Idola aku Prof Dr Muhaya

Bismillahirrahmanirrahim


Sekarang aku suka sangat dengar Prof Dr Muhaya kat radio IKIM. Banyak butir-butir kata yang keluar dari mulut beliau sangat aku kagumi dan jadi sumber inspirasi. Aku suka cara beliau menjawab soalan penonton dan bagaimana beliau menjawab persoalan tentang hidup ni walaupun beliau adalah seorang doktor pakar mata. Tanpa sedar hidup aku jauh lebih baik dan aku dapat lihat banyak benda dari sudut positif berbanding sebelum ini.

Teaser Azhar & Shuhadah, Shah Alam.


Ada pendengar yang mengadu, kerja di ofisnya terlalu banyak dan tidak sesuai dengan gaji yang diterimanya. Prof jawab kita mesti belajar lihat sesuatu dari sudut berbeza. Hidup kita pasti akan berbeza. Anggap kerja tambahan tersebut sebagai peluang lakukan ibadah untuk kita mati nanti. Adakah rugi kita beribadah untuk saham akhirat? Betulkan niat untuk cari rezeki keluarga. Cuba lihat ke bawah orang yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap.

Setiap masalah tu datang dari minda kita, ajaibnya penyelesaiannya juga datang dari minda. Kesedihan dan kegembiraan dalam hidup kita memang lumrah dalam hidup. Tugas kita menerima dan belajar menanganinya. Cuba anggap esok adalah hari terakhir hidup kita di dunia ni. Adakah kita masih buat jahat kepada orang lain. Automatik kita akan melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza. Itu antara isi yang aku ingat dalam topik pagi tadi. Insyaallah ada masa nanti aku kongsi lagi.



Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Maria & Fitri, Keramat

Bismillahirrahmanirrahim


Hujung minggu lepas Kuch Kuch Hota Hai ada kat TV3. Sahabat aku kat TV3 bagitau rating penonton masa cerita tu disiarkan lebih dari 3 JUTA penonton. Kalau satu TV tengok berdua dah 6 juta orang Malaysia tengok. Iaitu lebih 20% penduduk Malaysia :) Aku percaya ramai yang dah tak tengok cerita hindustan lebih 10 tahun pun boleh tertengok gak,hehe.

Selain cerita tu sebenarnya aku teringat masa zaman universiti masa cerita ni popular dulu. Masa tu aku rasa semua orang mood hindustan je. Teringat budak rumah aku yang gila hindustan. Siang malam layan hindustan. Satu rumah dengar lagu-lagu tu sampai kalau jiran tak kenal, mungkin diaorang ingat kitorang ni asal dari India,haha.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan pasangan Maria & Fitri yang dijalankan di Dewan Sukan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Tema majlis Maria adalah warna kuning dan pengantin mengenakan baju putih :) Maria ni memang ramah orangnya. Rasa macam dah kenal lama je walau baru kenal,hehe. Layan majlis dia sikit.


Diaorang bersanding agak lewat sikit. Ramai juga sahabat2 Maria yang dah pulang semasa diaorang bersanding tu. Masa sesi outdoor hujan dah turun. Aku dah risau tak dapat shoot,tapi alhamdulillah hujan tu sebentar je. Dapatlah kitorang shoot kat Taman Tasik Titiwangsa. Pertama kali juga aku amik gambar kat sini. Memandangkan hari dah agak gelap memang tak dapat shoot banyak.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar dan meriah. Aku ucapkan tahniah kepada kedua pasangan Maria & Fitri. Semoga ikatan perkahwinan tersebut menjadikan korang berdua lebih baik dunia dan akhirat,amin. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku Halil Hayon yang sama-sama membantu aku dalam majlis ni. Juga kepada Mohammad Azli dari photofr3ak selaku Videographer pada hari tersebut. Tempahan video beliau untuk tahun ni dah full. Memang terbaik!! Orait, jumpa next entry :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Mari doakan semoga keadaan di Syiria bertambah baik dan Allah tunjukkan kebenaran terhadap Islam. Ada masa aku cerita pasal ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Maria & Fitri, Dato’ Keramat

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu aku juga seorang blogger. Sejak aku buat photography ni aku dah tak menulis secara aktif lagi. Antara topik yang kekadang aku sentuh ialah situasi politik di negara kita. Pernah ada satu entry tu lebih 700 komen dari pengunjung blog yang komen tentang penulisan aku tersebut. Aku cuma nak bagitau walaupun sekarang aku tidak menulis sebegitu lagi tetapi bukan bermakna aku tidak mengambil tahu situasi di negara kita.

