Bismillahirrahmanirrahim


Dulu aku juga seorang blogger. Sejak aku buat photography ni aku dah tak menulis secara aktif lagi. Antara topik yang kekadang aku sentuh ialah situasi politik di negara kita. Pernah ada satu entry tu lebih 700 komen dari pengunjung blog yang komen tentang penulisan aku tersebut. Aku cuma nak bagitau walaupun sekarang aku tidak menulis sebegitu lagi tetapi bukan bermakna aku tidak mengambil tahu situasi di negara kita.

Kes Hamzah Kashgari yang dikatakan menghina Rasulullah menarik perhatian aku. Memang bukan sikit orang begitu yang ada dikalangan kita sekarang. Tetapi bila ada orang Islam yang menyokong beliau atas nama hak asasi manusia adalah amat menyedihkan. Lagi sedih dengan orang-orang yang nak dapatkan ‘political milage’. Ramai melenting bila Sultan atau artis yang mereka suka dihina. Tetapi bila Rasulullah tercinta dikatakan begitu langsung tidak terasa dihati mereka untuk mempertahankannya.

Aku update dulu majlis pernikahan pasangan Maria & Fitri yang diadakan di Kampung Dato’ Keramat baru-baru ni.


Antara cabaran photographer bila shoot majlis nikah dalam rumah apabila mereka tidak boleh bergerak langsung kerana keadaan yang terhad. Itulah gunanya pengalaman bila menghadapi situasi tersebut. Ia membantu bila terjadi perkara-perkara yang diluar jangkaan. Alhamdulillah majlis pernikahan ini berjalan lancar walaupun hujan lebat di luar rumah:) Tahniah kepada korang berdua. Tunggu full entry majlis sanding pula ye.



Nota kaki : Aku dah tak available pada bulan November 2012. Terima kasih kepada semua yang bertanya dan percaya hasil kerja aku. Aku sangat hargainya :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

itu la rasanyer begitu. tapi now sudah gemokkk so harus dilupakan sesi photoshoot :p

linda says:

salam acai,

adeh, dah tak available lak smpi nov 2012. baru nk sajes hang kat kawan. aku lupe nama blog ni, buleh lak search acai jawa keluar link aku nak. hee :D

Acaii Jawe says:

Linda – Salam linda, aahlah Linda. Tarikh pada bulan tu memang dah full :) Terima kasih ye linda sudi suggestkan kat orang lain,hehe. Appreciate it!!

as salam acai,

kami busy tahap kalah PM sampai dah setahun kawen pun, gambar tak pilih2 lagi utk diframe kan. hehehe

gambar2 acai makin menarik skang. teruskan usaha! :)

Acaii Jawe says:

Reen – Salam reen :) Moga reen dan reem sihat2 je hendaknya. Terima kasih ye sebab masih sudi singgah sini lagi :) Hahaha, dah lama gila tak pilih lagi gambar utk diframekan. Tapi takpe reen, nak tunggu sampai kita buat sesi photoshootpun ok gak,hihi.

maria says:

hujan lebat di luar dan dalam umah… hujan kat luar boleh benti.. hujan dalam umah susah nak benti hehehhee…. anyway tq acai…hehe sori la umah sempit xckup ruang.. seronok bekerja dgn acai….

Acaii Jawe says:

maria – Salam maria,yaaa itu dia pengantin sudah masuk :) Terima kasih juga kepada maria sekeluarga yang berikan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis berjalan. Makanan selepas majlis nikah tu sedap gila maria, 2 kali saya tambah,haha. Tahniah untuk korang berdua ye:) Tunggu full entry dan album nanti ye :)

Salam Acai, wah makin maju sekarang ni sampaikan hanya hujung tahun je yang masih free….tak pe rezeki tu ….bila la dapat ikut Acai lagi ni ..

Acaii Jawe says:

Fadzly – Salam kang, lamanya tak dengar khabar :) hope korang sekeluarga sihat2 hendaknya. Dah lama tak terserempak kat Giant,kekeke. Moga sihat2 je kang. Ada masa boleh je follow lagi,hehe.

Kerul Shukor says:

hehe..mmg kelam kabut juga kalau terbatas pergerakan kat rumah pengantin..nak pulak time nikah..skang dah trend kan orang pkai kipas2 kertas tu buat hiasan pelamin, suka nengok kretif..btw, nice pic as always bro..:)

Acaii Jawe says:

Kerul Shukor- Salam kerul, teirma kasih kerul sudi singgah sini dan tinggalkan komen :) Aahlah kerul, akupun perasan. Napelah dulu aku kahwin takde camni,hahaha. Aku sebanrnya dah gatal tangan nak pakai FF ni kerul,hehe.

azieazah says:

Salam dindaku ESAL.

Sentiasa gembira dengan hasil kerja ESAL dan melihat begitu ramai yang memberikan kepercayaan dan keyakinan untuk itu. Teruskan usaha. Semoga semakin murah rezeki untuk diri dan keluarga.

Abel says:

Lagi2 belek acaii jawe pic.. Cantik.. Makin famous lak design bunga kertas ni..:)

Acaii Jawe says:

Abil – Salam Belle :) Terima kasih ye,hehe. Aahlah mybe sebab dia simple dan cantik sebagai hiasan,hehe.

Azieazah – Salam kak zie yang dihormati :) semoga akak sekeluarga sihat2 hendaknya. Alhamdulillah kak, berkat doa akak dan sahabat2 lain semuanya berjalan lancar bagi saya. Insyaallah akan terus usaha yang lebih baik untuk client2 saya yang akan datang. Semoga kak zie diluaskan rezeki juga ye,amin.

eerpan says:

salam abg acaii..sy ad email abg utk book abg..arap abg bls k. tq

Acaii Jawe says:

Salam Eerpan, Oohh nanti saya reply mail tersebut ye. Biasa reply mail petang2 pas balik kerja,hehe. Thanks Eerpan.