Ida & Izar, Tasik Titiwangsa

Bismillahirrahmanirrahim


Insan ini tiada yang sempurna. Kita terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita dan sengsara. Kadangkala iman kita bertambah dan kadangkala ia juga berkurang. Satu masa kita lakukan kebaikan dan di masa yang lain juga melakukan dosa. Kerana itu Allah tidak menetapkan penghuni syurga itu bagi orang yg hanya melakukan amal kebaikan sahaja tanpa sebarang dosa.

Dalam Surah al-Qariah ayat 6, Allah berfirman orang yang masuk syurga ialah orang yang berat timbangan amalan baiknya melebihi dosanya. Allah tahu setiap kita tidak sunyi dari kesalahan.Cuma beza antara orang baik dan yang buruk, seorang baik itu memohon keampunan dari Allah dan berusaha membaiki diri.

Ada orang yang melakukan dosa tetapi hati mereka selalu menyesal. Mereka tak menafikan apa yang mereka lakukan itu satu dosa. Allah maha mengetahui. Apabila kita berbicara soal kejahatan manusia, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Rasulullah juga melarang dlm hadis tentang sahabat peminum arak yang dicela sahabat yang lain. Wallahua’lam.

Kali ni aku nak update sesi outdoor majlis Ida dan Izar yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, KL.


Sebenarnya ni kali pertama kali shoot majlis kahwin kat tepi tasik. Paling dikhuatiri kalau majlis kat luar ni adalah musim hujan yang tidak menentu akhir tahun ni. Tapi Alhamdulillah majlis ni berjalan lancar sampailah ke petang. Aku belum dapat update full entry majlis sebab kesibukan di akhir tahun. Institusi zakat memang hanya peak 2 kali setahun iaitu Ramadan dan Disember. Tahniah sekali lagi kepada pasangan Ida & Izar:) Semoga kehidupan berumahtangga ni membawa ke Jannah, amin. Wallahua’lam.



Nota kaki: Semoga bencana banjir di pantai timur berkurangan. Setiap ujian Allah ada hikmah yang kita semua tidak ketahuinya.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Afdlin Shauki & Palestin

Bismillahirrahmanirrahim


Aku sebenarnya sangat gembira bila ada artis tanah air kita berhijrah kepada yang lebih baik. Lelagi bila mereka mengajak ke arah kebaikan. Sebab dengan pengikutnya yang ramai, mungkin apa yg diperkatakan dapat berbekas di hati lebih ramai orang berbanding kata-kata seorang ustaz dan ustazah.

Aku berpeluang mendengar satu rancangan TV dan youtube tentang Afdlin Shauki. Usai pulang dari Gaza, Afdlin membuka mata lebih ramai org tentang keadaan di Gaza, Palestin. Beliau juga mengajak kita sama-sama membantu rakyat Gaza dan dalam masa sama memboikot syarikat yang memberi sumbangan kepada Israel. Allahu Akhbar!!

Ruang berdakwah bukan hanya terhad kepada aktiviti agama sahaja. Bukan hanya untuk orang yg belajar agama & ekslusif kepada golongan berkopiah dan bertudung labuh sahaja. Skop berdakwah itu begitu luas dan tidak perlu disempitkan. Berpuisi, melalui lagu, penulisan dan kerja seharian juga boleh jadi kaedah dakwah. Justeru, seandainya diberi ruang untuk menyampaikan bentuk dakwah yang membawa kepada kebaikan, peluang itu tidak seharusnya dipersiakan.

Teaser Liyana & Din, Temerloh


Antara keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang tempoh waktu, latar belakang diri, dosa lampau atau harta.

Keampunan dan rahmat Allah bukan dijual di jalanan. Ia sangat berkaitan dengan keluhuran jiwa yang ikhlas ingin kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun. Tidak perlu hebahkan dosa lepas maupun mengaku kepada orang lain untuk mendapat keampunan Allah.

Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pelakon di TV, pemimpin di gelanggang politik dan semua orang lain. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.

