Bismillahirrahmanirrahim


Hujung minggu lepas Kuch Kuch Hota Hai ada kat TV3. Sahabat aku kat TV3 bagitau rating penonton masa cerita tu disiarkan lebih dari 3 JUTA penonton. Kalau satu TV tengok berdua dah 6 juta orang Malaysia tengok. Iaitu lebih 20% penduduk Malaysia :) Aku percaya ramai yang dah tak tengok cerita hindustan lebih 10 tahun pun boleh tertengok gak,hehe.

Selain cerita tu sebenarnya aku teringat masa zaman universiti masa cerita ni popular dulu. Masa tu aku rasa semua orang mood hindustan je. Teringat budak rumah aku yang gila hindustan. Siang malam layan hindustan. Satu rumah dengar lagu-lagu tu sampai kalau jiran tak kenal, mungkin diaorang ingat kitorang ni asal dari India,haha.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan pasangan Maria & Fitri yang dijalankan di Dewan Sukan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Tema majlis Maria adalah warna kuning dan pengantin mengenakan baju putih :) Maria ni memang ramah orangnya. Rasa macam dah kenal lama je walau baru kenal,hehe. Layan majlis dia sikit.


Diaorang bersanding agak lewat sikit. Ramai juga sahabat2 Maria yang dah pulang semasa diaorang bersanding tu. Masa sesi outdoor hujan dah turun. Aku dah risau tak dapat shoot,tapi alhamdulillah hujan tu sebentar je. Dapatlah kitorang shoot kat Taman Tasik Titiwangsa. Pertama kali juga aku amik gambar kat sini. Memandangkan hari dah agak gelap memang tak dapat shoot banyak.


Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar dan meriah. Aku ucapkan tahniah kepada kedua pasangan Maria & Fitri. Semoga ikatan perkahwinan tersebut menjadikan korang berdua lebih baik dunia dan akhirat,amin. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku Halil Hayon yang sama-sama membantu aku dalam majlis ni. Juga kepada Mohammad Azli dari photofr3ak selaku Videographer pada hari tersebut. Tempahan video beliau untuk tahun ni dah full. Memang terbaik!! Orait, jumpa next entry :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Mari doakan semoga keadaan di Syiria bertambah baik dan Allah tunjukkan kebenaran terhadap Islam. Ada masa aku cerita pasal ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
azieazah says:

Ralat:
Kuh = Kuch

Acaii Jawe says:

Azieazah – Salam kak zie yang dikasihi, kak zie, amboi peminat hindustan juga rupanya,hehe :) Rugilah kak zie terlepas tengok last week. Sebab boleh kembalikan kenangan dolu2,hahaha. Insyaallah kak zie, harap satu hari nanti dapatlah bekerjasama dengan kak zie tau :) Teringin sangat nak jumpa ni,hehe.

azieazah says:

Salam dindaku ESAL.

Sebut pasal filem Hindustan ni, Kak Azie antara peminat juga. Sekarang berjangkit pada anak dara Kak Azie yg sulong tu. Dia pun minat sangat.

Last week, memang terlepas la Kuh Kuh Hota Hai tu, sebab keja luar. Nak layan CD dia pun takda masa. Zaman gemilang Hindi macam nak mula balik.

Sebenarnya, sejak ESAL aktif sebagai photographer orang kahwin, Kak Azie sendiri simpan hajat nak amik ESAL jadi jurugambar anak Kak Azie bila kahwin nanti. Ada harapan tak?

Tapi anak pun masih dok belajar lagi…. hehehehe

Fzuan says:

Nicely done bro…admire ur artwork…keep it up :)

Abel says:

Haha… Kene sabar kn.. Tp xbnyk la gmbr pengantin perempuan yg lbh tinggi . Kekurangan rujukan ni.. Nti kne suruh cik abg pkai tengkolok tinggi ler..

Acaii Jawe says:

Abel – Hehehe, nanti sy cuba search kan. Aritu memang ada jumpa gak tau :)

Fzuan – Salam bro, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen ye :) Thanks.

Abel says:

Cantik.. So sweet.. Nk jugak…:)

Acaii Jawe says:

Abel – Salam Belle,hahaha :) Sabar ye. Tak sabar ni nak amik gambar Belle plak :)