thanks bagi aku guna gambar ko tu,hehe..malas nak cari gambar lain,keke..aku setuju ngan ko..kreativiti tu memang memungkinkan byk perkara yang kita tak jangka..:) rules cam RO3 untuk panduan asas orang yang baru tangkap gambar je supaya composition diaorg lebih baik pasni,hehe

sil – aah,tempe kan banyak khasiat kan,hehe..dah baca tadi, lawak memanglah,hehe..

megat – waaaaa, bro pun reti gak ngomong jowo sitik2 yo,hehe..ok, nanti aku cuba kongsi benda2 camni. Sbnrnya aku bukanlah pandai sangat nak bagi tips ni tapi aku just kongsi apa yang aku tahu..kalau salahpun tolong tunjukkan,hehe..

Kerul Shukor- hahahahah, bukan ko pun ada gak ke kerul gambar camtu,kekee..nnti ada masa aku tulis tips lagi kalau rajin,hehe..

peh bagus lar ko nie…tak kedekut ilmu…agak2 bile ko nak bukak kelas nie kang acaii aku nak mendaftar nie..huuh
nota sekel:acaii ko suka makan tempe balut ngan plastik ker ngan daun.

salam caii,

wah bagus2 bagi tips.sis igt lagi masa awal2 sis amik gambo.tips ni la yg cai bagi kat sis.so sis dah paham then xsalah kan kalo break the rules *wakakaka*

ada yg baru2 amik gambo pun sis ada bagi nasihat ni gak.tapi sis xreti explain secara panjang lebar.so pasni sis leh soh refer blog acai la.cukup sempurna penerangan.kalau xpaham lagi xtau la kan….hahahaha.

cai…oh..cai…dah mengidam ke.ehemmm…ehemmmm…ehemmmm

*larikkkkkk*

bagus acai,.sharing is caring :D,.
dapatlah menambah ilmu sesama rumpun:D,.aku tunggu ko share editing!!,.aku tungguuuuuu:D

acaii biasa ahh aku dari mula menapak mmg x pernah tido awal tido awal tu sbb ttido hehe. R03 perkongsian yang yang baik. tapi kadang kala kita kena lawan R03, rules Vs Creativiti

bagus artikel ni..psal klau x ikut rule ni, bagi yg biasa tangkap gambar..mesti nampak ada sesuatu elemen yg kurang..

tips yg sgt bagus cai..ko mmg x lokek ilmu dan suka berkongsi ilmu ngn orang lain..teruskan usaha mcmni cai..:)

p/s: xtahan aku yg “ala-ala gambar friendster” bukn ke ko ada dlu gmbar camtu..hehehe

info bagus! terima kasih acai. aku explore juga tentang RO3 tapi tak berapa faham konsepnya. kini baru aku faham.

aku harap akan lebih banyak entri macam ni walaupun aku tahu sukar untuk dapatkan secara percuma.

ps – dino ki, bojo aku masak tempe sambal he3

tempe mmg byk khasiat & sgt sodap..biasela, wong jowo mmg kaya dgn mcm2 mknn & budaya. hahaaa..mcm dlm entri sy pasai wong jowo.tajuk dia if.u.are.a.pure.javanese..heheee

adiman – tima kasih sifooo yang hebat..alaa, sifoo punye tips lagi byk dan berguna juga..inspirasi dari sifoo gak ni,hehe..

namida – slm kak :) sama2.pasni kalau amik gambar lagi blehlah praktis ye,hehe..itulah, sedapnya tempe..sy suka yang digoreng je,heheh..

cikpingu – slm cikpungu..:) selamat pose..cuba ye..

piiown – slm wan,hahha..siot je panggil aku camtu..:) jomlah, byk benda aku nak belajar dari ko nih..:) ajak sifoo adiman skali,hehe

Ichi – Salam kak :) terima kasih..ni cuma nak kongsi skit je supaya kita semua tahu..sebab tanya member2 lain sume tak pernah dengar,hehe..

cot – wakakakaka, siot ko cots,hehe..

sil – slm wak, aah wes reti kie keneklah jikuk gambar nek sang apik sitik yo,hehe..petang ni nak carik tempelah,hahahaa..

acai
thanks for sharing..akak kdgn main belasah je amik gmbo…heheh..
setapp tu tempe,goreng pedas campur kacang dgn ikan bilis..perggh..layannn….heheh

wah..menarik utk wong koyo nyong yg mmg minat fotografi tp dok sukati je amek gmbr. lecturer nang utm dulu slalu ckp pasai golden section ke hape ntah?

hehe..sok ptg bole mkn tempe. balek kg..yeay!

Salam..
wah, teknik yang sangat bagus la! lepas ni bolehla ikut teknik ni..lepas ni upload la lagi teknik2 yang best ye!

p/s:suke makan tempe!