Kes Hamzah Kashgari yang dikatakan menghina Rasulullah menarik perhatian aku. Memang bukan sikit orang begitu yang ada dikalangan kita sekarang. Tetapi bila ada orang Islam yang menyokong beliau atas nama hak asasi manusia adalah amat menyedihkan. Lagi sedih dengan orang-orang yang nak dapatkan ‘political milage’. Ramai melenting bila Sultan atau artis yang mereka suka dihina. Tetapi bila Rasulullah tercinta dikatakan begitu langsung tidak terasa dihati mereka untuk mempertahankannya.

Aku update dulu majlis pernikahan pasangan Maria & Fitri yang diadakan di Kampung Dato’ Keramat baru-baru ni.


Antara cabaran photographer bila shoot majlis nikah dalam rumah apabila mereka tidak boleh bergerak langsung kerana keadaan yang terhad. Itulah gunanya pengalaman bila menghadapi situasi tersebut. Ia membantu bila terjadi perkara-perkara yang diluar jangkaan. Alhamdulillah majlis pernikahan ini berjalan lancar walaupun hujan lebat di luar rumah:) Tahniah kepada korang berdua. Tunggu full entry majlis sanding pula ye.



Nota kaki : Aku dah tak available pada bulan November 2012. Terima kasih kepada semua yang bertanya dan percaya hasil kerja aku. Aku sangat hargainya :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Gurauan Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim


Aku nak kongsi satu tazkirah ringkas semasa sambutan Maulidur Rasul yang lepas. Satu hari baginda Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat sambil makan buah tamar. Sambil berborak-borak Saidina Ali mahu bergurau dengan Rasulullah. Di antara sahabat-sahabat baginda, sebenarnya Ali yang paling banyak makan buah tamar tersebut. Tetapi secara senyap-senyap Ali meletakkan biji tamar yang beliau makan di tempat Rasulullah letakkan biji-biji tersebut. Seolah-oleh Rasulullah yang makan tamar tersebut.

Teaser Maria & Fitri, Kg Dato’ Keramat.


Kemudian Ali pura-pura berkata kepada Rasulullah di hadapan sahabat-sahabat lain. “Wahai Rasulullah, banyaknya tuan makan buah tamar ini” sambil menunjukkan kepada biji tamar yang Rasulullah makan. Rasulullah tersenyum kerana tahu Ali telah cuba mengenakan baginda. Tetapi baginda spontan membalas “Tak mengapalah Ali, aku makan buah tamar banyak, tetapi aku keluarkan bijinya. Tetapi engkau Ali memakan terus semua bijinya“. Sahabat-sahabat semua tertawa.

Sebenarnya menjadi orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah tidak semestinya menjadikan seorang muslim itu bengis, perengus dan masam muka sepanjang masa. Buktinya Rasulullah juga selalu bergurau dengan sahabat dan isteri baginda. Tanggungjawab yang sangat besar untuk menyebarkan agama Islam di muka bumi masih terus dijalankan dan dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

Namun begitu gurauan perlulah bertempat. Ia mestilah tidak boleh mempermainkan ayat-ayat Allah mahupun sunnah Rasulullah. Ia juga seharusnya tidak menjadikan hukum yang diperintahkan Allah sebagai satu bahan gurauan kerana ia mungkin menyebabkan seseorang itu gelincir aqidah tanpa disedari. Selain itu mempersenda dan mengejek manusia lain dengan niat gurauan juga perlu dielakkan supaya hubungan persaudaraan muslim itu berkekalan baik atas ketaqwaan kepada Allah. Wallahua’lam.




Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Kepten Fahmi & Aimi, Ampang

Bismillahirrahmanirrahim


Pada 1441 tahun yang lepas di sebuah perkampungan Al-Irash, Mekah, lahir seorang manusia agung yang bakal membawa rahmat kepada seluruh alam. 2 bulan sebelum bayi tersebut lahir bapanya Abdullah meninggal dunia sebelum sempat melihat anak tunggalnya itu. Bayangkan bagaimana Aminah yang sarat mengandung 7 bulan menerima ujian besar tersebut. Baginda lahir ketika waktu subuh dengan kelahiran yang agak luar biasa berbanding bayi lain.