Belum tentu kita yang solat 5 waktu ini masuk syurga Allah dan belum tentu penyanyi serta pelakon yang banyak lakukan dosa itu ahli neraka. Boleh jadi rahmat Allah jadikan mereka jauh lebih baik dari kita bila mereka dah berubah nanti. Allah maha mengetahui. Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Filzah & Johari, Sri Kembangan

Bismillahirrahmanirrahim


Kedatangan musim tengkujuh pada setiap akhir tahun sememangnya telah dijangka di negara kita. Ia kerana peralihan Munson Timur Laut berkadar langsung dengan taburan hujan terutamanya di timur semenanjung. Kadangkala hujan belah petang tu tidak dapat dielakkan. Bagi pasangan yang melangsungkan majlis perkahwinan kena jangka hujan tersebut akan turun semasa majlis berlangsung.

Ia termasuklah semasa sesi outdoor yang biasanya dilaksanakan selepas majlis sanding selesai. Seperti majlis Filzah & Johari ni, kitorang cuma dapat ambil gambar sekitar 15 minit sahaja sebelum hujan turun dengan lebatnya. Tak sempat nak pose banyak sebab hujan rintik2 dah mula turun. Nasiblah aku bukan jenis yang pacak2 lighting yang sudah tentu akan ambil masa lebih lama dan x dapat shoot lebih banyak


Filzah ni seorang pendidik yang sangat ceria:) Aku kalau jadi anak murid dia ni mesti seronok je sebab dapat cikgu yang tak garang. Tapi tak taulah kalau kat sekolah dia garang plak,hehe. Johari pun seorang guru. Mudah-mudahan urusan mereka untuk duduk dekat dipermudahkan,amin.

Insyaallah nanti aku update lagi. Kita semua diberi masa 24 jam yang sama oleh Allah. Jadi takde istilah tak cukup masa. Perancangan yang teliti tu perlu supaya kita boleh bahagikan masa sebaiknya. Terutamanya masa mengadap Allah dan melakukan sikit amalan sunat. Hidup ni tak lama, bukan kita nak hidup selamanya atas muka bumi ni. Sediakan bekalan secukupnya untuk kita hidup selama-lamanya nanti. Wallahua’lam.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Tetamu rumah

Bismillahirrahmanirrahim


Dulu-dulu masa aku kecik, kalau bertandang ke rumah orang bersama mak ngan abah, mesti kena duduk diam-diam. Tak boleh suka-suka masuk bilik orang, lari ke sana sini, belek2 barang apatah lagi main mainan anak-anak mereka. Kalau degil biasanya mak datang dekat dan cubit kat perut aku sembunyi2. Sakitnya ya amat. Kat rumah mungkin kena marah lagi sekali.

Begitu jugalah kalau ada tetamu datang. Kalau nak main lari-lari mak suruh keluar dari rumah supaya tak ganggu tetamu. Apapun cara didik pada waktu itu, mesejnya adalah sama. Hormati tetamu dan belajar bersopan di hadapan orang lain. Benda tu lah yang tersemat rapi dalam memori dan diamalkan hingga besar.

Teaser Izyan & Hikshan, Putrajaya


Aku pernah lihat anak-anak yang agak nakal yang memecahkan pasu bunga hinggalah ke cermin sliding door ketika berada di rumah orang. Ibu bapa hanya meminta maaf dan mengaku tidak dapat kawal anak mereka. Teringat kata-kata Dr Fadhilah Kamsah dalam program motivasinya. Anak-anak yang nakal biasanya ibu bapa yang kena ubah cara didikan mereka. Apa yang anak tu lakukan semasa kecil adalah kesalahan dan tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya. Anak-anak cerminan ibu bapanya.

Semalam mak ngan abah melawat rumah aku. Macam-macam mak bawak. Dari buah-buahan sampai jajan. Rasa segan pula sebab kekadang aku balik kampung pun tak bawak buah tangan banyak camtu. Aku memang suka terima kehadiran tetamu kat rumah. Mungkin mewarisi dari mak ngan abah. Tetamu tu datangnya membawa rezeki dan pulangnya membawa dosa-dosa kita. Banyak hadis-hadis Rasulullah cerita tentang kelebihan memuliakan tetamu. Mungkin orang sekarang perlu bina serta buka lebih banyak pintu & tingkap supaya mesra tetamu. Bukan memasang tembok dan dinding seperti kubu di rumahnya. Rezeki yang berkat sukar nak masuk. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Ain & Faizal, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim


Akhirnya aku berjaya update full entry hari ini. Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Ain & Faizal yang diadakan di Restoran Zam Zam, Seksyen 9, Shah Alam. Ain ni sebenarnya officemate aku. 5 tahun lepas masa mula-mula masuk kerja kat sini, dia masuk sekali dengan aku dalam jabatan lain. Jadi kitorang memang agak rapatlah.

