Bismillahirrahmanirrahim


Pada 1441 tahun yang lepas di sebuah perkampungan Al-Irash, Mekah, lahir seorang manusia agung yang bakal membawa rahmat kepada seluruh alam. 2 bulan sebelum bayi tersebut lahir bapanya Abdullah meninggal dunia sebelum sempat melihat anak tunggalnya itu. Bayangkan bagaimana Aminah yang sarat mengandung 7 bulan menerima ujian besar tersebut. Baginda lahir ketika waktu subuh dengan kelahiran yang agak luar biasa berbanding bayi lain.

Bayi tersebut tidak menangis, tertiarap dan matanya mendongak ke langit seolah-olah ada benda yang dipandangnya. Datuknya Abdul Mutalib menamakan bayi tersebut Muhammad yang bererti ‘terpuji’. Ketika itu, tiada orang di tempat tersebut bernama Muhammad sama ada dikalangan orang dewasa maupun kanak-kanak. Itulah satu-satunya Muhammad di kawasan itu. Selepas kelahiran bayi tersebut kota Mekah berubah wajah. Tanam-tanaman menjadi subur, ternakan semuanya menjadi. Itulah rahmat pertama kepada bumi dengan kelahiran insan yang bernama Muhammad saw.

Atas kesibukan di kantor, aku tidak dapat update banyak majlis bertandang pasangan Kapten Fahmi & Aimi ni. Memandangkan selepas selesai majlis hujan turun dengan lebat, kitorang buat outdoor di sekeliling Bangunan MARDI, Ampang iaitu lokasi majlis tersebut berlangsung. Fahmi ni nampak serius dan garang tapi sebenarnya diapun gila2 juga :)



Alhamdulillah, majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Aku doakan semoga kedua pasangan Fahmi dan Aimi sentiasa bahagia dan dirahmati Allah sepanjang masa. Selamat hidup jauh diperantauan kat Labuan sana:)

Maulidur rasul akan datang tak lama lagi. Ada orang yang selalu meraikan hari lahir mereka, anak-anak mereka, kekasih mereka tetapi bila tiba hari lahir Rasulullah kita yang tercinta mereka mengatakan ia bidaah dan tidak perlu diraikan. Adakah itu tanda kita sayangkan Rasulullah?



Nota kaki : Selamat bercuti kepada semua. Berhati-hati di jalan raya.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
azieazah says:

Salam dindaku ESAL.

Cantik sungguh pasangan pengantin. Ringkas tapi nampak ceria dan bahagia. Moga jodoh mereka berkekalan.

Selamat menyambut MaulidurRasul.. dengan cara tersendiri. Ada banyak sekali contoh dan tauladan dari keperibadian Baginda yang boleh kita teladani. Tapi banyak juga yang kita tidak terbuat…

Semoga amalan kita semakin baik dari masa ke semasa….

Acaii Jawe says:

Salam kak azie – Terima kasih kak zie sudi singgah dan tinggalkan komen kat sini :) Selamat menyambut Maulid RAsul juga buat akak sekeluarga ye. Mudah2an kita semua dapat syafaat baginda yang sangat besar di akhirat kelak,amin. Semoga kak zie sekeluarga sihat2 hendaknya ye :)