Nikmat ini harapan kita

Bismillahirrahmanirrahim


Lamanya tak update blog ni. Aku masih belum berkesempatan nak buat full entry majlis sebelum ni. Sistem kat ofis dah masuk stage kritikal. Kekadang kerja dari kul 8 pagi hingga kul 6 pagi keesokkan harinya. Balik tengah malam memang biasa. Pukul 2-3 pagi dapat call vendorpun ada. Weekend takde rehat sebab shoot wedding. Memang letih sangat-sangat. Mudah-mudahan selepas siap sistem baru ni proses pembayaran & agihan zakat di Selangor makin lancar, teratur dan lebih ramai asnaf dapat dibantu,amin.

Aku nak panjangkan tazkirah yg aku dengar dari buya Hamka yang meninggal tahun 1981 di Jakarta. Ada mp3 dia yang berikan kuliah pada tahun 1970an. Kata beliau “Apa yang kita ada sekarang adalah harapan kita“. Ramai yang lupa nikmat yang telah kita miliki dan berharap nikmat lain yang lebih besar. Sedangkan apa yg kita miliki inilah sebenarnya yang kita mahu dalam hidup.

Bayangkan kalau kita hilang satu kaki akibat kemalangan. Seluruh hidup kita berubah. Baru kita berharap agar kaki kita dikembalikan Allah semula. Begitu juga kalau tiba-tiba jari kita terputus, telinga kita pekak, mata kita buta dsb. Semua nikmat tu kita ada sekarang tapi kita jarang kita syukuri. Jarang kita sedar. Sebenarnya nikmat inilah yang kita paling harapkan bila Allah tarik semula pemberian tersebut.

Belle & Zairy, Desa Tun Razak, Cheras


Izyan & Hikshan, Bukit Changgang, Banting



Betullah kata Hamka tersebut “Apa yang kita miliki sekarang adalah harapan kita“. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami semua. Jadikan kami tergolong dalam hambaMu yang bersyukur.

Insyaallah bila dah tenang sikit aku akan update semua entry ni satu persatu:) Aku doakan semoga semua sahabat-sahabat kat sini dilindungi Allah dan diberikan kesihatan yang baik sekeluarga. Ucaplah Alhamdulillah. Moga Allah tambah nikmat kita. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments

Salam, Tuan Acaii, saya dah lama ikuti blog ni since 2 thn lepas. Your pictures have improved so much since then! Keep on sharing with us your thoughts and wisdom. Susah nk jumpa photographer yg berdakwah dalam blognya. Keep it up, semoga terus maju jaya!
Bila hari saya sampai nnt, saya harap dpt sentuhan fotografi Tuan :)

Alia – Salam Alia, Allahu Akhbar! segannya saya. Terima kasih ye masih sudi ke sini walaupun kadangkala saya banyak mengarut kat sini. Kalau ada apa2 yang tak berkenan di hati atau ada silap dalam kata2 saya mohon tegur dan betulkan ye. Insyaallah kita sama2 usaha ke arah hidup yang diredhai Allah walau di mana kita berada. Tabarakallah. Ada rezeki boleh kita bekerjasama nanti ye.

wahhhh kaler dah makin percik nih.. heheh dah pakai FF ke? mohon tunjuk ajarin nanti :)

btw gambar tak pernah mengecewakan :) kipidap bro…

Vinil – Salam bro, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye:) Alahai, rasa segan je ngan orang2 hebat ni.Kalau ada salah silap tolong tunjuk ajar ye:) Jazakallahukhairan kathir.