Satu perkara yang paling aku suka ialah majlis nikah dan sanding beliau berjalan serentak pada malam yang sama. Jimat masa, wang dan tenaga. Mula-mula majlis pernikahan berlangsung, pastu terus sanding & makan beradap. Selesai semuanya. Sepatutnya lebih ramai orang buat begini sahaja bagi mengurangkan kos perkahwinan yang semakin mahal. Tanpa sedar sebenarnya kos perkahwinanlah yang melambatkan proses berumahtangga pasangan sekarang walhal ianya bukan perkara wajib dalam agama.

Oleh kerana dah lama tak update full entry, aku update banyak sikit harini.


Keluarga Faizal ni datang dari Miri, Sarawak. Faizal ni seorang pegawai polis. Jadi memang ramailah sahabat2 polis datang memeriahkan majlis malam tersebut. Makanan pada malam tersebut memang makanan arab. Berbeza dari majlis lain yang menghidangkan nasi minyak dan masakan melayu:) Aku rasa lokasi majlis ni memang bagus dan sapa2 yang ingin melangsungkan perkahwinan di Shah Alam boleh consider tempat ni sebagai lokasi majlis kahwin selain dewan2 lain.

Malam tersebut aku dibantu sahabat baik aku Zakuan Hasan yang juga officemate aku:) Untuk akhirnya aku doakan semoga ikatan kedua pasangan ini berkekalan selamanya,amin. Pakat hidup baik-baik Ain. Jangan garang2,haha. Jumpa lagi entry akan datang. Wallahua’lam





Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Nikmat ini harapan kita

Bismillahirrahmanirrahim


Lamanya tak update blog ni. Aku masih belum berkesempatan nak buat full entry majlis sebelum ni. Sistem kat ofis dah masuk stage kritikal. Kekadang kerja dari kul 8 pagi hingga kul 6 pagi keesokkan harinya. Balik tengah malam memang biasa. Pukul 2-3 pagi dapat call vendorpun ada. Weekend takde rehat sebab shoot wedding. Memang letih sangat-sangat. Mudah-mudahan selepas siap sistem baru ni proses pembayaran & agihan zakat di Selangor makin lancar, teratur dan lebih ramai asnaf dapat dibantu,amin.

Aku nak panjangkan tazkirah yg aku dengar dari buya Hamka yang meninggal tahun 1981 di Jakarta. Ada mp3 dia yang berikan kuliah pada tahun 1970an. Kata beliau “Apa yang kita ada sekarang adalah harapan kita“. Ramai yang lupa nikmat yang telah kita miliki dan berharap nikmat lain yang lebih besar. Sedangkan apa yg kita miliki inilah sebenarnya yang kita mahu dalam hidup.

Bayangkan kalau kita hilang satu kaki akibat kemalangan. Seluruh hidup kita berubah. Baru kita berharap agar kaki kita dikembalikan Allah semula. Begitu juga kalau tiba-tiba jari kita terputus, telinga kita pekak, mata kita buta dsb. Semua nikmat tu kita ada sekarang tapi kita jarang kita syukuri. Jarang kita sedar. Sebenarnya nikmat inilah yang kita paling harapkan bila Allah tarik semula pemberian tersebut.

Belle & Zairy, Desa Tun Razak, Cheras


Izyan & Hikshan, Bukit Changgang, Banting



Betullah kata Hamka tersebut “Apa yang kita miliki sekarang adalah harapan kita“. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami semua. Jadikan kami tergolong dalam hambaMu yang bersyukur.

Insyaallah bila dah tenang sikit aku akan update semua entry ni satu persatu:) Aku doakan semoga semua sahabat-sahabat kat sini dilindungi Allah dan diberikan kesihatan yang baik sekeluarga. Ucaplah Alhamdulillah. Moga Allah tambah nikmat kita. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Salam Maal Hijrah 1434H

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dapat juga aku update blog ni ditahun baru 1434H. Selamat tahun baru hijrah semua sahabat yang dirahmati Allah. Dalam 2-3 minggu ni memang tempoh yang agak sibuk dan memenatkan. Kesihatan aku kurang baik, rumah mak di kampung banjir, proses berpindah rumah dan beberapa tugasan wedding di luar Selangor. Semua tu perlukan tenaga dan perancangan masa yang sangat teliti.