Bayi tersebut tidak menangis, tertiarap dan matanya mendongak ke langit seolah-olah ada benda yang dipandangnya. Datuknya Abdul Mutalib menamakan bayi tersebut Muhammad yang bererti ‘terpuji’. Ketika itu, tiada orang di tempat tersebut bernama Muhammad sama ada dikalangan orang dewasa maupun kanak-kanak. Itulah satu-satunya Muhammad di kawasan itu. Selepas kelahiran bayi tersebut kota Mekah berubah wajah. Tanam-tanaman menjadi subur, ternakan semuanya menjadi. Itulah rahmat pertama kepada bumi dengan kelahiran insan yang bernama Muhammad saw.

Atas kesibukan di kantor, aku tidak dapat update banyak majlis bertandang pasangan Kapten Fahmi & Aimi ni. Memandangkan selepas selesai majlis hujan turun dengan lebat, kitorang buat outdoor di sekeliling Bangunan MARDI, Ampang iaitu lokasi majlis tersebut berlangsung. Fahmi ni nampak serius dan garang tapi sebenarnya diapun gila2 juga :)



Alhamdulillah, majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aku doakan semoga kedua pasangan Fahmi dan Aimi sentiasa bahagia dan dirahmati Allah sepanjang masa. Selamat hidup jauh diperantauan kat Labuan sana:)

Maulidur rasul akan datang tak lama lagi. Ada orang yang selalu meraikan hari lahir mereka, anak-anak mereka, kekasih mereka tetapi bila tiba hari lahir Rasulullah kita yang tercinta mereka mengatakan ia bidaah dan tidak perlu diraikan. Adakah itu tanda kita sayangkan Rasulullah?



Nota kaki : Selamat bercuti kepada semua. Berhati-hati di jalan raya.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Kapten Fahmi & Aimi, Semenyih

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku sekolah rendah dulu, selain mengaji Al-Quran kat rumah ustaz, kitorang juga ada belajar berzanji dari Wak Basir kat belakang kampung. Paling bosan sebab kena ingat lagu-lagu rawi yang mengiringi berzanji tu. Aku suka bila tang selawat je. Bila dah sekolah menengah baru tahu rawi yang kitorang lagukan tu merupakan kisah hidup Rasulullah dari kecil. Memang ada pertikaian tentang cerita-cerita tersebut sebab takde sanad yang kukuh. Tapi alangkah bestnya kalau masa belajar tu seperti mendengar cerita Rasulullah:)

Kali ni aku update majlis perkahwinan Kapten Fahmi dan pasangan beliau Aimi yang berlangsung di Semenyih minggu lepas. Aku cover dari majlis nikah, berinai, bersanding dan bertandang. Ini kali ke empat aku shoot pengantin lalu bawah barrel sword:) Fahmi ni seorang tentera udara tau. Memandangkan dia bertugas di Labuan sana, maka pasni Aimi memang akan duduk dan kerja kat sana juga:) Ni sekitar majlis perkahwinan kedua pengantin yang diraikan ini.


Majlis berlangsung dengan sangat meriah. Aimi seorang pendidik. Walaupun beliau dah bertukar ke Labuan tapi ramai anak-anak murid beliau dari Port Dickson datang beramai-ramai ke majlis beliau. Kalau jadi pensyarah aku memang tak dapat bezakan anak murid sebab semuanya dah bergaya dan besar. Tapi memandangkan Aimi mengajar sekolah menengah maka memang aku camlah budak2 yang datang,hehe.

Masa sesi outdoor tu hujan turun dengan lebat. Sampai abis outdoor tu hujan masih belum berhenti. Nasib jumpa pokok besar yang tak kena tempias hujan. Jadilah shoot kat situ:) Terima kasih kepada Cot aka Khairul Hafiz yang tunjukkan tempat ni dan pegangkan payung kat aku,hehe. Aku doakan semoga kedua pasangan ini dirahmati dan dilindungi Allah sepanjang masa. Bebaik duduk jauh dari keluarga kat Labuan sana,hehe. Tunggu aku update majlis bertandang pula ye,



Nota kaki : Aku ingat sword tu ringan je macam pedang mainan tu. Tapi rupanya berat. Kalau nak lawan macam cerita samurai tu boleh bunuh oranglah,hehe.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Rezeki dari Allah

Bismillahirrahmanirrahim


Semasa balik kampung dalam cuti Tahun Baru Cina yang lepas, aku berjumpa dengan beberapa orang kampung yang menaiki motor buruk ke kebun untuk kerjakan kebun kelapa sawitnya. Mungkin lumrah orang yang hidup di bandar rasa kasihan terhadap orang-orang kampung tersebut. Tapi semasa borak-borak ngan seorang sahabat yang bekerja sepenuh masa memetik kelapa sawit, hakikatnya ekonomi mereka jauh lebih baik dari kebanyakkan orang-orang yang kerja di bandar.

