Bismillahirrahmanirrahim



Pagi Isnin lepas masa aku bersiap nak pergi kerja, dapat panggilan dari mak. Jarang mak telefon waktu pagi. Risaunya hati masa jawab panggilan tu. Rupanya mak bagitau air dah naik sampai dalam rumah. Kampung aku dilanda banjir sekali lagi. Kali kedua dalam tempoh 4 tahun. Semua penduduk kampung aku dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Bila dengar berita tersebut tiba2 teringat adik bongsu aku yang sedang menduduki exam SPM minggu ni.

Teaser Filzah & Johari, Serdang


Tinggal di pusat pemindahan banjir jauh sekali dari keselesaan. Aku pernah merasainya. Berkongsi tandas yang kotor dan tidak mencukupi. Tidur beramai-ramai beralas tikar tanpa bantal, selimut dan tiada sebarang privasi. Ada yang tidur di lantai yang sejuk sepanjang malam. Makanan dan minuman kadangkala tak mencukupi. Bayangkan pula kalau korang terpaksa study untuk SPM dalam keadaan tersebut. Bayangkan kalau ada anak kecil yang masih bayi. Mudah2an Allah mudahkan mereka semua.

Tu semua ujian Allah. Kalau fikir semula beribu2 orang lain di seluruh negara juga mengalami bencana yang sama. Mereka juga mengalami kesukaran yang sama. Kadangkala ia boleh jadi satu ingatan Allah supaya kita sentiasa beringat nikmat Allah yang diberi boleh ditarik bila-bila masa. Jangan tengok orang lain. Tengok diri sendiri berapa banyak nikmat yang kita telah dapat dan berapa kerap kita bersyukur kepada Allah. Belum sempat bersyukur kita dah mintak nikmat lain. Itulah kita. Wallahua’lam.


Nota kaki : Aku agak sibuk sekarang dgn kerja di kantor. Insyaallah akan update full entry tak lama lagi.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Thanks for Comments
din says:

Salam acaii, cam ne keadaan sekarang cai?? da surut ke? ko amik EL la ye isnin tu?

muiz says:

rtb dah selesai d terjah air.. skrg giliran labohan dagang pulak.. umah dah jd mcm pulau ..

Acaii Jawe says:

muiz – Wah, jarang labohan dagang banjir. Umah ko pun kena gak ke muiz? Ati2 kang.