Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dapat juga aku update blog ni ditahun baru 1434H. Selamat tahun baru hijrah semua sahabat yang dirahmati Allah. Dalam 2-3 minggu ni memang tempoh yang agak sibuk dan memenatkan. Kesihatan aku kurang baik, rumah mak di kampung banjir, proses berpindah rumah dan beberapa tugasan wedding di luar Selangor. Semua tu perlukan tenaga dan perancangan masa yang sangat teliti.

Syukur kepada Allah, setelah 2 minggu di pusat pemindahan banjir, semalam orang kampung aku dah boleh pulang ke rumah masing-masing. Walaupun banyak kerosakan berlaku tetapi rasa lapang dada dapat kembali ke rumah sendiri. Mudah-mudahan Allah luaskan lagi rezeki mereka selepas ujian ini,amin.

Walaupun aku kurang update blog kebelakangan ni tapi sebenarnya tugasan wedding aku berjalan seperti biasa. Malah dari bulan lepas hingga akhir tahun ni setiap minggu aku bertugas di majlis-majlis kahwin menyaksikan 2 hati bersatu dalam ikatan yang dituntut oleh agama. Ikatan yang kekal selamanya hingga ke syurga insyaallah. Ni beberapa majlis yang akan aku update sepenuhnya nanti.

Ain & Faizal, Shah Alam


Ida & Izar, Titiwangsa


Anis & Hayat, Melaka



Antara perkara yang aku suka bila shoot majlis nikah ialah dapat mendengar khutbah nikah daripada imam ataupun tok kadi tersebut:) Malah aku buat nota khusus kat handphone sekiranya ada isi dan ilmu yang boleh aku gunakan sebagai panduan hidup. Alhamdulillah, list tu dah panjang sebab dah beberapa tahun aku duduk di majlis nikah.

Antara yang menarik perhatian aku minggu lepas, imam bagitau semua pasangan kita ni adalah kurniaan dari Allah. Perkenalan, putus cinta, keputusan untuk berkahwin, semua perasaan tu Allah yang berikan dan letakkan di hati kita. Bila telah berkahwin pula, keduanya diberikan tanggungjawab yang sama besar yang membawa implikasi syurga atau neraka. Jadi setiap pasangan yang berkahwin kena selalu mohon kepada Allah supaya tidak diuji dengan perkara yang tidak mampu ditanggung oleh keduanya. Wallahua’lam.


Nota kaki : Mudah-mudahan Allah beri pertolongan kepada penduduk di Gaza sekarang,amin.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
azieazah says:

Salam dindaku Esal. Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Semoga tahun baru akan memberikan lebih semangat untuk menjadi insan yang lebih baik lagi.

Institusi perkahwinan yang murni, bila masa pun akan diuji dan diduga. Kita perlu selalu bertenang, merenung diri bukan mencari kelemahan untuk dijadikan alasan. Semoga setiap ikatan pernikahan yang pernah Esal tengok, menjadi suatu ikatan murni yang kekal abadi. Begitu juga utk kita semua. Aamiiinnn

Acaii Jawe says:

azieazah – Salam kak zie yang dihormati dan dikasihi, selamat menyambul tahu nbaru hijrah juga ye:) Insyaallah kita kena sentiasa perbaiki diri dari masa ke semasa. Cuba buang perkara negatif dari dalam diri dan usaha dekatkan diri dengan Allah sentiasa. Mudah2an ketika kita mati dia dalam lindungan dan rahmat Allah. Moga akk sekeluarga diberikan kesihatan yang baik juga ye,amin.

Broyoes says:

Salam maal hijrah sahabat…semoga ujian yang datang dari Allah akan lebih menguatkan keimanan kita semua….

Acaii Jawe says:

Broyoes – Salam sahabat:) Selamat tahun baru juga. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah,amin.