Teaser Kepten Fahmi & Aimi, Semenyih.


Masakan tidak, dengan mengerjakan kebun sawit seluas 6 ekar boleh mendapat hampir 10 tan hasil sawit dalam tempoh 2 minggu. Kalau diterjemahkan kepada ringgit, pendapatan mereka boleh mencecah RM10,000 sebulan. Berapa ramai antara kita dapat pendapatan sebanyak itu? Kalaupun ada, berapa pula kita kena bayar rumah dan kereta setiap bulan selama berpuluh tahun hidup di bandar. Berbanding mereka, ada tanah luas, rumah besar tetapi bayar ansuran bulanan kepada bank RM150 sebulan, kereta dah abis bayar dan banyak masa senggang bersama keluarga. Siapa lebih kaya?

Rezeki ini kerja Allah. Allah boleh memberikannya dengan keberkatan ataupun tidak. Ada yang diberikan rezekinya banyak tetapi hidupnya tidak pernah tenang, hatinya sering gelisah dan rasa kekurangan. Rumah besar tetapi sering takut pencuri merompak hartanya. Ada yang pendapatan sederhana, rumahnya sederhana, tetapi keluarganya bahagia. Hatinya tenang, fikirannya bebas. Itulah ‘rezeki sebenar’ dari Allah. Semoga kita lebih bersyukur dengan rezeki Allah yg diberikan sekarang. Mudah-mudahan Allah tambah keberkatan pada harta kita. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Wedding Awyn & Aus

Bismillahirrahmanirrahim


Lamanya aku tak update blog ni. Sempena tahun baru 2012 ni banyak juga pertukaran yang berlaku yang melibatkan tanggungjawab baru dalam organisasi aku kerja sekarang. Setiap tahun aku target nak belajar benda baru yang boleh improve skill dalam kerja aku. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah.

Dalam masa sama aku juga target nak belajar beberapa bidang agama yang aku masih kurang faham terutama bab hadis. Berusaha perbaiki amalan seharian dan tinggalkan benda yang tidak berfaedah. Kadangkala masalah dan konfrontasi yang berlaku dalam hidup kita hasil dari perkataan dan perbuatan kita sendiri. Kita melibatkan diri dalam perkara yang tidak beri manfaat yang sebenarnya menyusahkan diri kita sendiri.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Awyn & Aus yang dijalankan di Shah Alam baru-baru ni. Ni merupakan majlis terakhir aku pada tahun 2011 yang lepas. Diaorang sebenarnya dah langsungkan majlis pernikahan lebih awal. Jadi aku hanya cover majlis persandingan diaorang sahaja. Baju Awyn & pelamin diaorang sangat cantik :) Layan sedikit majlis tersebut.


Majlis tersebut berlangsung meriah dan tetamu yang datangpun ramai sangat. Sebenarnya awyn ni dah berbadan dua semasa majlis berlangsung. Jadi beliau masih lagi dalam proses awal yang kadangkala cepat penat dan mual. Tapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik sehinggalah selesai majlis dan sesi outdoor. Sesi outdoor tu kitorang buat kat tepi Masjid Shah Alam.



Tahniah kepada kedua2 pasangan Awyn & Aus yang dirai ini. Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati Allah dapat jadi ibu bapa yang mithali tidak lama lagi,amin. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Awyn atas layanan dan kerjasama yang baik sepanjang sehari bekerjasama. Mohon maaf kalau ada salah silap. Terima kasih juga kepada sahabat aku Leleq yang jadi pembantu aku sepanjang majlis ini. Aku memang agak bizi di ofis, jadi tak dapat update banyak. Jumpa lagi next entry.



Nota kaki : Aku tak pernah buat promosi ataupun iklan kat mana-mana setakat ni. Tapi pertanyaan tentang pakej wedding yang aku terima memang agak banyak. Pelikpun ada juga sebenarnya,haha. Tapi aku sangat hargai orang yang promote ataupun buat pertanyaan. Terima kasih semua.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe