Wedding Kapten Fahmi & Aimi, Semenyih

Bismillahirrahmanirrahim


Masa aku sekolah rendah dulu, selain mengaji Al-Quran kat rumah ustaz, kitorang juga ada belajar berzanji dari Wak Basir kat belakang kampung. Paling bosan sebab kena ingat lagu-lagu rawi yang mengiringi berzanji tu. Aku suka bila tang selawat je. Bila dah sekolah menengah baru tahu rawi yang kitorang lagukan tu merupakan kisah hidup Rasulullah dari kecil. Memang ada pertikaian tentang cerita-cerita tersebut sebab takde sanad yang kukuh. Tapi alangkah bestnya kalau masa belajar tu seperti mendengar cerita Rasulullah:)

Kali ni aku update majlis perkahwinan Kapten Fahmi dan pasangan beliau Aimi yang berlangsung di Semenyih minggu lepas. Aku cover dari majlis nikah, berinai, bersanding dan bertandang. Ini kali ke empat aku shoot pengantin lalu bawah barrel sword:) Fahmi ni seorang tentera udara tau. Memandangkan dia bertugas di Labuan sana, maka pasni Aimi memang akan duduk dan kerja kat sana juga:) Ni sekitar majlis perkahwinan kedua pengantin yang diraikan ini.


Majlis berlangsung dengan sangat meriah. Aimi seorang pendidik. Walaupun beliau dah bertukar ke Labuan tapi ramai anak-anak murid beliau dari Port Dickson datang beramai-ramai ke majlis beliau. Kalau jadi pensyarah aku memang tak dapat bezakan anak murid sebab semuanya dah bergaya dan besar. Tapi memandangkan Aimi mengajar sekolah menengah maka memang aku camlah budak2 yang datang,hehe.

Masa sesi outdoor tu hujan turun dengan lebat. Sampai abis outdoor tu hujan masih belum berhenti. Nasib jumpa pokok besar yang tak kena tempias hujan. Jadilah shoot kat situ:) Terima kasih kepada Cot aka Khairul Hafiz yang tunjukkan tempat ni dan pegangkan payung kat aku,hehe. Aku doakan semoga kedua pasangan ini dirahmati dan dilindungi Allah sepanjang masa. Bebaik duduk jauh dari keluarga kat Labuan sana,hehe. Tunggu aku update majlis bertandang pula ye,



Nota kaki : Aku ingat sword tu ringan je macam pedang mainan tu. Tapi rupanya berat. Kalau nak lawan macam cerita samurai tu boleh bunuh oranglah,hehe.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

lama dah tak pegi kenduri zanji malam2…

kredit utk gambo tabik hormat bila wife marah. looks terapung jer 2-2.

salam kang acai.
wes sui orak jenguk sini. kehkeh.
sory jawe nye mcm pelik. haha.

nyong jeles tengok pic outdoor la kang. mcm nak kene koyak. hehe. :D

taqo – Salam bro, terima kasih masih sudi singgah sini ye :) wes suie orak ngomong jowo. Tumpuh jawenya,hahaha.

zOO – Salam ZOO, kat kampung memang masih ada lagi. Kat taman2 perumahan dan apartment memang harapkan orang surau je yang buat semua perkara,hehe. Terima kasih bro.

salam. lama x menjenguk blog ni. baca cerita bro acaii tadi teringat lak zaman kecik2 dulu suka ikut arwah nenek gi kelas mengaji kat rumah ustaz basir. dah meninggal dah ustaz ni. nama lebih kurang sama mcm wak basir tu ;) gi jalan kaki, redah kebun kopi n kelapa sawit. saya sorang je budak kecik masa tu yg lain semua mak2 n nenek2 orang. almaklumlah, suka mengekor arwah nenek…teringat zaman2 dulu. beza sgt dgn zaman skrg…

sil – salam sil :) Waa ada juga namanya ustaz basir. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Rindukan zaman camtu. Tapi sekarang ni lalu lorong2 kat hutan batu je,hehe.