Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim,

Teaser Dr Ainaa & Dr Hafiz, Bukit Beruntung

Teaser Dr Ainaa & Dr Hafiz, Bukit Beruntung

Jika masih bujang, bersyukurlah sebab masih punyai ruang berbakti sepenuhnya kepada ibu bapa. Tiada berbuat dosa kepada suami/isteri dan anak-anak yang menyebabkan sukar untuk ke syurga.

Jika masih belum memiliki zuriat, bersyukurlah sebab di hari akhirat kelak Allah tidak akan tanya tentang tanggung-jawab mendidik anak telah dilaksanakan dengan sempurna atau tidak. Begitu juga amaran dalam Quran tentang anak-anak yang jadi penyebab ramai manusia lalai dari mengingati Allah.

Jika telah memiliki zuriat, bersyukurlah sebab jika anak itu soleh/solehah, mereka boleh menjadi pencen kubur kepada ibu bapanya yang akan berikan pahala berpanjangan walaupun kita tiada lagi di muka bumi ini.

Kita hidup ni sekejap sahaja. Mari sama-sama bersyukur dengan kehidupan sementara di atas muka bumi ini.

Nazwa & Ijad, Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim,

Kata orang, kita tidak akan nampak keaiban pada orang yang kita kasihi. Bahkan sedikit keaibannyapun kita tak nampak bila kita menyintainya. Mata yang redha itu rabun untuk melihat kelemahan dan keaiban insan yang kita sayang.

Sedangkan mata yang benci itu sentiasa nampak kesalahan dan kesilapan orang yang sudah tidak kita sayang lagi.

Tidak mengapa. Apa yang berlalu itu tak usahlah dikenang. Selagi kita suka kebaikan selagi itulah kita punya harapan untuk jadi baik walaupun kita pernah dan masih melakukan banyak dosa dan kesilapan.

Kali ni aku update sedikit wedding Ijad & Nazwa yang diadakan di Shah Alam. Mereka buat outdoor di tepi jalan Seksyen 24, Shah Alam je.

nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1nazwa1

Semoga ikatan yang terjalin ini berkekalan bahagia sampai ke syurga. Kita takkan tahu mana di antara kita yang dimakbulkan doanya. Boleh jadi kita tidak sedar dengan doa kita terhadap orang lain menjadi sebab kebahagian mereka.

Tentang dakwah

Bismillahirrahmanirrahim,

zeti

Rahim & Zeti, Cheras

Kita seringkali tidak menghargai proses dan kurang bersabar dalam hidup. Kebaikan walau sekecil manapun pasti memberi kesan dalam hidup kita.

Seringkali orang yang melakukan maksiat bukan tidak mahu bertaubat daripada dosa. Tetapi putus asa oleh dakwah yang menghakimi dan tidak memberikan harapan. Kita tidak boleh menghalalkan perkara haram dan dosa yang dilakukan mereka, tetapi bukan bererti kita tidak boleh berlembut dalam menjalankan dakwah serta nasihat.

Dakwah ini tentang berusaha dan mengharapkan hanya pada Allah hasil akhirnya. Ia tentang menyampaikan dalil-dalil dan pencerahan agar kita sama-sama diberkati oleh Allah. Jadi dakwah itu untuk menyampaikan kebenaran, bukan menyebabkan manusia jauh kerana takutkan kebenaran.

Kecil atau besar usaha seseorang dalam dakwah hanya Allah yang membalasnya. Semoga kita semua usaha jadi insan yang memberi manfaat kepada insan lain semasa hidup kita ini.

Wallahua’lam.

Ujian Allah itu berbaloi

Bismillahirrahmanirrahim,

Zeti & Rahim, Shah Alam

Zeti & Rahim, Shah Alam

Sama ada kita ini seorang yang kaya, miskin, sihat, sakit, cantik, jelek, sempurna anggota badan, cacat dan seumpamanya;

Kita semua sedang menjalankan takdir Allah. Ia hanyalah ujian yang diberikan Allah kepada semua manusia bagi menguji iman sementara kita hidup di atas muka bumi. Setiap orang diuji dengan cara berbeza.

Kalaulah ujian yang Allah beri itu menyebabkan kita masuk syurga, alangkah kecilnya ujian tersebut.