Bismillahirrahmanirrahim,

Ini adalah job pertama aku selepas belajar dari beberapa ‘tag along’. Terima kasih kepada Dhia yang beri kepercayaan kat aku walaupun aku belum ada portfolio lengkap dan pengalaman amik gambar. Aku akan ingat sampai bila2 pengalaman tersebut. Dhia ni merupakan sahabat yang aku kenal melalui blog. Tetapi yang menariknya aku tak pernah jumpa dia walau dah lebih 3 tahun kenal di alam maya..:) Hanya jumpa pada hari pertunangan dia kat Rawang tu je.

Tapi alhamdulillah selepas jumpa tu rasa macam dah lama kenal je. Dia sangat peramah dan cantik orangnya. Berborak sakan macam dah kenal lama je. Dia buat aku rasa selesa untuk membuat kerja-kerja aku. Aku suka sangat kalau dia senyum dan muka dia memang mesra kamera lah,hihi. Oleh kerana ni merupakan job pertama, aku rasa masih banyak perkara yang aku kena perbaiki. Aku sentiasa tulis benda-benda yang aku pelajari supaya aku dapat sentiasa improve pada masa akan datang..:)


Oleh kerana aku takde pengalaman aku ajak member aku Ajey untuk ikut aku shoot majlis tersebut. Diapun baru belajar2 amik gambar macam aku juga;) jadi sama-sama belajar lah,hehe. Selain tu bleh jadi back-up takut2 kamera aku jammed ke time majlis tak ke haru biru muka aku kalau tu terjadi,hahaha. Ni gambar aku ngan ajey masa balik dari job tersebut.

Wassalam.

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Thanks for Comments

salam zira – boleh email kepada saya untuk maklumat lanjut ye. terima kasih.

zira says:

salam..sy nk tau harga photographer bp?

Cinta says:

Saya rindu dhia…sungguh saya rindu…

faisalhjrahim says:

Salam sarah, alaaa lamanya nak tunggu baru bleh jumpa awk sarah,huhu..:P masa tu sy dah jadi bapak agaknye,hehehe

Sarah says:

Ehehe. Lepas 3 tahun baru jumpa kan? Ha. Molek la kalau gitu. Tunggu lagi 2 tahun baru kita pulak jumpa la Acai. Saya pun nak kawin 2-3 tahun lagi. Kekeke =p
p/s: Diya memang sangat sweet =) Tapi Acai pulak sangat gedik dalam gambar last tu *pecutttttttt