Syukur kepada Allah, setelah 2 minggu di pusat pemindahan banjir, semalam orang kampung aku dah boleh pulang ke rumah masing-masing. Walaupun banyak kerosakan berlaku tetapi rasa lapang dada dapat kembali ke rumah sendiri. Mudah-mudahan Allah luaskan lagi rezeki mereka selepas ujian ini,amin.

Walaupun aku kurang update blog kebelakangan ni tapi sebenarnya tugasan wedding aku berjalan seperti biasa. Malah dari bulan lepas hingga akhir tahun ni setiap minggu aku bertugas di majlis-majlis kahwin menyaksikan 2 hati bersatu dalam ikatan yang dituntut oleh agama. Ikatan yang kekal selamanya hingga ke syurga insyaallah. Ni beberapa majlis yang akan aku update sepenuhnya nanti.

Ain & Faizal, Shah Alam


Ida & Izar, Titiwangsa


Anis & Hayat, Melaka



Antara perkara yang aku suka bila shoot majlis nikah ialah dapat mendengar khutbah nikah daripada imam ataupun tok kadi tersebut:) Malah aku buat nota khusus kat handphone sekiranya ada isi dan ilmu yang boleh aku gunakan sebagai panduan hidup. Alhamdulillah, list tu dah panjang sebab dah beberapa tahun aku duduk di majlis nikah.

Antara yang menarik perhatian aku minggu lepas, imam bagitau semua pasangan kita ni adalah kurniaan dari Allah. Perkenalan, putus cinta, keputusan untuk berkahwin, semua perasaan tu Allah yang berikan dan letakkan di hati kita. Bila telah berkahwin pula, keduanya diberikan tanggungjawab yang sama besar yang membawa implikasi syurga atau neraka. Jadi setiap pasangan yang berkahwin kena selalu mohon kepada Allah supaya tidak diuji dengan perkara yang tidak mampu ditanggung oleh keduanya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Mudah-mudahan Allah beri pertolongan kepada penduduk di Gaza sekarang,amin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Cerita tentang banjir

Bismillahirrahmanirrahim



Pagi Isnin lepas masa aku bersiap nak pergi kerja, dapat panggilan dari mak. Jarang mak telefon waktu pagi. Risaunya hati masa jawab panggilan tu. Rupanya mak bagitau air dah naik sampai dalam rumah. Kampung aku dilanda banjir sekali lagi. Kali kedua dalam tempoh 4 tahun. Semua penduduk kampung aku dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Bila dengar berita tersebut tiba2 teringat adik bongsu aku yang sedang menduduki exam SPM minggu ni.

Teaser Filzah & Johari, Serdang


Tinggal di pusat pemindahan banjir jauh sekali dari keselesaan. Aku pernah merasainya. Berkongsi tandas yang kotor dan tidak mencukupi. Tidur beramai-ramai beralas tikar tanpa bantal, selimut dan tiada sebarang privasi. Ada yang tidur di lantai yang sejuk sepanjang malam. Makanan dan minuman kadangkala tak mencukupi. Bayangkan pula kalau korang terpaksa study untuk SPM dalam keadaan tersebut. Bayangkan kalau ada anak kecil yang masih bayi. Mudah2an Allah mudahkan mereka semua.

Tu semua ujian Allah. Kalau fikir semula beribu2 orang lain di seluruh negara juga mengalami bencana yang sama. Mereka juga mengalami kesukaran yang sama. Kadangkala ia boleh jadi satu ingatan Allah supaya kita sentiasa beringat nikmat Allah yang diberi boleh ditarik bila-bila masa. Jangan tengok orang lain. Tengok diri sendiri berapa banyak nikmat yang kita telah dapat dan berapa kerap kita bersyukur kepada Allah. Belum sempat bersyukur kita dah mintak nikmat lain. Itulah kita. Wallahua’lam.


Nota kaki : Aku agak sibuk sekarang dgn kerja di kantor. Insyaallah akan update full entry tak lama lagi.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe